Rasulullah s.a.w Bukan Insan yang Maksum?

untitledxj7

Satu lagi fitnah yang dimainkan oleh para orentalis dan anak didiknya untuk terus menikam dan menjatuhkan Islam iaitu mereka mempertikaikan kemaksuman Nabi s.a.w dari kesalahan dan dosa. Menurut mereka lagi jika Rasulullah s.a.w tidak maksum bagaimana mungkin risalah agama Allah ini benar dan betul sedangkan Nabi sendiri Insan yang tidak terlepas dari melakukan dosa dan kesilapan. Mungkin apa yang disampai oleh Nabi s.a.w merupakan natijah kesilapan baginda sendiri. Semoga Allah melaknati golongan orentalis yang tidak adil terhadap agama Islam.

Mereka menggunakan hujah yang diambil dari al-Quran sendiri yang kononnya membuktikan bahawa baginda s.a.w bukan insan yang maksum. Ayat al-Quran yang mereka maksudkan ialah surah ‘Abasa ayat 1-10:

عَبَسَ وَتَوَلَّى* أَن جَاءهُ الْأَعْمَى* وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّهُ يَزَّكَّى*أَوْ يَذَّكَّرُ فَتَنفَعَهُ الذِّكْرَى* أَمَّا مَنِ اسْتَغْنَى* فَأَنتَ لَهُ تَصَدَّى* وَمَا عَلَيْكَ أَلَّا يَزَّكَّى* وَأَمَّا مَن جَاءكَ يَسْعَى* وَهُوَ يَخْشَى* فَأَنتَ عَنْهُ تَلَهَّى

Dia memasamkan muka dan berpaling. Kerana dia didatangi orang buta. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui (tujuannya, wahai Muhammad)? Barangkali dia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu).  Atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfa’at kepadanya?. Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup (iaitu pembesar-pembesar Quraisy yang sedang dihadapi Rasulullah s.a.w. yang diharapkannya dapat masuk Islam). maka kamu melayaninya. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau dia tidak membersihkan diri (beriman). Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera (untuk mendapatkan pengajaran). Sedang ia takut kepada (Allah). Maka kamu mengabaikannya.

Sebab turun ayat di atas bahawa suatu hari Nabi s.a.w didatangi oleh seorang lelaki buta yang bernama Ibnu Ummi Maktum yang berhajat ingin bertanya kepada baginda tentang urusan agama. Pada waktu yang sama baginda sedang berurusan dakwah dengan para pembesar Quraish. Semasa nabi sibuk berdakwah Ibnu Ummi Maktum menyampuk perbualan Nabi s.a.w. Ini mengundang kemarahan Nabi s.a.w yang sedang berdakwah, lalu nabi bermasam muka dan berpaling dari lelaki yang cacat penglihatan tersebut. Sejurus turun ayat-ayat tersebut baginda menyedari kesilapannya lalu berbuat baik dan memohon kemaafan terhadap Ibnu Ummi Maktum. (rujuk: Tafsir al-Quran al-‘Azim, Ibnu Kathir)

Sebenarnya golongan orentalis tidak memahami erti maksum itu sendiri atau sengaja buat tidak tahu dan menutup mata dari melihat kebenaran. Nabi s.a.w adalah manusia biasa memiliki tabiat seperti manusia lain. Baginda seperti hamba Allah yang lain memiliki perasaan, gerak hati, kehendak, citarasa dan sebagainya. Apa yang membezakan nabi s.a.w dengan manusia yang lain ialah sifat baginda sebagai utusan Allah serta mendapat wahyu serta mandat dari Allah s.w.t untuk mengelola agama Allah s.w.t.

Secara logiknya jika dikira sifat tabi’i nabi sebagai manusia, maka baginda pasti ada rasa ingin mengeluh, mengeluarkan apa rasa hatinya, geram, marah dan sebagainya. Jika semuanya hanya dikawal oleh Allah secara total maka nabi tidak dinamakan sebagai insan atau manusia. Jadi di sini sikap nabi sebagai manusia adakala tersilap dengan tanpa disengajakan, almaklum bahawa nabi adalah manusia. Lagipun kesalahan yang disebut di dalam surah ‘Abasa itu bukan satu perkara yang berdosa, cuma ia tidak wajar di sisi Allah s.w.t apabila seorang nabi melakukan sedemikian.

