Siapa yang taksub mazhab sebenarnya?

Saya memohon kepada para penuntut dan pencinta ilmu agar tidak terlalu ‘underestimate’ amalan bermazhab iaitu beramal dengan mazhab Syafi’ie dalam konteks Malaysia. Jangan hanya seseorang memilih untuk bertaqlid dengan mazhab ini lalu dilabel sebagai fanatik mazhab dan tidak mengutamakan al-Quran dan Sunnah. Mohon juga agar tidak keterlaluan dalam berhujah dengan kata-kata Imam Syafi’ie Rahimahullah yang berbunyi, “Jika suatu hadith itu sahih maka itulah madzhabku” dan “Jangan bertaklid kepadaku dari apa yang aku katakan”.

Secara sedar atau tidak, sebahagian penuntut-penuntut ilmu sebegini tidak pernah mengambil atau mengistinbat hukum dari al-Quran dan Hadith secara ‘direct’, malah mereka tidak lari dari mengambil pengajaran ulama-ulama yang diyakini keilmuan mereka. Jangan hanya kita terlalu yakin pendapat beberapa ulama terkemudian dan kotemparari, lalu dengan mudah meletak pendapat mazhab tidak bertepatan dengan al-Quran dan Sunnah. Jalan terbaik ialah tuntutlah ilmu secara adil, kajilah metodologi ulama mazhab (terutama mazhab Syafi’ie) supaya kita faham urusan dan proses istinbat hukum melalui sumber-sumber rujukan Islam.

Apa yang penting, kita perlu bermuhasabah samaada diri kita bertindak secara adil atau tidak:

1) Adakah ulama-ulama yang kita minati menuntut atau mewajibkan agar pendapat-pendapat mereka ditaklid? Kita tidak senang orang bermazhab, tetapi kita sendiri mewajibkan agar bertaklid pada ulama yang kita senangi.

2) Adakah kita sudah meneliti setiap hujah-hujah pendapat yang bercanggah dengan pendapat ulama yang kita senangi? 

3) Pernahkah kita merujuk dan mengkaji pendapat yang menolak pandangan ulama yang kita senangi? 

4) Mengapa tidak kita mengaplikasikan slogaan “Jika suatu hadith itu sahih maka itulah madzhabku” pada ulama-ulama yang kita ikuti? Oleh itu jangan terlalu yakin pada sesuatu pendapat ulama itu lebih tepat dan dekat dengan nas atau dalil. Mungkin pendapat yang bercanggah adalah lebih dekat kepada al-Quran dan Sunnah? Mana nak tahu, jika kita tidak mengkaji.

Ayuh! Kurangkan kontroversi, tingkatkan harmoni agar hidup lebih beerti dan diredai Ilahi. 

Wallahu A’lam.

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s