Melayu Sejati, Islam di Hati (5)

mas-kahwin-21

4) Wajib menanam uri bayi selepas bersalin. Hakikatnya kepercayaan ini tiada sandaran sama sekali dari al-quran dan Sunnah Nabi s.a.w malah ada yang mempercayai bahawa pengurusan penanaman bayi itu ada cara tertentu seperti urusan jenazah. Ada yang lebih melampau iaitu menanam pensil, pen dan kertas dengan meyakini bahawa jika ia dilakukan akan menyebabkan anak yang dilahirkan itu akan menjadi pandai. Selain itu ada di antara masyarakat Melayu yang masih menanam jarum dan benang agar bayi itu bakal mahir dalam bidang jahitan.

Amalan yang disebut di atas adalah amalan yang bertentangan dengan Islam, malah jia boleh memjerumus  si pelaku ke lembah syirik kepada Allah kerana mempercayai perkara yang tidak pernah dikhabarkan oleh Allah s.w.t. samaada melalui al-Quran mahupun Hadith. Islam tiada aturan khusus untuk menguruskan tanaman bayi apatah lagi kepercayaan karut marut seperti menaman sesuatu bersama uri.

Menanam uri itu bukan satu perkara yang wajib menurut syarak malah ia boleh dilupuskan dan dibuang kerana ia merupakan kotoran. Tetapi adalah lebih baik dan dituntut jika ia ditanam untuk mengelakkan ia ditemui oleh binatang liar dan tidak menganggu persekitaran sekeliling seperti menyebabkan bau busuk bila ia dibiarkan tidak tertanam.

5) Lebihan tulang dan daging korban atau akikah yang mesti ditanam. Ini satu lagi kepercayaan masyarakat Melayu yang tiada sandaran dari al-Quran dan Sunnah nabi s.a.w.

Tanggapan orang Melayu yang mengatakan tulang dan daging tersebut mesti ditanam adalah berdasarkan kepada anggapan masyarakat Nusantara yang menganggap bahawa amalan korban dan akikah sebagai amalan ‘taqarrub’ (mendekatkan diri kepada Allah). Maka segala perkara yang terlibat dalam amalan tersebut dianggap sebagai suci dan wajib untuk dihormati. Sebab itu juga , terdapatnya amalan sesetengah masyarakat melayu / nusantara yang menghormati sejadah yang digunakan untuk bersembahyang di atasnya.

Perbuatan menanam tulang dan daging tersebut juga adalah perbuatan yang menyebabkan kesusahan dan kepayahan kepada umat Islam. Ini kerana setiap muslim dikehendaki menyimpan dahulu atau melonggok tulang tersebut didapur sebelum ditanam keesokkannya dan perbuatan ini tidak bertepatan dengan maksud kemudahan yang terkandung dalam intipati syariat Islam itu sendiri. Maka tulang dan daging tersebut boleh dibuang begitu sahaja ke dalam tong sampah dan sebagainya.

6) Adat perkahwinan. Urusan perkahwinan juga tidak terlepas dari adat istiadat dan kepercayaan Melayu yang mana agama tiada kaitan langsung dengannya. Ini boleh dilihat dan dibuktikan ramai masyarakat Melayu Islam yang melarang amalan langkah bendul, adik beradik tidak boleh bernikah pada hari yang sama, tidak digalakkan bernikah diwaktu malam, mandi bunga, jumlah wang hantaran dengan angka tertentu seperti RM8888.88 dan pelbagai kepercayaan yang diterapkan di dalam alam perkahwinan Melayu.

Kebanyakan adat istiadat perkahwinan Melayu membawa kepada kepayahan untuk mengalakkan individu Muslim mendirikan masjid. Perkara ini merujuk kepada contoh larangan langkah bendul yang menghalang si adik mendahuli kakaknya ke gerbang perkahwinan. Sedangkan Islam amat menggalakkan seseorang itu berkahwin jika sejurus tiba masa yang sesuai bagi kedua-dua bakal mempelai tanpa perlu mengikut giliran.  Apa yang dirisaukan akibat kepercayaan ini adalah semakin membiak dan bercambah perlakuan maksiat yang sebahagian timbul akibat terhalang untuk mendirikan rumahtangga.

Bersambung…………

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Melayu Sejati Islam di Hati. Bookmark the permalink.

2 Responses to Melayu Sejati, Islam di Hati (5)

  1. lely says:

    saya terpanggil ke blog kamu adalah disebabkan salah seorang blogger sedang membincangkan satu tajuk iaitu ” Mentaliti Melayu tertutup akibat pengaruh kebudayaan, tradisi dan agama. Bincangkan.” untuk melihat sila ke akutakpeduli.blogspot.com. Blog kamu banyak memberi saya kefahaman tentang asal usul melayu dan islam. agak confuse bila perbincangan tentang pemikiran melayu zaman ini yang dah terlalu menjurus kearah apa pun saya tak pasti.saya sendiri agak confuse tentang pemikiran yang bagaimana harus saya ikot dan amalkan. teruskan penulisan kamu yang membuatkan saya minat untuk mendapat maklumat lebih lanjut dari blog ini.. terima kasih.

  2. yanghayati says:

    saya ingin bertanya tentang aqiqah. Ada yang berpendapat boleh aqiqah untuk diri sndiri sekiranya sudah dewasa. Boleh saya tahu bila umur bayi yang dikatakan boleh aqiqah?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s