Amalan Pembaziran Ketika Berwuduk

Masih ramai yang melakukan pembaziran yang besar ketika mengambil wuduk dengan membuka pili air sebesar-besarnya dan membiarkan air keluar mencurah-curah tanpa dimanfaatkan dengan betul. Apatah lagi air yang digunakan itu adalah air wakaf di masjid dan surau yang tidak sepatutnya dibazirkan sesuka hati. Ini jelas bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW.

عن أنس رضي الله عنه ، قال : كان النبي صلى الله عليه وسلم يتوضأ بالمد ، ويغتسل بالصاع ، إلى خمسة أمداد. متفق عليه

Maksudnya: Anas bin Malik RA berkata, “Rasulullah SAW berwuduk dengan satu Mud dan mandi dengan satu So’ hingga lima Mud”. Sahih al-Bukhari dan Muslim

(Ukuran mud bersamaan 625 gram atau bersamaan 750 ml. Ukuran So’ berukuran lebih kurang 3 kg air)

Lihat! bertapa sedikitnya air yang digunakan oleh Rasulullah SAW untuk bersuci. Perhatikan hadith di bawah ini bahawa Baginda SAW sangat menitik beratkan penggunaan air agar tidak digunakan secara melulu dan membazir meskipun air itu digunakan untuk tujuan ibadat.

وعن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما ، أن النبي صلى الله عليه وسلم مر بسعد وهو يتوضأ فقال : ما هذا السرف يا سعد قال : أفي الوضوء سرف ؟ ! قال : ” نعم ! وإن كنت على نهر جار ) رواه أحمد ، وابن ماجه .

Maksudnya: Abdullh bin Amr bin al-‘As RA meriwayatkan bahawa suatu hari Rasulullah SAW melintasi Sa’ad bin Abu Waqqas RA yang sedang berwuduk, lalu Rasulullah SAW berkata: Apa pembaziran ini? Lalu Sa’ad membalas, “Adakah dikira membazir untuk wuduk?”. Rasulullah SAW bersabda, “Ya, walaupun kamu di sungai yang mengalir”. Hadith riwayat Imam Ahmad dan Ibn Majah.

Wallahu A’lam

Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s