Adakah Bahasa Arab itu Bahasa Ahli Syurga?

Soalan:

Apakah bahasa ahli syurga, adakah bahasa Arab itu bahasa ahli syurga?

Jawapan:

Tidak terdapat di dalam al-Quran dan Sunnah(sepengetahuan kami) yang mengkhabarkan bahasa yang dipertuturi oleh ahli syurga. Apa yang terdapat adalah hadith yang tidak sahih dari Nabi s.a.w.

Telah diriwayatkan oleh at-Tabrani di dalam al-Awsat, al-Hakim, al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman dan selain mereka dari Ibnu Abbas r.a berkata, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Cintai orang Arab kerana tiga perkara, iaitu kerana aku adalah berbangsa Arab, al-Quran itu berbahasa Arab dan bahasa ahli syurga adalah Arab”.

Hadith ini dinilai palsu oleh Ibnu al-Jawzi. Az-Zahabi berkata “Aku merasakan bahawa hadith ini adalah palsu”. Al-Albani menyebut di dalam al-Silsilah al-Do’iefah(no. 160) bahawa hadith ini adalah palsu.

Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyyah berkata:
“Begitu juga diriwayatkan oleh Abu Ja’afar Muhammad bin Abdullah al-Hafidz al-Kufi yang dikenali sebagai Mutin disampaikan oleh al-‘Ala bin ‘Amar al-Hanafi, disampaikan oleh Yahya bin Zaid al-‘Asy’ari, disampaikan oleh Ibnu Juraij dari ‘Ato’ dari Ibnu ‘Abbas r.a yang berkata, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Cintai orang Arab kerana tiga perkara, iaitu kerana aku adalah berbangsa Arab, al-Quran itu berbahasa Arab dan bahasa ahli syurga adalah Arab”. Menurut al-Hafidz as-Salafi, hadith ini adalah hasan. Aku tidak mengetahui apa yang dimaksudkan oleh beliau(al-Hafidz as-Salafi) berkenaan sanad yang HASAN menurut metod ahli-ahli hadith. Atau apa yang dimaksudkan oleh beliau adalah HASAN dari sudut matan(isi kandungan hadith) menurut istilah umum, sedangkan Abu al-Farj Ibnu al-Jawzi menyebut hadith ini di dalam kitab al-Maudu’aat bahawa al-Tha’labiy menyatakan bahawa hadith ini tiada asal(sanad), Ibnu Hibban berkata: Yahya bin Zaid(salah seorang perawi hadith ini) meriwayatkan dengan bercampur aduk dari perawi2 thiqah, maka batallah penghujahan hadith ini. Wallahu A’lam. (Iqtido’ as-Sirat al-Mustaqim, 1/158).

Diriwayatkan oleh at-Tabrani di dalam al-Awsat dari Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku adalah orang Arab, al-Quran adalah berbahasa Arab dan bahasa ahli syurga adalah bahasa Arab”. Al-Albani menyebut di dalam Silsilah al-Do’iefah no. 161 bahawa hadith ini adalah palsu.

Yang pastinya tiada dalil yang sahih yang menerangkan apakah bahasa bagi ahli syurga. Oleh itu,  ia tidak disebutkan oleh syarak mengenainya maka tidak perlu diperdalami masalah ini. Apa yang perlu hanyalah menyerahkan perkara ini kepada Allah s.w.t dan menyibukkan diri dengan amalan yang memberi manfaat di akhirat kelak.

Sheikh al-Islam Ibnu Taimiyyah pernah ditanya: Dengan bahasa apakah dipertuturkan oleh manusia di hari kebangkitan? adakah Allah s.w.t akan berbicara dengan manusia dengan bahasa Arab? adakah benar bahawa bahasa ahli neraka adalah bahasa Parsi dan bahasa ahli syurga ialah bahasa Arab?

