Pengharaman buku “Pelik Tapi Benar”.

Saya benar-benar terkejut, kecewa dan terkilan dengan pengharaman buku panduan solat “pelik tapi benar” oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Tindakan ini benar-benar menyekat anjakan pemikiran umat ke arah merealisasikan panduan al-Quran dan Sunnah. Tindakan ini juga lebih menjuruskan kepada pembunuhan amalan akademik di dalam menentukan ketepatan fakta, sekaligus mengajar umat menjadi lebih tuli di dalam beragama dan lantas mendidik mereka agar lebih fanatik dan tidak menerima keterbukaan minda.

Tidak perlu saya berceloteh panjang tentang ini, cukup saya melampirkan komen dari seorang agaman negara yang perlu kita teliti dan hayati. Semoga ia memberi panduan dan kesedaran yang berguna untuk kita. Sila baca petikan di bawah ini:

“Saya amat bimbang pendekatan yang dibuat oleh KDN mengharamkan buku-buku yang tidak selaras dengan pandangan panel yang dilantik oleh mereka. Tindakan ini kemungkinan boleh menjuruskan negara kepada sikap anti-akademik, jumud dan tidak terbuka. Itu bukanlah pendekatan dalam membangunkan minda rakyat dan percambahan ilmu.Tidak wajar sesebuah buku diharamkan melainkan terbukti mengancam keselamatan negara (tafsiran yang betul) atau jelas tanpa syak ia bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah. Kita patut mengizinkan kepelbagaian tafsiran dan pemikiran hidup dalam negara ini secara sihat, selagi ia tidak menghina Allah dan RasulNya. Alasan-alasan pengharaman yang hanya menyebut “boleh mengelirukan orang ramai” lalu sesebuah buku diharamkan amat tidak munasabah. Itu membawa kepada sikap primitif yang tidak layak bagi masyarakat moden.

Contohnya paling terbaru KDN mengharamkan buku “Pelik Tapi Benar Dalam Solat” yang dikeluarkan oleh Telaga Biru. Setelah saya membaca buku tersebut, saya tidak dapati adanya perkara yang bercanggah dengan al-Quran atau al-Sunnah. Bahkan penulisnya mengemukakan alasan-alasan ilmu yang dipegangnya.

Mungkin ada beberapa perbezaan pendapat di kalangan sarjana dalam perkara-perkara yang disebutkan itu, tapi bukan bercanggah dengan prinsip Islam. Jika ada, saya meminta mereka mengemukakan bukti secara ilmiah bertulis bukan ‘main cakap sahaja’.

Tanpa mengira siapapun panel yang telah mereka lantik. Ilmu tidak diukur dengan jawatan tetapi fakta dan angka. Kalau panel berkenaan mahu buku mengikut kehendak mereka, merekalah yang tulis. Hak penulis mengemukakan alasan-alasannya. Dalam Islam, selama mana ia tidak menyanggahi al-Quran dan al-Sunnah, biarlah dunia ilmiah itu bercambah.

Bukanlah tujuan saya untuk membela buku tersebut, tetapi kecenderungan mengharamkan bahan-bahan akademik atau ilmiah tanpa alasan yang konkrit boleh merosakkan percambahan ilmu.

Jika manusia yang hendak dihukum pun dimestikan untuk dikemukakan alasan yang cukup, apakah boleh bahan ilmiah yang menjadi keperluan asas manusia dihukum tanpa alasan yang jelas? Apakah kita ingin negara menuju ke zaman gelepan gereja yang menghukum apa sahaja ilmu yang tidak serasi dengan kelompok tertentu tanpa alasan?

Lebih daripada itu, apakah negara yang ingin maju seperti kita perlu untuk mengharamkan bahan-bahan ilmiah hanya kerana tiada selaras dengan selera KDN? Kalau begitu kita sedang mundur ke belakang, bukan sedang membina modal insan.

Maka, apakah kita patut mengharamkan internet, segala macam buku hanya kerana ada orang yang rasa keliru? Apakah setiap kekeliruan pembaca, dosanya semesti ditanggung oleh buku?. Cara begini nampaknya kita masih mundur.

Saya bersetuju mungkin ada buku yang boleh diharamkan, tetapi kemukakan alasan ilmiah, baru ia diharamkan. Jika jelas buku itu berdusta atas nama Allah dan rasulNya, maka boleh diharamkan. Namun itu memerlukan bukti ilmiah”.

Petikan dari: http://drmaza.com

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Luahan Hati. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s