Sifat Takbiratul Ihram Nabi SAW.

Ada sebilangan rakan-rakan yang mengikuti kuliah solat. Saya tidak pasti samaada mereka tidak mengamalkan apa yang diajar ketika kursus atau memang diajar begitu. Nak kata tak amalkan, mereka melakukan ‘style’ yang sama dan ini berkemungkinan besar mereka diajar sebegitu.

‘Style’ yang maksudkan di sini ialah bentuk atau sifat ketika mengangkat takbir di mana individu-individu yang saya maksudkan ketika bertakbir, kedua-dua ibu jari mereka sangat hampir kepada cuping telinga mereka. Setahu saya, ini bukan sifat solat yang diriwayatkan daripada Baginda SAW.

Sifat takbir Nabi SAW sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya:
عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا قام للصلاة رفع يديه حتى تكونا حذو منكبيه
“Ibnu Umar RA berkata, ‘Apabila Rasulullah SAW berdiri untuk mengerjakan solat, maka baginda mengangkat kedua-dua tangannya(takbiraul ihram) sehingga kedua-duanya sejajar dengan bahu baginda…'”

Dalam riwayat yang lain:
إذا كبر رفع يديه حتى يحاذي بهما أذنيه وإذا ركع رفع يديه حتى يحاذي بهما أذنيه
“Apabila Rasulullah SAW mengangkat kedua-dua tangannya sehingga sejajar dengan kedua-dua telinga baginda SAW.”

Jika dilihat dari kedua-dua riwayat di atas, sifat mengangkat tangan Nabi SAW ketika takbir hanya ada dua bentuk, 1) kedua-dua tangan baginda sejajar dengan bahu, 2) sejajar dengan kedua-dua telinga. Jadi tiada riwayat yang menyebut nabi mengangkat tangan sehingga kedua-duanya hampir kepada cuping telinga atau telinga.

Al-Imam an-Nawawi RHM telah memperincikan maksud riwayat tersebut di dalam al-Minhaj:
وأما صفة الرفع فالمشهور من مذهبنا ومذهب الجماهير أنه يرفع يديه حذو منكبيه بحيث تحاذي أطراف أصابعه فروع أذنيه أي أعلى أذنيه ، وإبهاماه شحمتي أذنيه ، وراحتاه منكبيه
“Manakala sifat mengangkat tangan yang masyhur di dalam mazhab kami(Imam Syafi’ie) dan mazhab majoriti ulama bahawa baginda mengangkat kedua tangannya sejajar bahu baginda, di mana hujung-hujung jarinya sejajar dengan bahagian atas telinga, kedua-dua ibu jarinya sejajar kedua-dua cuping telinga dan kedua-dua telapaknya tangan sejajar dengan bahu.”

Penjelasan Imam Nawawi ini merupakan penyatuan antara dua riwayat yang menceritakan sifat takbiratul ihram Baginda SAW. Ada juga berpendapat dari kalangan ulama yang menyatakan Bahawa Rasulullah SAW melakukan kedua-dua bentuk iaitu paras bahu dan telinga. Namun begitu, tiada riwayat dan pendapat(sejauh pembacaan saya) yang menyatakan bahawa Baginda SAW mengangkat tangan sehingga benar-benar hampir kepada telinga. Wallahu A’lam.

P/S: Kenyataan saya ini tiada ditujukan mana-mana pihak yang menganjur mana-mana kursus solat samaada di tanahair atau di luar negara. Ia dikeluarkan hanya sebagai respon hasil amalan yang dilakukan oleh sebahagian peserta sahaja.

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s