Amalan meletakkan cebisan-cebisan bunga di atas kubur dan menyiram air di atasnya.

Hukum meletakkan cebisan-cebisan bunga setakat pencarian saya, tiada asas dari sumber-sumber yang sahih dari al-Quran dan Hadith. Namun menyiram air di atas kubur selepas mengebumikan mayat terdapat riwayat yang menyebut:
أن رسول الله صلى الله عليه وسلم رش على قبر ابنه إبراهيم ووضع عليه حصباء. رواه الشافعي

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah SAW menyiram(merenjis) air di atas kubur anaknya Ibrahim dan meletakan batu di atasnya.” Hadith riwayat Imam Syafi’ie(rujuk: Nail al-Awtar, al-Syaukani)

Imam Al-Baihaqi meriwayatkan bahawa Jabir bin Abdullah RA berkata:
رُشَّ عَلَى قَبْرِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْمَاءِ رَشًّا ; فَكَانَ الَّذِي رَشَّ عَلَى قَبْرِهِ بِلَالُ بْنُ رَبَاحٍ بَدَأَ مِنْ قِبَلِ رَأْسِهِ مِنْ شِقِّهِ الْأَيْمَنِ حَتَّى انْتَهَى إلَى رِجْلَيْهِ

Maksudnya: “Kubur Nabi SAW telah disiram air ke atasnya,orang yang menyiram air di atas kubur Baginda adalah Bilal bin Rabah RA iaitu Beliau memulakan(siraman) dari kepalanya dari sudut kanan sehingga di bahagian kaki.” (Rujuk: Nail al-Autar, al-Syaukani)

Meski pun hadith mengenai siraman air ke atas kubur adalah lemah, namun ia menguatkan antara satu sama lain. Amalan ini juga disebut secara jelas di dalam fatwa mazhab-mazhab fiqh, iaitu pendapat mazhab Hanafi, Syafi’ie dan Hanbali. (Rujuk: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah)

Apakah tujuan siraman ini?
Imam Nawawi menyebut di dalam ‘al-Majmuk’, bab janaiz:

ولأنه إذا لم يرش عليه الماء زال أثره فلا يعرف ، ويستحب أن يجعل عند رأسه علامة من حجر أو غيره
Maksudnya: …dan jika tidak disiramkan air ke atasnya(kubur), maka kesan kubur(pengkebumian) akan hilang dan tidak dikenali. Disunatkan juga meletakkan tanda yang berbentuk batu dan selainnya di bahagian kepala.

Menurut Imam al-Buhuti al-Hanbali di dalam kitab ‘Kasyaf al-Qina’ ‘an Matn al-Iqna’, kitab janaiz:

ولأن ذلك أثبت له ، وأبعد لدروسه ، وأمنع لترابه من أن تذهبه الرياح
Maksudnya: …dan kerana untuk menguatkan kubur, menjauhan ia dari hilang kesannya dan menghalang tanah kubur itu diterbangkan oleh angin.

Jelas di sini, siraman di atas kubur tidak memberi apa-apa manfaat kepada si mati. Ia merujuk agar kesan kuburan itu tidak hilang dan diterbangkan oleh angin, agar orang yang lalu lalang dapat membezakan antara tanah biasa dan tanah perkuburan. 

Amalan ini amat sesuai di tanah Arab atau padang pasir memandangkan keadaan tanahnya yang kering dan berpasir yang mudah hilang kesannya akibat tiupan angin. Manakala di Malaysia, tanahnya lembab dan tidak sekering di padang pasir, malah jika ditiup angin sekali pun ia tidak memberi apa-apa kesan. 

Sesiapa yang menyiram air di atas kubur dengan mempercayai bahawa ia memberi kesan kepada mayat, maka ini adalah perkara yang terlarang dan bercanggah dengan ajaran Islam. 

والله أعلم

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Amalan meletakkan cebisan-cebisan bunga di atas kubur dan menyiram air di atasnya.

  1. Rayyan says:

    alhamdulillah info terbaik…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s