AKHLAK DAN KEWARAKAN PARA IMAM DALAM BERFATWA

عن حجاج بن عمير بن سعد قال : «سألت علقمة عن مسألة ، فقال : ائت عبيدة فاسأله, فأتيت عبيدة فقال : ائت علقمة , فقلت : علقمة أرسلني إليك , فقال : ائت مسروقًا فاسأله , فأتيت مسروقًا فسألته فقال : ائت علقمة، فاسأله , فقلت : علقمة أرسلني إلى عبيدة ، وعبيدة أرسلني إليك , فقال : ائت عبد الرحمن بن أبي ليلى , فأتيت عبد الرحمن بن أبي ليلى ، فسألته ، فكرهه ، ثم رجعت إلى علقمة ، فأخبرته ، قال : كان يقال : أجرأ القوم على الفتيا أدناهم علمًا» .

Maksudnya: Hajjaj bin ‘Umair bin Saad berkata, “Aku bertanya ‘Alqamah mengenai suatu permasalahan (agama)”, lalu beliau membalas, “Pergilah kepada Ubaidah dan tanyalah dia”.

Maka aku pergi kepada ‘Ubaidah (untuk bertanya), lalu beliau berkata, “Kamu pergilah bertanya ‘Alqamah ”, lalu aku membalas, “’Alqamah yang menghantar aku kepada-mu”. ‘Ubaidah pun berkata, “Pergilah kepada Masruq dan tanyalah padanya”.

Aku pun pergi kepada Masruq dan bertanya padanya (tentang permasalahan itu), lalu Masruq berkata, “Kamu pergilah kepada ‘Alqamah dan tanyalah dia”. Lalu aku membalas, “’Alqamah yang menghantar aku kepada ‘Ubaidah dan ‘Ubaidah menghantar aku kepada-mu”. 

Lalu Masruq pun berkata, “Kamu pergilah kepada Abdul Rahman bin Abu Laila”. Maka aku pergi kepada Abdul Rahman bin Abu Laila, lalu aku bertanya kepadanya (tentang permasalahan itu), lalu beliau marah.

Kemudiannya aku kembali kepada ‘Alqamah dan menceritakan kepada beliau tentang apa yang telah berlaku. ‘Alqamah membalas dengan membawa satu kata-kata:

“Kaum yang paling berani mengeluarkan fatwa adalah orang-orang yang paling rendah ilmunya”.

*Dipetik dari kitab: “Akhlaaq al-‘Ulama”, karangan al-Imam Abu Bakar al-Aajurry(meninggal: 360h)

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s