Beliau menjawab: “Alhamdulillahi Rabbil ‘Alamin, tidak diketahui hingga ke hari ini bahasa apakah yang dipertuturkan oleh manusia, begitu juga bahasa apakah yang diperdengarkan kepada mereka dari Tuhan yang maha agung dan tinggi. Ini kerana Allah s.w.t tidak pernah mengkhabarkan kepada kita mengenainya, begitu juga tidak pernah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. Tidak sahih riwayat yang menyatakan bahawa bahasa parsi merupakan bahasa ahli neraka dan begitu juga tidak sahih(riwayatnya) bahawa bahasa Arab adalah bahasa ahli syurga. Tidak kami menemui perselisihan di antara para sahabat r.a mengenai masalah ini, bahkan mereka tidak memanjangkan permasalahan ini kerana berbicara mengenainya adalah sia-sia. Akan tetapi berlaku perselisihan pendapat di kalangan ulama terkemudian yang mana sebahagian daripada mereka berpendapat bahawa bahasa Arab adalah bahasa ahli syurga. Sebahagian yang lain menyatakan ahli neraka bertutur dengan menggunakan bahasa Parsi iaitu bahasa ahli neraka. Terdapat pendapat lain yang menyatakan bahawa mereka akan berbicara dengan bahasa Siryani kerana ia adalah bahasa Nabi Adam a.s yang mana terpecah pelbagai bahasa dari bahasa tersebut. Ada yang berpendapat bahawa ahli-ahli syurga berbahasa Arab. Semua pendapat ini tidak disandarkan hujah samaada dari sudut akal mahupun naql(al-Quran dan Hadith), bahkan ia hanya dakwaan yang tidak memiliki dalil. Allah s.w.t yang lebih mengetahui dan lebih bijak”. Tamat, petikan dari Majmuk al-Fatawa 4/299.
والله أعلم .

Rujuk: Islam Q&A

Abu Ruqayyah, Cheetham Hill Manchester.

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh, Hadith Nabawi. Bookmark the permalink.

2 Responses to Adakah Bahasa Arab itu Bahasa Ahli Syurga?

  1. aberoy says:

    saya tidak bersetuju dengan saudara dalam satu hal, saudara menjadikan pendapat albani, bin baz, uthaimin wahabi sebagai sandaran tulisan dan pegangan saudara…lebih baik diambil dari pendapat imam2 mazhab ataupun tahkik, tashih dari al-hafiz imam al-asqalani,sayuthi terhadap sahih bukhari mahupun muslim….

    sebagaimana dikatakan oleh ulama sejarah terkenal, ramadhan albuti dan beberapa ulama lain mengatakan mereka(golongan mazhabi mujtahid)yg lebey dikatakan salafi kerana lbey hampir zamannya dengan rasulullah berbanding gerombolan yang sepi dan bisu terhadap kekejaman israel terhadap palestin dan mengampu para pemuka negara pada hari ini.

  2. aburuqayya says:

    Terima kasih saudara atas kesudian anda menziarahi blog saya ini, semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah s.w.t. Berkenaan dengan bantahan saudara terhadapa artikel saya ini, saya amat menghormatinya dan sekaligus saya mengucapkan ribuan terima kasih.

    Tidak perlu kita melihat sama ada wahabi atau tidak, apa yang penting argumentasi dan hujah yang digunakan untuk sesuatu pendapat itu perlu lebih diambil berat. Bukan sekadar menilai sesuatu pendapat berdasarkan melihat perwatakan seseorang itu samaada ia wahabi atau tidak, tetapi nilailah pada dalil dan hujah.

    Baiklah, kita lupakan dan buang jauh2 al-Albani, Bin Baaz dan lain2 di kalangan ulama yang dilabelkan sebagai wahabi. Lihat kembali artikel saya di atas, bagaimana dengan penjelasan ulama2 hadith terkenal seperti Ibn al-Jawziy, Ibnu Taimiyyah dan az-Zahabi? mereka ternyata sependapat dengan al-Albani dan lain2nya. Kenapa Ibnu al-Jawziy dan az-Zahabi tidak digelar wahabi? sedangkan pendapat mereka sama seperti wahabi.

    Saya tidak mengingkari kehebatan para ulama yang lain, akan tetapi perlu diingat bahawa kalam ulama bukan seperti kalam Nabi, kalam ulama juga berisiko terdedah kepada salah dan silap, hanya dalil dari al-Quran dan as-Sunnah yang mampu menguatkan kalam ulama ini. Justeru setiap kalam yang tiada dalil terutama yang berbicara tentang aqidah perlu disertakan dalil. Jika tidak terdapat dalil maka pendapat itu perlu ditolak, terutama di dalam urusan aqidah dan kepercayaan Islam yang tiada ruang untuk para ulama berijihad.

    Jika benar ada pendapat tentang isu ini dari para Imam mazhab empat, sila nyatakan dan saya ingin sekali melihat. Tetapi ingat, perlu disertakan dalil dari imam tersebut dan kedudukan dalil tersebut samaada ianya sohih atau tidak, bukan sekadar omongan kosong dan taqlid membuta tuli yang keterlaluan.

    Jika benar ada hadith sohih dan sorih yang menyatakan bahawa bahasa Arab adalah bahasa syurga, nah…sila tunjukkan hadithnya kepada saya, beserta rujukan dan komentar dari ahli-ahli hadith yang muktabar dan rujukan yang juga muktabar yang membicarakan secara terperinci tentang sanad dan matan hadith.

    Wallahu A’lam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s