Fitnah Yahudi dan Kristian: Al-Quran Terkandung Fakta Sejarah yang Salah.

180px-josephusbust

Josephus the Jewish historian

Pihak gereja tidak pernah bosan menanam jarum fitnah terhadap umat Islam dan dunia umumnya dengan dakwaan mereka yang tidak berasas terhadap Islam . Akhirnya jarum fitnah tersebut memakan dan mencucuk diri mereka sendiri. Antara dakwaan mereka ialah fakta sejarah di dalam al-Quran adalah salah dan bertentangan dengan realiti sebenar. Mereka menyatakan bahawa al-Quran mengkhabarkan bahawa nama bapa Nabi Allah Ibrahim a.s ialah Aazar(آزر) seperti yang tertera di dalam surah al-An’am ayat 74:

وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ لأَبِيهِ آزَرَ أَتَتَّخِذُ أَصْنَاماً آلِهَةً إِنِّي أَرَاكَ وَقَوْمَكَ فِي ضَلاَلٍ بِينٍ

Dan (ingatlah) di waktu Ibrahim berkata kepada bapanya, Aazar , “Wajarkah kamu menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan? Sesungguhnya aku melihat kamu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata.”

Sedangkan apa yang terkandung di dalam kitab suci mereka bernama Taarih(تارح).

Menurut al-Iman al-Qurtubi di dalam tafsirnya bahawa terdapat sepuluh pendapat  ahli tafsir yang menyatakan bahawa nama bapa adalah Aazar. Pandangan yang paling masyhur adalah pendapat yang menyatakan bahawa bapa Ibrahim memiliki dua nama iaitu Aazar dan Taarih seperti Nabi Ya’qub memiliki dua nama iaitu Israil dan Ya’qub. (al-Qurtubi, al-Jami’ li Ahkam al-Quran)

Ada juga pendapat dari kalangan ahli tafsir yang menyatakan bahawa Aazar adalah gelaran bagi bapa Ibrahim a.s manakala nama betulnya ialah Taarih. Terdapat ahli tafsir dari kalangan Tabi’ien yang menyatakan bahawa  Aazar bukan nama sebenarnya tetapi sebagai satu panggilan cela kepada bapanya oleh nabi Ibrahim yang mencela tindak tanduk bapanya itu, iaitu Aazar yang bermaksud wahai “orang yang bersalah” menurut bahasa kaum Nabi Ibrahim.(al-Qurtubi, al-Jami’ li Ahkam al-Quran)

Walaubagaimana pun, pendapat ahli-ahli tafsir tersebut merupakan usaha mereka untuk menghimpunkan di antara fakta di dalam al-Quran dan Taurat jikalah fakta di dalam Taurat itu benar mengenai perkara tersebut, agar tidak kelihatan bercanggah di antara satu sama lain.

Tetapi yang sebenarnya fakta yang terkandung di dalam kitab suci mereka sekarang samaada Taurat(old testament) dan Injil(new testament) tidak boleh dipegang dan dipercayai lebih-lebih lagi fakta yang bercanggah dengan kitab Allah s.w.t dan Sunnah RasulNya s.a.w. Manakan tidak kitab suci mereka cukup terkenal semenjak dari dahulu lagi hingga ke hari ini dengan rombakan dan penukaran isi kandungannya oleh paderi-paderi dan pendita-pendita mereka. Oleh itu penamaan bapa Nabi Ibrahim dengan nama Taarih adalah tidak boleh dipercayai, berkemungkinan besar ia diubah sebelum ini dari nama yang asal.

Begitu juga mereka para ahli kitab tiada bukti yang kukuh dan sama sekali gagal  membuktikan bahawa kitab suci mereka itu benar-benar datang dari Nabi Musa dan Isa a.s. Sepertimana para ilmuan Islam mampu membuktikan al-Quran itu sememangnya tidak syak bahawa ianya dibawa oleh Baginda Muhammad s.a.w dengan wujudnya sanad secara mutawir(jumlah yang tidak mungkin berlakunya pembohongan ke atas riwayat) yang sampai ke Rasulullah s.a.w.

Seorang sejarahwan klasik Yahudi yang bernama Josephus yang banyak mengkaji dan mentafsirkan isi kandungan Taurat menyatakan bahawa nama bapa Abraham(Nabi Ibrahim) ialah Aasar. Nama Aasar ini l ujaran dan ejaannya adalah lebih dekat dan sangat hampir dengan nama Aazar (dalam al-Quran) berbanding dengan Taarih(dalam Taurat) yang sangat jauh dan tiada persamaan langsung dengan Aasar.

Wallahu A’lam

Abu Ruqayyah, Manchester

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Membela Islam, Tafsir al-Quran. Bookmark the permalink.

One Response to Fitnah Yahudi dan Kristian: Al-Quran Terkandung Fakta Sejarah yang Salah.

  1. aberoy says:

    nice story…gracias..izinkan sy mengambil ilmunya yaa..saya dh baca sume post2 saudara…syukran marratan ukhra..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s