Thomas Van Erpenius: Mendakwa al-Quran Tiru Taurat dan Injil.

Thomas Van Erpenius adalah pengasas dan pencetus budaya pemikiran orentalisme di Belanda. Beliau dilahirkan Gorinchem Belanda pada 1584 dan mendapat pendidikan awal di sebuah University di Leiden sehingga memperolehi sarjana di dalam bidang sastera. Beliau juga terkenal dengan penjelajahannya di beberapa buah negara Eropah seperti England, Perancis, Itally dan Jerman untuk memantapkan pengetahuannya tentang ilmu sains keagamaan(theology) dan beberapa bahasa Asia utama.

Erpenius mempelajari bahasa Arab dari seorang penganut agama Kristian Ortodok(Coptic) dari Mesir yang bernama Joseph Barbatus dan dari seorang diplomat kerajaan Andalus berbangsa Maghribi(Morocco) yang bernama Ahmad Qasim al-Hajari. Beliau juga menguasai bahasa Turki, Parsi dan Etopia melalui penjelajahannya di Venice.

Erpenius merupakan antara orentalis klasik yang tekun mengkaji peradaban dan bahasa Asia serta kajian terhadap Islam dan seterusnya melontarkan jarum fitnah terhadap agama suci itu. Beliau juga menjadi rujukan dan kebanggaan masyarakat barat yang bencikan Islam. Antara tikaman Erpenius terhadap Islam ialah dakwaannya bahawa al-Quran meniru atau menciplak isi kandungan kitab suci Yahudi dan Kristian.

Jika kita lihat antara kandungan al-Quran dan kedua-dua kitab suci ahli kitab tersebut sememangnya terdapat wujud persamaan di antaran kisah dari al-Quran dan Taurat dan Injil. Namun di sebalik persamaan itu ada perbezaan yang  menjadi pemisah dan pembeza di antara al-Quran dan kitab-kitab suci yang telah diselewengkan oleh penganutnya. Ini sekaligus menjadi bukti kepalsuan dakwaan Erpinius ke atas al-Quran al-Karim.

Kisah-kisah yang diceritakan di dalam Taurat dan Injil secara jelasnya berbaur rekaan dan ciptaan manusia yang menzahirkan bentuk penceritaan dan isinya tidak menggambarkan ia adalah sebuah kitab suci yang datang dari Allah s.w.t. Taurat dan Injil banyak menceritakan kisah para nabi dan rasul dengan gambaran yang buruk dan hina yang tidak sepatutnya dinisbahkan kepada Allah, para nabi dan rasul ‘alaihumus salam. Contohnya mereka menggambarkan Nabi Harun a.s mabuk akibat minum arak, Nabi Daud  a.s suka berzina, Nabi Sulaiman mengamalkan sihir, Nabi Isa a.s adalah anak Tuhan dan macam-macam lagi kisah mengarut yang Islam sendiri tiada kaitan langsung dengan sikap yang sangat biadap ini. Sudah tentu gambaran seperti ini tidak wujud di dalam kitab suci al-Quran.

Sejarah Islam, Arab dan Barat sendiri mencatatkan bahawa nabi Muhammad s.a.w seorang yang buta huruf tidak boleh membaca dan menulis. Fakta ini sebagai satu bukti kukuh bahawa baginda tidak mampu mencedok mana-mana tamadun dan peradaban di zamannya dengan sebab baginda s.a.w tidak menguasai kunci utama ilmu pengetahuan. Al-Quran menolak dakwaan kafir Quraish yang menuduh baginda diajar oleh seorang Nasrani untuk menulis al-Quran, Firman Allah s.w.t:

وَلَقَدْ نَعْلَمُ أَنَّهُمْ يَقُولُونَ إِنَّمَا يُعَلِّمُهُ بَشَرٌ لِّسَانُ الَّذِي يُلْحِدُونَ إِلَيْهِ أَعْجَمِيٌّ وَهَـذَا لِسَانٌ عَرَبِيٌّ مُّبِينٌ

Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa mereka yang musyrik itu berkata: Sebenarnya dia diajar oleh seorang manusia. (Padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa Arab yang fasih nyata. (Surah al-Nahl, ayat 103)

Ayat di atas menjelaskan bahawa satu perkara yang mustahil apabila al-Quran yang diturunkan di dalam bahasa Arab yang tinggi nilai kesusasteraannya itu ditulis oleh Nabi Muhammad s.a.w , hasil ajaran seorang bangsa bukan Arab yang tidak mengetahui bahasa Arab, apatah lagi retorik dan sasteranya. Nabi juga bukan ahli sastera yang pandai bermain bahasa seperti penyair-penyair Arab klasik yang hebat dan mampu memukau pendengar. Jadi persoalannya, bagaimana mungkin terbentuknya al-Quran yang tinggi nilai denotasi dan konotasinya jika benar ia hanya ciptaan Muhammad s.a.w sedangkan orang nasrani itu tidak mengetahui bahasa Arab dan Baginda s.a.w tidak pandai bersastera dan mengarang syair.

Wallahu A’lam

Abu Ruqayyah, Manchester

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Membela Islam. Bookmark the permalink.

One Response to Thomas Van Erpenius: Mendakwa al-Quran Tiru Taurat dan Injil.

  1. Wyane says:

    Really? Bible is the truth

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s