Melayu Sejati, Islam di Hati (2)

Menurut sejarah, kerajaan-kerajaan Melayu kecil mula muncul pada abad ke 2 atau ke 3 masihi yang mana keluasannya bermula dari tanah Jawa(Kepulauan Jawa Indonesia) sehingga di semenanjung tanah Melayu termasuk kepulauan Sumatera dan Borneo. Kerajaan Melayu yang paling awal yang berjaya di kesan ialah kerajaan Langkasuka iaitu sebuah kerajaan Hindu-Melayu silam yang terletak di Semenanjung tanah Melayu. Kerajaan ini dipercayai adalah tempat lahirnya ketamadunan Melayu yang berpusat di Kedah kemudian berpindah ke Pattani.

Pada kurun ke 7 hingga ke kurun 13, kerajaan-kerajaan kecil Melayu telah dikuasai oleh Sri Vijaya dari Sumatera yang menerajui empayar besar Buddha-Melayu yang berpusat di Palembang ketika itu. Pada masa yang sama, kerajaan Angkor di Kemboja, kerajaan Hindu Majapahit di tanah Jawa dan kerajaan Ayudhia di Siam turut mendakwa rantau kerajaan-kerajaan kecil Melayu tersebut di bawah penguasaan mereka. Dikatakan bahawa kerajaan Sri Vijaya berjaya merampas kerajaan-kerajaan kecil Melayu yang terletak di tanah semenanjung dari tangan kerajaan Majapahit sebelum itu.

Masyarakat-masyarakat Melayu sebelum kemunculan kerajaan Kedah Tua dan langkasuka adalah berpegang kepada kepercayaan nenek moyang mereka tanpa berlandaskan apa-apa pegangan agama. Kedatangan pendita-pendita dari India membawa konsep keagamaan dan seni ketamadunan mereka, semenjak itulah bermulanya pengaruh Hinduisme terhadap masyarakat-masyarakat Melayu di seluruh Nusantara. Pengaruh ini juga memberi kesan yang besar terhadap mereka sehingga berjaya membentuk gaya peradaban politik Melayu dan sosio budaya mereka pada ketika itu.

Penguasaan empayar Sri Vijaya membawa perubahan kepada gaya pemikiran metafora dan mistik bangsa Melayu yang sebelum itu mengamalkan kepercayaan agama Hindu. Ia dikuatkan lagi dengan kedatangan utusan-utusan dari empayar Cina bagi melancarkan misi penjagaan kawasan laut selatan(China’s Southern Sea) yang melibatkan kerajaan-kerajaan di selatan Asia yang bertujuan untuk menjaga kepentingan politik mereka. Faktor ini menyebabkan lagi pengaruh Hindu semakin tenggelam di tanah Melayu.

Dua orang pendita tersohor yang datang dari tanah besar Cina iaitu Chien Cha dan Lang Chia Shu telah menghalang penduduk tanah Melayu untuk mengerjakan upacara ritual mereka di India(di dalam Islam dinamakan ibadat haji). Ini kerana fahaman buddha ketika itu sudah mula menggunakan kemenyan di dalam upacara sembahyang mereka sepertimana yang diamalkan sekian lama oleh penganut Hindu. Penggunaan kemenyan ini merupakan ciri amalan ritual yang tinggi nilainya di sisi agama Hindu dan Buddha. Pada kurun ke 14, kerajaan-kerajaan Melayu Kecil kembali dikuasai oleh kerajaan Majapahit sebelum kedatangan Islam di selatan Asia. Ini bermakna pengaruh Hindu mula kembali berkembang dan mampu berdiri sama tinggi dengan pengaruh Buddha di Nusantara.

Sejarah juga mencatatkan bahawa masyarakat Melayu semenjak berkurun lamanya telah dipengaruhi fahaman, kepercayaan dan budaya dari agama Hindu dan Buddha samaada yang datang dari India atau Cina. Pengaruh ini masih lagi terpasak di dalam jiwa masyarakat Melayu walaupun pengaruh Islam sudah mula menguasai di Nusantara pada kurun Ke 15. Lama kelamaan pengaruh tersebut semakin terhakis di dalam kehidupan bangsa Melayu, namun pengaruh dari dua unsur agama tersebut masih lagi dirasai dan diamalkan tanpa disedari walaupun pengaruh agama suci Islam dan ketamadunannya telah lama menular di Asia tenggara lebih dari 7 kurun.

Bersambung…………….

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Melayu Sejati Islam di Hati. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s