Apa masalah dengan tazkirah antara solat tarawih?

Mengapa ada segelintir yang tidak senang dengan tazkirah diselitkan di antara solat tarawih?
Adakah mereka menyangka bahawa Ibadah di bulan Ramadan hanya solat wajib, solat tarawih dan membaca al-Quran sahaja?
Adakah mereka menyangka tazkirah itu bukan ibadah yang tidak menjanjikan pahala yang lumayan dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala?

Jika ini yang disangkakan oleh golongan tersebut, maka sangkaan mereka adalah silap dan tersasar. Oleh itu, mari sama-sama kita hayati hadith Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam di bawah ini:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال, قال رسول الله صلى الله عليه وسلم, “ومَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ”. رواه مسلم في كتاب الذكر والدعاء والتوبة والاستغفار, باب فضل الاجتماع على تلاوة القرآن وعلى الذكر

Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkannya jalan menuju ke syurga. Tidak ada suatu kaum berkumpul di salah sebuah rumah Allah(masjid) untuk membaca kitab Allah(al-Quran) dan mempelajarinya sesama mereka, melainkan ketenangan turun ke atas mereka, rahmat Allah meliputi mereka, dan Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang berada di sisi-Nya.” Hadith riwayat Imam Muslim.

1) Hadith di atas menunjukkan kelebihan majlis ilmu di sisi Allah, di mana ia menjanjikan ganjaran yang begitu besar bagi sesiapa yang menyertainya, terutama kemudahan jalan ke Syurga. Tidak syak lagi, tazkirah adalah sebahagian daripada majlis ilmu.

2) Hadith ini juga menyebut kelebihan mempelajari agama Allah SWT di dalam masjid akan mendapat ketenangan dan rahmat dari Allah serta nama-nama penuntut ilmu agama di dalam masjid akan disebut-sebut oleh Allah di hadapan para malaikat sebagai tanda kasih dan redha Allah pada golongan ini. Tazkirah merupakan satu majlis yang menepati ciri-ciri yang disebut di dalam hadith ini.

3) Secara umumnya berdasarkan maksud nas-nas hadith yang sahih, pahala-pahala ibadat akan dilipat gandakan oleh Allah di bulan Ramadan, tidak pada bulan-bulan yang lain. Jika menghadiri majlis ilmu atau tazkirah mendapat ganjaran yang besar dari Allah SWT, apatah lagi jika dihadiri pada bulan Ramadan yang mulia.

4) Kesimpulan di sini, tidak rugi jika kita menyibukkan diri dengan tazkirah di bulan Ramadan, kerana ia menepati ciri-ciri majlis ilmu yang disebutkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam di dalam hadith-hadith yang sahih. Malah tazkirah juga merupakan sebahagian ibadat yang dituntut untuk diamalkan dan disertai oleh setiap muslim selain dari solat, baca al-Quran, bersedekah dan seumpamanya.

5) Tazkirah di malam Ramadan bukanlah satu perkara yang wajib, malah ianya perlu untuk membekalkan pengisian yang sahih mengenai pemahaman Islam yang tepat dan cara ibadah yang betul kepada masyarakat.

6) Tazkirah dijalankan di antara rakaat solat tarawih adalah sesuai, kerana solat tarawih adalah solat yang tidak perlu berkejar-kejar untuk menghabiskannya, ia adalah solat yang istirehat setelah mengerjakannya(setiap 2 atau 4 rakaat). Jadi kewujudan tarawih setelah perlaksanaan 4 rakaat pertama adalah wajar kerana memberi ruang kepada jemaah untuk berehat sejenak. Namun tazkirah tidak perlu dalam masa yang panjang, cukup sekadar antara 10 ke 20 minit.

7) Pengisian tazkirah Ramadan juga perlu berkualiti, iaitu penceramah perlu mendedahkan kepada masyarakat melalui tazkirahnya tentang tafsir ayat-ayat suci al-Quran dan penjelasan hadith-hadith Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam serta pandangan dan kata-kata ulama-ulama terdahulu. 

8) Pihak masjid atau surau perlu berhati-hati memilih pentazkirah, agar tidak mengundang ustaz-ustaz yang membentangkan fakta-fakta yang tidak sahih menurut agama Islam dan juga bukan pentazkirah yang hanya ‘menggoreng’ fakta-fakta yang dinisbahkan kepada Islam di dalam tazkirahnya tanpa dibuktikan dengan dalil-dalil dari al-Quran dan Sunnah.

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s