Menjadi anak susuan setelah dewasa

bress_feeding

روى الأمام مالك بن أنس في الموطاء :أَنَّ أَبَا حُذَيْفَةَ بْنَ عُتْبَةَ بْنِ رَبِيعَةَ، وَكَانَ، مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَكَانَ قَدْ شَهِدَ بَدْرًا وَكَانَ تَبَنَّى سَالِمًا الَّذِي يُقَالُ لَهُ سَالِمٌ مَوْلَى أَبِي حُذَيْفَةَ كَمَا تَبَنَّى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم زَيْدَ بْنَ حَارِثَةَ وَأَنْكَحَ أَبُو حُذَيْفَةَ سَالِمًا وَهُوَ يَرَى أَنَّهُ ابْنُهُ أَنْكَحَهُ بِنْتَ أَخِيهِ فَاطِمَةَ بِنْتَ الْوَلِيدِ بْنِ عُتْبَةَ بْنِ رَبِيعَةَ وَهِيَ يَوْمَئِذٍ مِنَ الْمُهَاجِرَاتِ الأُوَلِ وَهِيَ مِنْ أَفْضَلِ أَيَامَى قُرَيْشٍ فَلَمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى فِي كِتَابِهِ فِي زَيْدِ بْنِ حَارِثَةَ مَا أَنْزَلَ فَقَالَ ‏{‏ادْعُوهُمْ لآبَائِهِمْ هُوَ أَقْسَطُ عِنْدَ اللَّهِ فَإِنْ لَمْ تَعْلَمُوا آبَاءَهُمْ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ وَمَوَالِيكُمْ‏}‏ رُدَّ كُلُّ وَاحِدٍ مِنْ أُولَئِكَ إِلَى أَبِيهِ فَإِنْ لَمْ يُعْلَمْ أَبُوهُ رُدَّ إِلَى مَوْلاَهُ فَجَاءَتْ سَهْلَةُ بِنْتُ سُهَيْلٍ وَهِيَ امْرَأَةُ أَبِي حُذَيْفَةَ وَهِيَ مِنْ بَنِي عَامِرِ بْنِ لُؤَىٍّ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ كُنَّا نَرَى سَالِمًا وَلَدًا وَكَانَ يَدْخُلُ عَلَىَّ وَأَنَا فُضُلٌ وَلَيْسَ لَنَا إِلاَّ بَيْتٌ وَاحِدٌ فَمَاذَا تَرَى فِي شَأْنِهِ فَقَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ أَرْضِعِيهِ خَمْسَ رَضَعَاتٍ فَيَحْرُمُ بِلَبَنِهَا ‏”‏ ‏.‏

Al-Imam Malik bin Anas telah meriwayatkan di dalam kitab al-Muwatto: “Sesungguhnya Abu Huzaifah bin U’tbah bin Rabi’ah yang tergolong dari kalangan sahabat Rasulullah s.a.w telah menyertai peperangan Badar. Sebelum ini beliau mengambil Salim sebagai anak angkat yang dikenali sebagai orang suruhan(maula) Abu Huzaifah, sepertimana Rasulullah s.a.w pernah mengambil Zaid bin Harithah sebagai anak angkat. Abu Huzaifah telah mengahwinkan Salim yang dianggap sebagai anak sendiri dengan anak perempuan saudaranya(anak buah) Fatimah binti ‘Utbah bin Rabi’ah yang merupakan salah seorang dari golongan Muhajirin perdana dan dia adalah di antara balu yang berketurunan Quraish yang terbaik. Setelah turun ayat yang berbicara perihal kedudukan Zaid(sebagai anak angkat Nabi) yang berbunyi, “Panggilah mereka (anak-anak angkat itu) dengan (ber’bin’kan) nama bapa-bapa mereka; itulah yang lebih adil di sisi Allah, dan jika kamu tidak mengetahui nama bapa-bapa mereka, maka (panggilah mereka sebagai) saudara-saudaramu seagama dan maula-maulamu(orang suruhan)“. Maka setiap  anak angkat dibinkan kepada nama bapa kandung mereka dan jika tidak kenalpasti bapanya maka mereka dirujuk kepada penjaga mereka. Lantas Seorang wanita telah datang kepada Rasulullah s.a.w yang bernama Sahlah binti Suhail berketturunan Bani  ‘Amir bin Lu;ay merupakan isteri kepada Abu Huzaifah seraya berkata, “Wahai Rasulullah, kami telah menganggap Salim seperti anak kami dan dia sering masuk ke dalam rumahku, sedangkan saya berhajat sedangkan aku tidak memiliki rumah lain. Apakah pendapatmu tentang perkara ini”. Maka Rasulullah s.a.w bersabda”Susukan dia sebanyak lima kali susuan dan ia akan menjadi muhrim kamu dengan sebab air susu itu“.”.


Takhrij Hadith

Hadith ini diriwayat oleh Imam Malik di dalam kitab himpunan hadith beliau al-Muwatto’ dengan sanad yang sahih di dalam perbahasan(kitab) al-Rado’, bab Ma Ja;a fi al-Rado’ ba’da al-Kibar. Imam Muslim juga  meriwayatkan hadith ini yang sama maknanya di dalam kitab Sahihnya dalam perbahasan(kitab) al-Rada’, bab Rada’ah al-Kabier.

Keterangan Hadith

Hadith ini secara zahirnya membolehkan berlaku saudara susuan setelah menjangkau umur dewasa iaitu lebih dari umur dua tahun. Hadith ini menjelaskan kedudukan Salim r.a merupakan anak angkat kepada Sahlah r.a yang mendidik dan menganggap Salim r.a sebagai anak kandungnya semenjak ia dari kecil. Hubungan kekeluargaan ini terjalin sudah sekian lama bagaikan hubungan persaudaraan antara kedua-duanya itu bagaikan satu pertalian darah yang tidak boleh dipisahkan.

