JANGAN TABUR FITNAH DAN MEMPERCAYAINYA

Tabur fitnah atau adu domba merupakan sesuatu perkara yang amat mudah untuk dilakukan, namun kesan dosanya amatlah besar di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Imam al-Bukhari di dalam kitab Sahihnya meletakkan terjemahan atau tajuk bab hadith adu domba dengan katanya ‘باب النميمة من الكبائر’ (Bab Umpatan ialah antara dosa-dosa besar), maka kata beliau ini jelas menunjukkan bahawa perbuatan menabur fitnah, adu domba dan umpatan ini diketogarikan sebagai dosa-dosa besar di dalam agama.

Terdapat banyak nas dari Kitab Allah SWT dan hadith-hadith Rasulullah yang menceritakan perihal perbuatan yang keji ini antaranya firman Allah SWT di dalam surah al-Nur, ayat 19:

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).

Ayat suci di atas secara jelasnya mengecam mereka yang suka mereka-reka cerita lalu menyebarkan pada orang lain dengan ancaman siksa yang amat dahsyat. 

Secara kebiasaannya fitnah yang timbul disebabkan perasaan sangka buruk terhadap seseorang yang dibenci atau tidak disukai, maka timbullah idea untuk memburukkan seseorang itu dengan melontarkan fitnah dan tuduhan ke atasnya. Oleh kerana itu, Baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam memberi amaran agar menjauhi sifat begini, sepertimana hadith meriwayatkan:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ” إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ، فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ، وَلاَ تَحَسَّسُوا، وَلاَ تَجَسَّسُوا، وَلاَ تَحَاسَدُوا، وَلاَ تَدَابَرُوا، وَلاَ تَبَاغَضُوا، وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا “. متفق عليه

Abu Hurairah RA meriwayatkan dari Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, bahawa baginda SAW telah bersabda, “Berhati-hati dengan syak wasangka, kerana syak wasangka adalah sepalsu-palsu cerita, jangan mencari-cari kesalahan orang lain, jangan mengintip, jangan saling berhasad dengki, jangan kamu putus hubungan antara satu sama lain, jangan saling marah memarahi(membenci) dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara(di antara kamu). ” Hadith riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim.

Selalu sebahagian masyarakat mudah mempercayai sesuatu cerita lalu menyebarkan ia pada orang lain. Perkara sebegini sering menyebabkan fitnah atau cerita palsu mengenai seseorang tersebar dengan mudah. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah memberi amaran akan perbuatan ini, sepertimana sepotong hadith ada menyebut:

حَفْصِ بْنِ عَاصِمٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَفَى بِالْمَرْءِ كَذِبًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ, رواه مسلم في مقدمة صحيحه, باب النهي عن الحديث بكل ما سمع

Hafs bin ‘Asim meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Cukuplah bagi orang itu disebut sebagai pembohong jika ia membicarakan dengan setiap apa yang dia dengar”. Hadith riwayat Imam Muslim.

Dalam riwayat lain menyebut:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَفَى بِالْمَرْءِ إِثْمًا أَنْ يُحَدِّثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ. رواه أبو داود في كتاب الأدب, باب في التشديد في الكذب 

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Cukuplah bagi orang itu berdosa jika ia membicarakan dengan setiap apa yang dia dengar”. Hadith riwayat Imam Abu Daud.

Imam Ali al-Qari menjelaskan maksud hadith di atas di dalam kitabnya ‘Mirqah al-Mafatih Syarh Miskah al-Masabih’:

لو لم يكن للمرء كذب إلا تحديثه بكل ما سمع من غير تيقن أنه صدق أم كذب ، لكفاه من الكذب أن لا يكون بريئا منه ، وهذا زجر عن التحديث بشيء لم يعلم صدقه

“Seseorang itu tidak dikira menipu melainkan jika dia menyampaikan apa sahaja yang dia dengan tanpa rasa yakin samaada perkara itu benar atau tipu. Seseorang itu dikira sebagai penipu jika dia tidak berlepas tangan darinya(menyampaikan apa sahaja yang didengari). Ini adalah larangan menyampaikan sesuatu yang dia tidak mengetahui kebenarannya.”

BALASAN DAN AZAB PENGADU DOMBA ATAU PENYEBAR FITNAH.

firman Allah SWT di dalam surah al-Nur, ayat 19:

إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian).

