Qunut Nazilah untuk Saudara Kita….

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh

Saudara-saudara seagamaku…..
Saudara-saudara kita meraung setiap hati kerana terseksa dengan perbuatan zalim dan kejam rejim israel zionis. Mereka memerlukan bantuan kita, mereka memerlukan doa-doa dari kita.

Saudara-saudara seagamaku….
Bantulah mereka semampu yang terdaya oleh kita samada fizikal atau rohani, setidak-tidaknya kita bersama-sama melafazkan doa qunut nazilah pada setiap solat 5 waktu sehari semalam tanpa rasa jemu dan putus asa.

Saudara-saudara seagamaku…
Saya tahu ramai di antara kita yang tidak pernah mengamalkan qunut nazilah pada setiap solat fardu, mungkin ada di antara kita yang merasa janggal dan pelik. Tetapi yakinilah bahawa qunut nazilah ini adalah satu sunnah yang datang dari Nabi s.a.w sendiri. Jadi amalkanlah tanpa rasa syak dan ragu. Ia semestinya juga termaktub di dalam Mazhab Imam Syafi’ie.

Saudara-saudara seagamaku….
Jika tidak terdaya untuk membaca, menghafal atau melafazkan doa di dalam bahasa Arab, maka bacalah doa qunut di dalam bahasa ibunda kita. Tidak mengapa ia datang dari gaya bahasa dan ungkapan kita, kerana ia tulus datang dari hati kita sendiri. Jangan takut, jangan risau dan jangan sangsi bahawa sebahagian ulama membolehkan membaca doa di dalam solat di dalam bahasa selain dari bahasa Arab. Pendapat ini dipegang oleh:
1) Imam Ahmad bin Hanbal(Hanbali) (rujuk: Majmuk al-Fatawa, jld 22 ms 477)
2) Imam as-Syafi’ie (rujuk: Iqtido’ al-Sirot al-Mustaqim, ms 203-204)
2) Imam Ibnu Abdil Barr al-Maliki (rujuk: al-Tamheedala Muwatto’ al-Imam Malik, jld 1 ms 141)
3) Imam Zarkasyi (rujuk: al-Manthur fi al-Qawaid al-Fiqhiyyah, jld 1 ms 282)
4) Sheikhul Islam Ibnu Taimiyyah (Majmuk al-Fatawa, jld 22 ms 489 &
Iqtido’ al-Sirot al-Mustaqim, ms 203-204) dan ramai lagi.

Jika anda tidak termampu untuk membacanya di dalam bahasa Arab kerana kepayahan, maka jangan ragu dan syak bacalah di dalam bahasa ibunda kita. Jangan risau, solat kita tetap sah menurut pendapat sebahagian besar ulama muktabar dan diiktiraf kesarjanaan dan keilmuannya. Yang paling penting doakan saudara-saudara kita di Palestin dengan membacakan qunut nazilah dalam setiap solat kita.

Semoga doa kita semua dimakbulkan oleh Allah s.w.t,
Semoga umat Islam di Palestin diberi kekuatan oleh Allah s.w.t,
Semoga Allah menghapuskan Yahudi zionis seluruhnya,
Semoga Allah s.w.t terus menanamkan api kebencian kita kepada Yahudi Israel, Zionis dan sekutu-sekutunya…amin ya robb.

Salinan Qunut Nazilah dari UZAR

Abu Ruqayyah

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s