Hukum menyapu anggota badan ketika berwuduk.

Koleksi soalan:
Apakah hukum menyapu anggota wuduk ketika mengambil air wuduk? Saya pernah ditegur oleh seseorang ketika itu saya hanya mencurahkan air pada tangan tanpa menyapu ketika berwuduk, katanya tidak sah wuduk saya sehinggalah saya menyapunya dengan tangan.

Jawapan:

Permasalahan gosok atau sapu ketika wuduk atau mandi wajib perkara yang diperselisihkan oleh para ulama. Majoriti ulama menyatakan ia adalah sunat selagimana air itu sampai ke anggota-anggota wajib wuduk atau keseluruhan tubuh untuk mandi janabah(junub). Pendapat sunat menyapu dengan tangan adalah pendapat mazhab Imam Syafi’ie Radiyallahu ‘Anhu, seperti yang dinyatakan oleh Imam Nawawi Rahimahullah:

مذهبنا أن دلك الأعضاء في الغسل وفي الوضوء سنة ليس بواجب فلو أفاض الماء عليه فوصل به ولم يمسه بيديه أو انغمس في ماء كثير أو وقف تحت ميزاب أو تحت المطر ناوياً فوصل شعره وبشره أجزأه وضوؤه وغسله، وبه قال العلماء كافة إلا مالكاً والمزني فإنهما شرطاه في صحة الغسل والوضوء. (الإمام النووي, المجموع شرح المهذب, كتاب الطهارة)

Maksudnya: Menurut mazhab kami(Syafi’ie) sesungguhnya menyapu/menggosok badan (dengan telapak tangan) ketika mandi(junub) dan wuduk adalah sunat bukannya wajib. Meskipun seseorang itu menyiram air pada badannya maka air itu sampai dan dia tidak menyentuh badan dengan kedua-dua tangannya, atau seseorang itu berendam di dalam air yang banyak, atau berdiri di bawah air pancur atau di bawah hujan dalam keadaan niat (bersuci), lalu air sampai ke rambutnya dan kulitnya, maka wuduk dan mandinya dikira sah. Ini adalah pendapat keseluruhan ulamak kecuali (Imam) Malik dan (Imam) al-Muzani di mana mereka berdua mensyaratkan sapu/gosok adalah syarat sah mandi(junub) dan wuduk. (Rujuk kitab: al-Majmuk, Imam Nawawi)

Apakah dalil bagi pandangan ini?

Terdapat banyak dalil yang menyokong pandangan ini, antaranya:

عن ميمونة بنت الحارث رضي الله عنها زوج النبي صلى الله عليه وسلم – أنها قالت : وضعت لرسول الله صلى الله عليه وسلم وضوء الجنابة ، فأكفأ بيمينه على يساره مرتين – أو ثلاثا – ثم غسل فرجه ، ثم ضرب يده بالأرض ، أو الحائط ، مرتين – أو ثلاثا – ثم تمضمض واستنشق, وغسل وجهه وذراعيه ، ثم أفاض على رأسه الماء ، ثم غسل جسده ، ثم تنحى ، فغسل رجليه ، فأتيته بخرقة فلم يردها ، فجعل ينفض الماء بيده. (رواه الإمام البخاري في صحيحه, كتاب الغسل, باب المضمضة والاستنشاق في الجنابة)

Maimunah bin al-Harith ra isteri Nabi saw berkata, “aku meletakkan air untuk mandi junub untuk Rasulullah saw, lantas baginda menuangkan (air) dengan tangan kanannya pada tangan kirinya sebanyak dua atau tiga kali. Lalu baginda membasuh kemaluannya, kemudian baginda menepukkan tangan pada tanah atau tembok sebanyak dua atau tiga kali. Lalu baginda berkumur-kumur, memasukkan air dalam hidung, membasuh wajah dan kedua lengannya. Kemudian baginda menyiramkan air di atas kepalanya lantas membasuh anggota tubuhnya yang lain. Beliau lalu menjauh dan mencuci kedua kakinya.” Hadith riwayat Imam al-Bukhari.

Hadith di atas menunjukkan secara jelas dengan lafaz “ثم أفاض على رأسه الماء” (Kemudian baginda menyiramkan air di atas kepalanya) menunjukkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam hanya menyiram air di atas kepala ketika mandi junub tanpa disebut Baginda menyapu atau menggosok kepala, sedangkan kepada adalah salah satu daripada anggota yang wajib dibasuh ketika wuduk mahupun mandi junub.

Kesimpulannya, sapu atau gosok anggota ketika wuduk dan mandi janabah adalah sunat bukan wajib menurut majoriti ulama melainkan mazhab Maliki. Jika seseorang itu bertindak hanya mengalirkan air pada anggota maka wuduk atau mandi janabahnya adalah sah, namun lebih afdal dengan menyapu atau menggosok kerana ia lebih selamat dan pasti tersentuhnya air pada anggota atau tubuh, berdasarkan sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam:

أسبغ الوضوء وخلل بين الأصابع وبالغ في الاستنشاق إلا أن تكون صائم

Maksudnya: “Sempurnakan lah wuduk dan celahi di antara jari jemari, dan berlebih-lebihan ketika memasukkan air ke dalam hidung kecuali kamu dalam keadaan berpuasa”. Hadith riwayat Imam al-Tirmizi dan Imam Abu Daud.

Wallahu A’lam

Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s