Hendak Menulis Juga ke?

Berkecimpung di dalam bidang penulisan ini sememangnya memerlukan masa yang banyak. Adakalanya ia terpaksa mencuri masa orang lain disebabkan sindrom demam ingin melontarkan idea. Walauapapun diharap demam sebegini tidak menjadikan seseorang itu meninggalkan tanggungjawabnya selagi hidup. Selagi tahu kewajipan sebagai seorang hamba dan manusia di dunia, selagi itulah era pergerakan dakwah melalui penulisan wajar diteruskan di samping menyokong mekanisma-mekanisma dakwah yang lain.

“Hendak menulis juga ke?”, soal saya pada diri saya sendiri. “Ya begitulah”, sebagai jawab balas, “baguslah, tapi ingin tulis tentang apa?” soalan terus ditalukan. Soalan yang saya sendiri rasa agak sukar untuk menjawabnya, sekaligus ia sebagai satu cabaran menghadapi dunia multimedia ini. Beribu-beribu penulis blog bertebaran di seluruh dunia dengan pelbagai idea, identiti, latarbelakang, niat dan sebagainya. Masing-masing menonjolkan diri dengan gaya tersendiri yang mampu menarik ramai pelawat dan pembaca.

Seorang sahabat saya pernah mengajak saya supaya berkarya terutamanya untuk tujuan dakwah. Namun diri ini sememangnya mengetahui kemampuan diri tidak meyakinkan untuk ke arah itu, lantas niat yang terpendam itu dibiarkan tenggelam di dalam lautan dilema. Berkarya bagi sahabat saya itu sememangnya sebahagian dari dunianya, keilmuannya terserlah sudah cukup meyakinkan saya bahawa dia layak untuk berkarya di dalam bidang penulisan.

Tetapi hari ini saya bertafakkur sejenak dan natijahnya ialah selagi hanya duduk memikirkan kehebatan karya orang lain tanpa menganjakkan tubuh sendiri ke hadapan selagi itulah diri ini hanya duduk di takuk yang lama. Jadi saya memujuk diri sendiri agar jangan takut untuk menyaingi penulis-penulis blog yang hebat di kalangan sahabat-sahabat dan kenalan sehingga terbantut niat suci untuk menyampaikan secebis pandangan dan cetekan ilmu yang mungkin boleh memanfaatkan masyarakat.

Menulis bukan hanya tertumpu pada perbahasan ilmiah dan idea untuk diterimapakai. Luahan hati dan perkongsian pengalaman dan minat juga turut memeriahkan dunia karya yang bersifat pena ini. Mungkin satu hari nanti mana tahu, saya dapat berdiri sebaris dengan Dr MAZA, Maszlee Malik, Zaharuddin, Saiful Islam, Khairuddin at-Takiri dan mereka yang lain yang berkecimpung di dalam dunia penulisan yang membuahkan impak yang besar terhadap masyarakat iaitu blog menjadi tempat rujukan, panduan dan wacana ilmu untuk mereka yang benar-benar mengaplikasikan konsep khilafah Allah di muka bumi ini.

Tujuan utama berkecimpung di dalam penulisan ini bukan mahu menyaingi karyawan-karyawan blog yang ada. Lantas menonjolkan diri di kacamata awam dengan harapan semoga menjadi sebutan di bibir para pembaca dan peminat, ini jelas bertentangan dengan prinsip Islam yang suci dari sikap riak, ujub dan takabbur.

Apa yang didambakan semoga laman yang diwujudkan ini untuk tatapan umum sebagai satu usaha dakwah, memberi pemahaman tentang Islam, menolak tomahan terhadap Islam dan umatnya, cetusan idea, pengalaman, minat, hobi dan banyak lagi yang boleh dikongsikan untuk kebaikan bersama.

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Luahan Hati. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s