Melayu Sejati, Islam di Hati (1)

Terlintas di hati saya untuk memilih tajuk sebegini rupa sebagai tajuk blog ini. Minat dengan tajuk ini kerana ia berhubung kait dengan bangsa dan agama saya, secara khususnya boleh dikaitkan hubungannya di tanahair dan di mana sahaja orang-orang Melayu berada yang membawa budaya dan adat resam Melayu.

Walaupun saya ini bukan berketurunan Melayu tulen iaitu dari pihak bapa berketurunan Arab(Hadramaut) dan pihak ibu pula dari susur galur Melayu Kampar di Riau, tetapi cara hidup saya berbudayakan adat resam Melayu. Buktinya saya tidak tergila-gilakan masakan Arab walaupun bernasab Arab, apa yang menjadi kegilaan saya adalah masakan Melayu yang kebanyakkannya sudah lama tidak dijamah semenjak menetap di bumi Inggeris. Begitu juga dengan bangsa ibunda saya ialah bahasa Melayu Riau(bukan Indonesia, Melayu Borneo). Satu lagi, setiap kali terdengar bangsa Melayu dihina dan dicaci, maka setiap kali itulah hati saya terguris dan terbakar. Oleh itu saya selayaknya digelar sebagai Melayu.

Biasa kita dengar bahawa Melayu cukup sinonim dengan Islam, asalkan orang berbangsa Melayu pastinya dia adalah Muslim. Ungkapan yang biasa ini rasanya sudah tidak berapa relevan untuk wartakan lagi pada mana-mana bangsa di seluruh dunia ini. Ini kerana gejala murtad di kalangan orang Melayu semakin bertambah samaada secara terang-terangan atau tersembunyi, jadi sekarang bukan semua orang Melayu itu Muslim.

Mungkin kenyataan di atas adalah palsu menurut beberapa pihak yang mendakwa ramai orang Melayu telah murtad adalah satu pembohongan. Allah lebih mengetahui segala-galanya, mungkin benar atau tidak, tetapi saya lebih yakin ianya berlaku. Namun tajuk diterbitkan di atas tidak berkait rapat dengan gejala murtad di kalangan orang Melayu, tetapi ada yang lebih menarik dan patut masyarakat Melayu mengambil berat dan mengetahuinya.

Bersambung……….

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Melayu Sejati Islam di Hati. Bookmark the permalink.

5 Responses to Melayu Sejati, Islam di Hati (1)

  1. anis says:

    Salam Ustaz……betul kata Hang Tuah (kalau betullah dia tu wujud)…Takkan Melayu hilang di dunia….

  2. aburuqayya says:

    W’salam Anis,

    Terima kasih kunjungi blog saya ni. Wallahu A’lam sejarah sendiri gagal membuktikan kewujudan Hang Tuah bersaudara. Apa yang ada hanya riwayat dari buah mulut masyarakat melayu turun temurun. Mungkin Hang Tuah ini wujud tetapi kepercayaan karut marut yang disandarkan kepadanya itu sudh tentu mengarut bin merapu, seperti hang tuah tak mati tapi ghaib.

  3. wujud dalam hati saya selamanya

  4. tak akan hilang melayu di dunia

  5. melayu kekak di tanah melayu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s