Hukum Menyamai Ahli Kitab

عن ابن عباس رضي الله عنهما قال:  كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحِبُّ مُوَافَقَةَ أَهْلِ الْكِتَابِ فِيْمَا لَمْ يُؤْمَرْ فِيْهِ، وَكَانَ أَهْلُ الْكِتَابِ يَسْدِلُوْنَ أَشْعَارَهُمْ، وَكَانَ الْمُشْرِكُوْنَ يَفْرُقُوْنَ رُؤُوْسَهُمْ، فَسَدَلَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم نَاصِيَّتَهُ، ثُمَّ فَرَقَ بَعْدُ.

Dari Ibnu Abbas r.a: Nabi s.a.w suka untuk menyamai kaum ahli kitab selagimana ia tidak diperintahkan untuk tidak berlaku demikian. Kaum ahli kitab melabuhkan rambut mereka, manakala golongan musyrikin meleraikan helaian rambut mereka. Maka Nabi s.a.w melabuhkan rambut dari pangkal dahinya, kemudian baginda meleraikannya.

TAKHRIJ HADITH:

Petikan hadith di atas telah diriwayatkan oleh al-Imam Bukhari di dalam Sahihnya: Kitab al-Libas, Bab al-Farq, hadith no. 5573 dan al-Imam Muslim di dalam Sahihnya: Kitab al-Fadhail, Bab Fi Sadl al-Nabi s.a.w Sya’rahu wa Farqihi, hadith no. 2336. Kedua-dua dari jalan perawi Abdullah bin Abdullah dari Ibnu Abbas r.a.

KETERANGAN HADITH:

Apa yang dimaksudkan dengan amalan melabuhkan rambut di dalam riwayat di atas adalah melabuhkan rambut ke bahagian tepi dahi dan menjadikan ia bergabung antara satu sama lain tanpa diikat(القُصّة). Manakala meleraikan rambut adalah memberi maksud tidak menggabungkannya seolah-oleh menceraikan antara satu sama lain.

Riwayat hadith di atas menerangkan bahawa Nabi s.a.w sengaja menyerupai beberapa amalan kaum ahli kitab selagimana sesuatu perkara itu tidak ditegas oleh Allah s.w.t untuk berlainan dengan mereka. Melabuhkan rambut(سدل)merupakan amalan kaum ahli kitab yang pernah diamalkan oleh Baginda s.a.w. Kebiasaan adat kaum musyrikin pula adalah meleraikan(فرق) tanpa menggabungkan antara Helaian-helaian rambut.

Menurut Ibnu Hajar al-‘Asqallani, rahsia di sebalik amalan Rasulullah s.a.w ini adalah untuk mengambil hati kaum Yahudi dan Nasrani agar mereka dekat dan tertarik dengan Islam. Ini juga kerana golongan ahli kitab lebih dekat dengan agama Islam dari sudut aqidah berdasarkan bahawa ahli-ahli kitab masih beriman kepada beberapa cabang di dalam aqidah Islam. Manakala kedudukan kaum musyrikin amat berbeza dari umat Islam dari segi akidah berbanding dengan ahli kitab.

Setelah kaum musyrikin memeluk agama islam dan orang ahli kitab masih tetap dengan pegangan agama nenek moyang mereka, maka nabi bertindak untuk berbeza dengan kaum ahli kitab dengan meleraikan rambut. Di dalam riwayat lain dari Musannaf Abdul Razzaq iaitu dari jalan Ma’mar menyebut bahawa baginda diperintah oleh Allah s.w.t agar meleraikan rambut.

Para ulama berselisih pendapat tentang hukum melabuhkan rambut. Sebahagian mereka berpendapat ianya telah dimansuhkan oleh peleraian rambut dan tidak boleh diamalkan. Namun pendapat ini tidak dipersetujui oleh Ibnu Hajar dengan alasannya terdapat riwayat yang menyatakan bahawa ada dikalangan para sahabat r.a yang masih lagi melabuhkan rambut mereka dan tiada pengingkaran dari sahabat r.a yang lain.

Menurut al-Nawawi, yang sahih adalah diharuskan melabuhkan rambut dan meleraikannya. Tetapi meleraikan rambut adalah lebih baik berdasarkan hadtih baginda meninggalkan amalan melabuhkan rambut. Riwayat yang menyatakan perintah Allah s.w.t meleraikan rambut itu bukanlah wajib.

Abu Ruqayyah, Cheetham Hill Manchester.

RUJUKAN:

1. LISAN AL-‘ARAB, IBNU MANZUR

2. FATH AL-BARI SYARH SAHIH AL-BUKHARI, IBNU HAJAR AL-‘ASQALLANI.

3. SYARH SAHIH MUSLIM, MUHYIDDIN AL-NAWAWI

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Hadith Nabawi, Uncategorized. Bookmark the permalink.

3 Responses to Hukum Menyamai Ahli Kitab

  1. aberoy says:

    anda bukan murni wahabi….tulisan becampur2 sumber…

    • aburuqayya says:

      apakah dia sumber tulisan wahabi dan bukan wahabi? al-Imam an-Nawawi juga sepatutnya digelar sebagai wahabi kerana sesetengah pendapatnya sama seperti pendapat wahabi.

  2. Mahadhir says:

    Mudah sangat kita menggelarkan seseorang itu wahabi dan bermacam-macam lagi, dan menutup pintu hati kita kepada hujjah yang benar dan berlandaskan nas-nas yang sohih..

    Bak kat ustaz Nizam UIA, rentikanlah melabel dan mengangkat golongan sendiri ini, tiada faedah langsung..
    Marilah kembali mengangkat martabat Islam dan kembali menguasai dunia..

    jangan gelar saya Hizb Tahrir pulak ye hehehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s