Namun Sahlah r.a akur dengan hukum Allah bahawa antara dia dan Salim r.a bukan mahram di antara satu sama lain, akan tetapi beliau sudah menganggap Salim r.a benar-benar seperti anaknya sendiri. Beliau berasa amat sukar untuk berpisah dengan anak angkatnya itu dan begitu juga dengan Salim r.a yang sering kali masuk ke dalam rumah Sahlah r.a ketika ketiadaan suaminya Abu Huzaifah r.a. Oleh itu Islam memberi jalan agar Sahlah r.a dan Salim r.a boleh menjalani kehidupan seperti biasa yang ada hubungan talian darah antara mereka iaitu Sahlah r.a perlu menjadikan Salim r.a sebagai anak susuan.

Cara penyusuan yang dibuat ialah dengan memerah susu dari badan dan diberi minum kepada Salim r.a bukan secara hisapan. (rujuk: Tobaqat Ibn Sa’ad, biografi Sahlah binti Suhail)

Hukum susuan untuk orang dewasa

Para ulama berselisih pendapat mengenai hukum yang dimaksudkan. Secara ringkasnya tiga pendapat ilmuan Islam salaf (predecessor) dan khalaf (successor):

1) Susuan untuk dewasa menyebabkan hubungan mahram secara mutlak. Pendapat ini dipegang oleh Saidatina Aisyah r.a isteri Rasulullah s.a.w sepertimana yang diriwayat oleh Imam Malik (rujuk: al-Muwatto’). Seorang lagi ulama yang berpendapat secara zahir hadith ialah Imam Ibnu Hazm al-Andalusi di dalam karangannya al-Muhalla.

2) Susuan untuk dewasa tidak menyebabkan hubungan mahram secara mutlak. Pendapat ini dipegang oleh majoriti Sahabat Nabi, isteri-isteri Nabi dan para ulama salaf dan khalaf (rujuk: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh dan al-Mufassal fi Ahkam al-Mar;ah). Mereka menolak pendapat pertama kerana ia bertentangan dengan al-Quran (surah al-Baqarah, ayat 233 dan surah al-Ahqaf, ayat 15) yang menyebut bahawa hukum susuan hanya berlaku pada anak yang berusia tidak lebih dari 2 tahun dan Hadith (riwayat Bukhari,Tirmizi dan Ibnu Hibban)  yang menyebut bahawa proses penyusuan perlulah mengenyangkan. Manakala hadith Sahlah di atas merupakan khusus(special case) untuk Sahlah r.a dan anak angkatnya Salim r.a sahaja.

3) Boleh menyusukan dewasa atas tujuan memahramkan dalam keadaan yang sangat berhajat. Pendapat ini dipegang oleh Sheikhh al-Islam Ibnu Taimiyyah (Majmuk Fatawa) dan Ibnu al-Qayyim al-Jawziyyah (Zaad al-Ma’aad) al-Son’aani (Subul al-Salam) dan al-Syaukani (Nail al-Autor). (rujuk: al-Talkhis al-Khabir fi Hukm Rado’ al-Kabir, Sheikh Muhammad al-Wassobi).

Kesimpulan

Hukum mengenai status penyusuan setelah dewasa menjadi anak susuan atau tidak merupakan khilaf di kalangan para ulama. Bagi penulis (yang bukan ahli tarjih*), pendapat yang secara zahirnya yang lebih tepat ialah pendapat kedua kerana terdapat perakuan majoriti dari kalangan Sahabat dan isteri-isteri Nabi s.a.w yang menyatakan bahawa hadith Sahlah tersbut merupakan hukum khusus untuk Sahlah dan Salim yang ia hanya diaplikasi pada ketika itu sahaja. Para sahabat ialah mereka yang hidup dengan baginda s.a.w , sememangnya lebih tahu  dan melihat sendiri keadaan dan suasana perletakan hukum melalui turunnya wahyu Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Namun begitu pendapat ketiga juga ada rasionalnya menurut sebahagian daripada ulama tradisi dan moden. Mereka berpendapat bahawa pendapat ketiga ini adalah yang paling adil kerana melibatkan pengamalan kedua-dua nas (dalil) iaitu nas penyusuan semasa kecil dan dewasa tanpa menyisihkan salah satu darinya. Mungkin ia juga boleh dilaksanakan atas hajat dan alasan yang kuat serta keadaan yang mendesak, seperti perempuan yang terancam keselamatannya dan memerlukan perlindungan lelaki di rumahnya. Begitu juga misalnya wanita yang ingin melaksanakan ibadat haji tetapi tiada mahram dan tidak didapati jemaah yang selamat yang boleh mengiringinya.

* Tarjih ialah menentukan pendapat yang paling kuat dan tepat dari pendapat-pendapat yang lain.

Wallahu A’lam

Abu Ruqayyah, Cheetham Hill Manchester

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Hadith Nabawi. Bookmark the permalink.

3 Responses to Menjadi anak susuan setelah dewasa

  1. affandi says:

    amat bagus tajuk ini yg menerangkan kaedah anak susuan krn perkara sebegini amat jarang diperdengar dimana2 media..

  2. aburuqayya says:

    Betul tu wak, ramai yang tidak terdedah dengan perkara sebegini. Mungkin takut disalahgunakan oleh orang yang tak bertanggungjawab.

  3. Aku yang suka CANON says:

    Korang nye conversation very formal, anyway, nice topic, great knowledge to shared with.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s