Photography Outing at ‘Bornfire Night’

bornfire11

Kayrol Apex and Abu Ruqayyah

Sejurus tamat menjalankan tugas mencari rezeki pada malam semalam(5/11/2008, jam 9 malam) saya dan dua orang rakan setugas bergegas ke Heaton park yang terletak di utara Manchester yang berdekatan dengan motorway(highway) M60. Perjalanan dari tempat tugasan kami di Sale ke Heaton park sekitar setengah jam perjalanan. Tetapi rakan saya si empunya kereta yang bergelar ‘wak’ hanya mengambil masa 20 minit memandu untuk sampai ke destinasi. Semangat untuk merakam gambar bunga api sempena sambutan malam ‘bornfire’ yang dijangka tamat sebelum jam 10 menyebabkan kami bergegas ke destinasi yang merupakan salah satu lokasi yang dikenal pasti sebagai tempat aktiviti bunga api di jalankan.

img_9812

Wak tengah busy set kamera

Tetapi malangnya, sejurus tibanya kami di lokasi tiada kedengaran lagi dentuman kuat bunga api. Lantas terdetik di hati saya ini menandakan aktiviti bunga api besar-besaran telah tamat. Namun yang ada hanya dentuman kecil hasil mainan bunga api persendirian  di kawasan perumahan yang terletak di sekitar Heaton Park. Bunga api kecil seperti ini sedikit pun tidak menarik minat kami untuk merakamnya yang mana bunyi dentumannya sahaja tidak mampu menandingi kekuatan bunyi meriam buluh dan paip di kampung arwah datuk dan nenek saya.

Bak kata pepatah, alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. Meskipun aktiviti ‘firework’ telah tamat, kami teruskan juga melangkah menuju ke dalam taman yang besar itu demi mencari secarik sudut yang mungkin boleh dijadikan sebagai model kamera kami. Apa yang kami temui hanyalah aktiviti orang ramai bergembira di pesta ‘Funfair’ yang saling tak tumpah sama dengan ‘funfair’ di tanahair. Cumanya tiada konsert kumpulan rock XPDC menghiburkan para pengunjung.

img_9825-2

Firewomen and the bornfire (my last night shot)

Terdapat satu lagi objek yang menarik perhatian kami iaitu iaitu unggun api yang bersaiz besar yang terletak tidak jauh dari kedudukan pesta funfair. Tanpa membuang masa kami bergegas ke arahnya dengan harapan agar ada tangkapan menarik dapat dilaksanakan.

Sesiapa yang baru di tiba di bumi UK semestinya merasakan kejangalan terhadap beberapa budaya yang diamalkan oleh rakyatnya di antaranya ialah malam pesta ‘bornfire’. Mereka yang telah tiba sekian lama di negara ini pun masih ramai yang tidak mengetahui asal usul kemunculan pesta ini. Oleh itu elok dikongsikan bersama tentang maklumat sejarah terbitnya budaya ini melalui blog sahabat saya yang boleh dijadikan panduan untuk mengetahui lebih lanjut tentang pesta ‘bornfire’ ini.

Sila klik di sini

Abu ruqayyah, Cheetham Hill Manchester

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Hobi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s