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ { مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَبْرَيْنِ ، فَقَالَ : إنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ ، وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ أَمَّا أَحَدُهُمَا : فَكَانَ لَا يَسْتَتِرُ مِنْ الْبَوْلِ ، وَأَمَّا الْآخَرُ : فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ فَأَخَذَ جَرِيدَةً رَطْبَةً ، فَشَقَّهَا نِصْفَيْنِ ، فَغَرَزَ فِي كُلِّ قَبْرٍ وَاحِدَةً فَقَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، لِمَ فَعَلْتَ هَذَا ؟ قَالَ : لَعَلَّهُ يُخَفَّفُ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا. رواه البخاري في صحيحه, كتاب الجنائز, باب الجريد على القبر 

Dari Abdullah Ibnu Abbas RA, “Suatu hari Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam melalui dua buah kubur, lalu bersabda, ‘Sesungguhnya kedua-dua ahli kubur diazab di dalam kubur, kedua-duanya tidak diazab kerana dosa besar. Salah seorang dari mereka tidak istibrak dari kencing, manakal seorang lagi berjalan menyebarkan fitnah dan umpatan’. Maka baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam mengambil pelepah tamar dan mematahkan kepada dua bahagian dan menanam setiap satu pada setiap kubur. Lalu para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, mengapa kau lakukan begitu?’ Lalu baginda bersabda, “Moga-moga ia dapat meringankan azab mereka selagimana ia tidak kering””.

همام بن الحارث قال: كُنَّا جُلُوسًا مَعَ حُذَيْفَةَ فِي الْمَسْجِدِ فَجَاءَ رَجُلٌ حَتَّى جَلَسَ إِلَيْنَا فَقِيلَ لِحُذَيْفَةَ إِنَّ هَذَا يَرْفَعُ إِلَى السُّلْطَانِ أَشْيَاءَ فَقَالَ حُذَيْفَةُ إِرَادَةَ أَنْ يُسْمِعَهُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَتَّاتٌ. رواه مسلم, كتاب الإيمان, باب بيان غلظ تحريم النميمة

Hammam bin al-HaritH berkata, “Kami pernah duduk-duduk bersama Hudzaifah RA di dalam masjid, maka seorang lelaki datang sehingga duduk menghadap kami. Lalu dia berkata kepada Hudzaifah RA, ‘Sesungguhnya orang ini menyampaikan suatu berita kepada penguasa.’ Maka Hudzaifah RA berkata dengan maksud agar lelaki itu mendengarnya, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak masuk syurga orang yang suka mengadu domba’.” Hadith riwayat Imam Muslim.

عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ حُذَيْفَةَأَنَّهُ بَلَغَهُ أَنَّ رَجُلًا يَنُمُّ الْحَدِيثَ فَقَالَ حُذَيْفَةُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ نَمَّامٌ. رواه الإمام أحمد في مسنده, في باقي مسند الأنصار, حديث حذيفة بن اليمان عن النبي صلى الله عليه وسلم 

Abu Wa’il meriwayatkan dari Hudzaifah RA bahwa telah sampai berita kepadanya, bahwa seorang laki-laki mengadu domba suatu pembicaraan, maka Hudzaifah RA berkata, “Saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak akan masuk surga orang yang suka mengadu domba’.”

Akhir sekali, jika anda difitnah dan dituduh dengan pelbagai tomahan dan berita yang tidak benar mengenai anda, maka pujuk lah diri anda dengan ucapan, “Ssesungguhnya saya berpuasa”. Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam:

وَإِذَا كَانَ يَوْمُ صَوْمِ أَحَدِكُمْ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَصْخَبْ فَإِنْ سَابَّهُ أَحَدٌ أَوْ قَاتَلَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّي امْرُؤٌ صَائِمٌ. رواه البخاري في صحيحه, كتاب الجنائز, باب هل يقول إني صائم إذا شتم

Maksudnya: “Apabila hari seseorang itu berpuasa maka janganlah dia mengeluarkan kata-kata tidak senonoh dan janganlah dia menengking. Sekiranya ada orang yang memakinya atau mahu bertengkar dengannya maka hendaklah dia memberitahu bahawa saya sedang berpuasa.” Hadith riwayat Imam al-Bukhari.

Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi, 18 Ramadan 1434
Kuala Lumpur

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s