Fitnah Orentalis: Fakta di dalam al-Quran saling bercanggah (bilangan hari penciptaan alam)

Majoriti orentalis barat sememang menyimpan perasaan hasad dengki terhadap Islam. Golongan ini kononnya mewakili pihak barat yang antikan Islam sebagai para sarjanawan yang berpotensi untuk menjatuhkan Islam melalui fakta kajian akademik.

Antara isu yang sering diutarakan oleh orentalis barat ialah berkenaan dengan fakta al-Quran. mereka mendakwa banyak pertentangan fakta di dalam isi kandungan al-Quran itu sendiri. Mereka mendakwa bahawa di dalam al-Quran ada menyebut bahawa Allah s.w.t telah mencipta alam semesta ini selama 6 hari. Namun terdapat beberapa ayat yang lain menggambarkan bahawa kejadian alam ini terjadi dalam 8 hari, maka mereka mendakwa ini adalah pertentangan fakta dan isi kandungan.

Benar, ada beberapa ayat yang menyebut bahawa Allah telah mencipta alam ini selama 6 hari. Antara yang menyebut ialah:

اللَّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ مَا لَكُم مِّن دُونِهِ مِن وَلِيٍّ وَلَا شَفِيعٍ أَفَلَا تَتَذَكَّرُونَ

Allah lah yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada di antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas ‘Arsy. Tidak ada bagi kamu selain dari padaNya seorang penolongpun dan tidak (pula) seorang pemberi syafa’at. (Surah al-Sajadah, ayat 4)

Ayat yang dimaksudkan oleh musuh Islam tersebut iaitu kejadian alam ini berlaku selama 8 hari yang bertentangan dengan ayat sebelumnya adalah dari surah Fusilat ayat 9 – 12:

قُلْ أَئِنَّكُمْ لَتَكْفُرُونَ بِالَّذِي خَلَقَ الْأَرْضَ فِي يَوْمَيْنِ وَتَجْعَلُونَ لَهُ أَندَاداً ذَلِكَ رَبُّ الْعَالَمِين 9

Katakanlah: “Sesungguhnya patutkah kamu kafir kepada Yang mencipta bumi dalam dua masa dan kamu adakan sekutu-sekutu bagiNya? (Yang bersifat) demikian itu adalah Tuhan semesta alam”.

وَجَعَلَ فِيهَا رَوَاسِيَ مِن فَوْقِهَا وَبَارَكَ فِيهَا وَقَدَّرَ فِيهَا أَقْوَاتَهَا فِي أَرْبَعَةِ أَيَّامٍ سَوَاء لِّلسَّائِلِينَ  10

Dan dia menciptakan di bumi itu gunung-gunung yang kukuh di atasnya. Dia memberkatinya dan Dia menentukan padanya kadar makanan-makanan (penghuni)nya dalam empat masa. (Penjelasan itu sebagai jawaban) bagi orang-orang yang bertanya.

فَقَضَاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ فِي يَوْمَيْنِ وَأَوْحَى فِي كُلِّ سَمَاء أَمْرَهَا وَزَيَّنَّا السَّمَاء الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَحِفْظاً ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ  12

Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa. Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.

Jadi jika dilihat ayat-ayat di dalam surah fusilat di atas pasti secara zahir akan tergambar kiraan sebegini: 2 + 4 +2 = 8 hari. Sedangkan ada ayat-ayat lain yang menyebut 6 hari.

Sebenarnya tiada pertentangan di antara ayat-ayat di dalam al-Quran dari sudut fakta dan isi. Berbalik kepada isu bilangan tempoh kejadian alam. Tempoh empat hari atau masa yang pertama itu(ayat 10) sebenarnya ialah hasil gandingan daripada dua hari dan dua hari, bukan satu angka yang berlainan dari dua hari yang pertama(ayat 9). Maka di sini Allah s.w.t telah menjadikan bumi selama dua hari, kemudian mencipta isinya iaitu bukit bukau, gunung ganang, air , tumbuhan dan sebagainya selama dua hari bukannya empat hari seperti yang di dakwa oleh pihak orentalis.

Setelah itu Allah mencipta ketujuh-tujuh langit selama dua hari kemudian. Ini bermakna dua hari Allah mencipta bumi, dua hari mencipta isinya dan dua hari mencipta langit. Oleh itu jumlah keseluruhan ialah 6 hari bukan 8 hari.

Apakah rahsia di sebalik firman Allah s.w.t yang menyebut kejadian isi bumi dikaitkan dengan empat hari dalam ayat 10 bukan 2 hari seperti yang disebut dalam ayat 9 dan 12. Hikmahnya ialah kerana bumi dan isinya merupakan unsur yang terlalu dekat dan bergabung antara satu sama lain, maka isi bumi merupakan sebahagian daripada bumi. Manakala langit merupakan kejadian lain tidak dikira sebahagian dariipada bumi.  Dengan contoh yang lebih mudah ialah saya telah menghabiskan empat hari untuk melancong ke eropah. Apa yang dimaksudkan oleh contoh tersebut bahawa saya telah melawat misalnya Itali selama dua hari, Sepanyol selama satu hari dan Perancis juga satu hari, jadi kesemuanya adalah empat hari. Ini kerana Itali, Sepanyol dan Perancis sememangnya sebahagian daripada benua Eropah.

Satu contoh lain supaya kita lebih memahami. Karim telah berlepas dari Kuala Lumpur ke Manchester, beliau bercuti di Manchester selama dua hari. Kemudian Karim menghabiskan cutinya di London dalam masa empat hari. Ini bukan bermakna bahawa Karim bercuti di London selama empat hari, tetapi dua hari setelah dua hari bercuti di Manchester. Jadi keputusannya Karim bercuti selama empat hari bukan enam hari.

Wallahu A’lam.

Abu Ruqayyah, Manchester UK.

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Membela Islam, Tafsir al-Quran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s