AWAS!!! WAS-WAS PERANGKAP SYAITAN.

Abbad bin Tamim berkata bahawa Abdullah bin Zaid bin ‘Asim al-Maazini telah berkata bahawa Rasulullah SAW ditanya tentang orang yang seolah-olah merasakan sesuatu ketika mengerjakan solat(keluar sesuatu dari kemaluan). Nabi menjawab, “Janganlah dia pergi (membatalkan solatnya) sebelum mendengar suara (kentut) atau mencium baunya.” Hadith Bukhari dan Muslim.

Hadith di atas, menceritakan seorang sahabat bertanya kepada Nabi SAW, bahawa beliau rasa was-was ketika mengerjakan solat, iaitu rasa macam terkentut, jadi adakah beliau perlu membatalkan solat dan ambil semula wuduk. Lalu Rasulullah SAW tidak membenarkan sahabat itu membatalkan solat melainkan terbukti beliau benar-benar terkentut.

Terdapat satu kaedah dalam ilmu fiqh, ia berbunyi:
“اليقين لا يزول بالشك”
“keyakinan tidak dihilangkan dengan syak”.

Maksudnya, jika anda sudah pasti berada dalam sesuatu situasi, kemudian anda muncul rasa was-was maka anda tetap berada dalam situasi yang awal tersebut.

Sebagai contoh, ada telah ketahui bahawa anda sudah mengambil wuduk yg lengkap syarat dan rukunnya, kemudian datang rasa was-was iaitu adakah wuduk anda masih sah atau tidak? Jadi, selagi tiada bukti yg menyatakan wuduk anda terbatal, maka anda masih dikira berada dalam situasi berwuduk atau bersuci. Oleh itu tidak perlu mengambil wuduk semula, kerana tiada bukti yang menunjukkan wuduk anda terbatal dan perasaan was-was sama sekali tidak membatalkan wuduk.

Moralnya: Kalau rasa was-was wuduk atau mandi junub sama ada batal atau tidak, maka tak perlu ulang kembali. Amalan seperti ini bukan sunnah Rasulullah SAW. Jangan membazir air.

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to AWAS!!! WAS-WAS PERANGKAP SYAITAN.

  1. Write more, thats all I have to say. Literally, it seems as though you relied on the video to make your point.
    You obviously know what youre talking about, why throw away your intelligence on just posting videos to your blog when you could be giving
    us something informative to read?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s