Sepertimana peristiwa Nabi Adam a.s yang tidak sengaja memakan buah khuldi dari syurga disebabkan terlupa bahawa itu adalah larangan Allah s.w.t. Ketelanjuran Nabi Adam itu sendiri telah diiktiraf oleh Allah s.w.t bahawa nabi Adam terlupa dan tidak sengaja (surah Toha, ayat 115) (rujuk: al-Jami’ li ahkam al-Quran, al-Qurtubi). Tetapi kenapa ia dianggap salah? kerana seorang Nabi insan istimewa yang dilantik oleh Allah s.w.t tidak sepatutnya lupa akan perintah dan larangan Allah.

Satu contoh yang boleh diambil dari realiti di hadapan mata kita. Apa beza seorang ustaz  dan bukan ustaz, iaitu misalnya kedua-duanya tidak melakukan sembahyang sunat tarawih. Bezanya insan yang bukan ustaz akan tidak dipandang pelik dan sinis oleh masyarakat jika ia tidak melakukan sembahyang sunat tersebut, sebab ia hanya sunat bukan wajib. Akan tetapi jika seorang ustaz dikenal pasti tidak mengamalkan solat sunat tersebut pasti masyarakat akan berpandangan bahawa ustaz tersebut tidak sepatutnya meninggalkan amalan terpuji tersebut kerana dia adalah ustaz. Seorang ustaz yang tahu selok belok agama sepatutnya lebih warak dan beramal dari golongan bukan agawan.

Begitulah Nabi s.a.w sebenarnya baginda tidak melakukan dosa, cuma terlanjur melakukan perkara yang biasa sahaja menurut konteks orang awam namun tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang yang bergelar nabi. Golongan orentalis dan pengikutnya sebenarnya tidak mengerti makna konteks maksum menurut Islam. Apa yang mereka faham hanya setiap tidak tanduk nabi segala-galanya tidak boleh terlibat langsung dengan kesilapan insani, mungkin mereka menganggap bahawa nabi dikawal tindak tanduknya seratus peratus oleh Allas s.w.t seperti robot ciptaan tanpa sedikit usaha pun dari baginda s.a.w sendiri.

Sedangkan kemaksuman Nabi dan Rasul menurut Islam antaranya ialah Allah memastikan bahawa Nabi dan Rasul tidak terus menerus berada di dalam melakukan kesilapan(bukan ketogari dosa). Ini fakta yang selalu sengaja dilupakan oleh orentalis. Meskipun nabi terjebak dalam kesilapan tetapi sejurus selepas itu baginda ditegur oleh Allah s.w.t melalui wahyu seperti yang tertera di atas. Inilah hakikat maksum sebenarnya iaitu jaminan Allah s.w.t  bahawa Nabi dan Rasul terpelihara dari melakukan dosa dan kesilapan samaada melalui penjagaan Allah secara langsung atau tidak langsung seperti teguran Allah ke atas baginda s.a.w tentang kesilapannya untuk diperbetulkan. Sesungguhnya Allah sahaja yang berhak menegur Nabi s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w adalah pendidik ummah dan Allah s.w.t adalah pendidik Rasulullah.

Wallahu A’lam

Abu Ruqayyah, Cheetham Hill Manchester.

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Membela Islam, Tafsir al-Quran. Bookmark the permalink.

2 Responses to Rasulullah s.a.w Bukan Insan yang Maksum?

  1. halim says:

    beb..tolong terangkan tentang dhamir di dalam ayat ‘abasa watawalla’ itu kembali kepada siapa ? jibril a.s sampaikan wahyu itu bukan pada Rasulullah ke? pelik sikit lah ayat nya …cuba ente terangkan sikit….dah lama ana tunggu penjelasan ayat nie …ada seseorang yang tanya dengan ana…ana terkedu nak jawab….sebab dalam ayat quran…banyak digunakan dhamir ‘ ka ‘ wama arsalnaka illa rahmatan lil ‘alamin…dan sebagainya …tapi dalam ayat ini ditujukan kepada Rasulullah tapi kenapa guna dhamir ‘dia’ …macam mana tu …?

  2. Humaixi says:

    pada hakikat yang sebenarnya, surah ‘abasa itu bukan ditujukan kepada Rasulullah saw. Orang y bermasam muka itu ialah salah seorng bani ummayyah. oleh itu pada permulaan ayat itu digunakan dhamir ‘dia’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s