Adakah kita bersedia untuk menjadi rakyat di sebuah ‘negara maju’?

Semalam saya menikmati juadah petang di sebuah restoran di Ampang, tiba-tiba seorang pekerja restoran tersebut memcuci lantai yang tidak jauh dari meja saya. Habis bau cecair pencuci menusuk ke hidung saya dan sekaligus mengganggu selera saya yang sedang makan. Perkara ini telah banyak kali berlaku kepada diri saya.

Saya teringat ketika saya menetap di England untuk menemani isteri saya menyambung pengajiannya di sana. Pada kesempatan itu, saya melakukan kerja sambilan sepertimana yang dilakukan oleh pekerja-pekerja asing di tanahair seperti tukang cuci dan seumpamanya. Meskipun saya merupakan salah seorang pekerja asing di England, saya dan pekerja-pekerja asing yang lain tidak ketinggalan untuk diberi kursus insentif sebelum memulakan tugasan. Kami diajar tentang etika tugasan, cara menggunakan peralatan dengan betul, cara mengangkat barang yang berat, bagaimana membersihkan meja dengan lebih efektif dan macam-macam lagi tunjuk ajar yang kami perolehi.

Saya masih ingat yang saya pernah dimarahi oleh majikan kerana tidak menggunakan kain pengelap yang tepat dan sesuai pada tempatnya (Kain MERAH untuk tandas, BIRU untuk dapur dan HIJAU untuk pejabat). Peristiwa itu saya masih ingat sehingga kini dan saya tidak pernah mengulangi kesilapan itu kerana tindakan saya itu dianggap satu kesalahan yang agak serius menyebabkan saya diberi amaran keras.

Tugasan kami ditetapkan dengan penjadualan yang teratur bersesuaian dengan suasana bekerja di tempat kami bertugas. Sebagai contoh, waktu untuk membersihkan pejabat perlu dilakukan sebelum waktu pejabat bermula. Begitu juga jika ingin membersih dapur atau kantin pejabat, petugas kebersihan perlu melunaskan kerjanya sekurang-kurangnya 10 minit sebelum waktu berehat atau kantin dibuka supaya lantai mendapat masa yang cukup untuk kering, di mana tidak mengundang bau cecair yang mengganggu pelanggan dan mengelakkan bahaya kegelinciran atau jatuh.

Apa yang paling menarik, setelah kami dilatih secara profesional, maka kami dibayar dengan harga profesional yang mengikut standat yang telah ditetapkan oleh kerajaan British. Apa yang penting juga, gaji kami setanding dengan bayaran gaji yang diberikan kepada rakyat tempatan.

Dalam konteks tanahair, saya rasa kita masih lagi jauh untuk memartabatkan Malaysia sebagai negara maju. Dua hari lepas, saya menghadiri sesi dialog ‘isu-isu semasa negara’. Apa yang menarik perhatian saya ialah kenyataan Naib Canselor UKM, Prof Datuk Dr Noor Azlan Ghazali yang berpendapat bahawa negara kita ini tidak mampu untuk mencapai ke tahap negara maju selagimana rakyat tidak mahu bekorban metarial dan fizikal untuk negara, disamping itu juga rakyat perlu membetulkan mentaliti mereka terhadap sistem dan mekanisme yang disediakan oleh sektor-sektor perkhidmatan di Malaysia. 

Apa yang saya faham dari kenyataan beliau, selagi masyarakat masih terlalu mementingkan kos perkhidmatan dan penyelenggaran yang murah berbanding kualiti perkhidmatan selagi itulah ia akan mencipta jurang pemisah untuk kita sampai ke garisan negara maju. Sekaligus ia juga menjejaskan wawasan negara untuk mencapai target pendapatan perkapita penduduk yang tinggi seperti di negara-negara maju. Ini baru satu cabaran yang perlu dilalui, bayangkan masih banyak lagi cabaran yang perlu ditempuhi untuk menjadikan Malaysia seperti United Kingdom, Amerika, Jepun dan negara jiran kita Singapura.

Wallahu A’lam

Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s