ADAKAH DIKIRA BIDAAH ATAU MENYALAHI SUNNAH JIKA BERDIRI DI DALAM MASJID KETIKA AZAN DIKUMANDANGKAN SEHINGGA AZAN TAMAT SEBELUM SOLAT TAHIYYAT?

Pada umumnya kita disunatkan menjawab laungan azan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wa Sallam dalam sepotong hadith:

عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ، فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ. رواه البخاري في صحيحه في كتاب الإيمان, باب أحب الدين إلى الله عز وجل أدومه

Maksudnya: “Apabila kamu semua mendengar seruan azan, maka jawablah seperti yang dilaungkan oleh muazzin itu.” (Hadith riwayat al-Bukhari) Begitu juga disunatkan mengerjakan solat sunat tahiyyatul masjid sebelum duduk, sepertimana sabda Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wa Sallam:

إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يَجْلِسَ

Maksudnya: “Apabila salah seorang di antara kamu mendatangi/memasuki masjid, maka janganlah duduk sebelum mengerjakan solat dua rakaat.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim) Di dalam kitab al-Umm yang menghimpunkan fatwa-fatwa Imam Syafi’ie:

فيجب لكل من كان خارجا من الصلاة من قارئ أو ذاكر أو صامت أو متحدث أن يقول كما يقول المؤذن ، وفي حي على الصلاة حي على الفلاح لا حول ولا قوة إلا بالله. (الأم, كتاب الصلاة, باب جماع الأذان, باب في القول مثل ما يقول المؤذن)

Maksudnya: Wajib bagi setiap orang berada di dalam keadaan luar dari solat samaada yang sedang membaca(al-Quran), berzikir, senyap atau bercakap menjawab azan sepertimana yang dilaungkan oleh muazzin. Pada (lafaz) “Hayya ‘ala as-solah, Hayya ‘ala al-Falah” dengan lafaz “La hawla wala Quwwata Illa billah”.

Berdasarkan kenyataan di atas, Imam Syafi’ie Radiyallahu ‘Anhu berpendapat jika seseorang itu berada luar dari perbuatan solat maka dituntut menjawab laungan azan itu tanpa mendirikan solat ketika azan dikumandangkan. Menurut Imam Ibn al-Qudamah al-Maqdisi di dalam karangannya al-Mughni:

قال الأثرم : سمعت أبا عبد الله يسأل عن الرجل يقوم حين يسمع المؤذن مبادرا يركع ؟ فقال : يستحب أن يكون ركوعه بعدما يفرغ المؤذن ، أو يقرب من الفراغ ; لأنه يقال : إن الشيطان ينفر حين يسمع الأذان ، فلا ينبغي أن يبادر بالقيام . وإن دخل المسجد فسمع المؤذن استحب له انتظاره ليفرغ ، ويقول مثل ما يقول جمعا بين الفضيلتين. (المغني, ابن قدامة)

Imam al-Athram(anak murid Imam Ahmad): aku mendengar Abu Abdillah(Imam Ahmad bin Hanbal) ditanya mengenai seseorang bangun ketika mendengar azan terus mendirikan solat. Lalu beliau menjawab, ‘Disunatkan mengerjakan solat selepas tamatnya muazzin melaungkan azan atau hampir-hampir tamat azan kerana diriwayatkan sesungguhnya Syaitan berlari bertempiaran ketika mendengar azan, maka dia tidak sepatutnya bersegera mengerjakan solat. Jika seseorang itu masuk ke dalam masjid lalu mendengar muazzin melaungkan azan, maka disunatkan menunggu sehingga muazzin selesai melaungkan azan dan menjawab sepertimana yang dilaungkan oleh muazzin sebagai menghimpun kedua-dua fadilat.’

Jelas di sini, amalan berdiri menanti tamatnya azan di dalam masjid sebelum mengerjakan sunat tahiyyat bukan bidaah di dalam agama, malah bukan satu kesalahan atau kesilapan apatah lagi bertentangan dengan sunnah. Ini kerana ia sabit dan wujud di dalam fatwa ulama salaf.

Imam Nawawi di dalam kitab al-Majmuk Syarh al-Muhazzab menegaskan seseorang itu tidak harus duduk setelah masuk ke dalam masjid sehingga menunai sunat tahiyyat, jika iqamah sedang dilaungkan seseorang itu haruslah terus berdiri.

لو دخل المسجد وأراد الشروع في تحية المسجد أو غيرها ، فشرع المؤذن في الإقامة قبل إحرامه فليستمر قائما ولا يشرع في التحية للحديث الصحيح : { إذا أقيمت الصلاة فلا صلاة إلا المكتوبة } ولا يجلس للحديث الصحيح في النهي عن الجلوس قبل التحية

Jika seseorang masuk ke dalam masjid dan ingin memulakan sunat tahiyyat atau selainnya, lalu muazzin memulakan iqamah sebelum takbiratul, maka dia perlu terus berdiri tanpa memulakan solat tahiyyat berdasarkan hadith sahih {Jika iqamah dilaungkan maka tiada solat melainkan solat fardu} dan dia tidak seharusnya duduk berdasarkan hadith sahih yang melarang duduk sebelum mengerjakan solat tahiyyat.

Tidak dinafikan wujud pendapat yang mengharuskan solat sunat tahiyyat ketika azan dilaungkan, malah pendapat ini dinisbahkan kepada sebahagian ahli ilmu. Namun lebih afdal ialah tunggu di dalam keadaan berdiri sehingga azan tamat. Kemudian disusuli solat sunat tahiyyat kerana ini menghimpunkan dua fadilat iaitu solat sunat tahiyyat sebelum duduk dan mengjawab laungan azan.

Wallahu A’lam. Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi.

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s