SOLAT QASAR DAN MAZHAB IMAM SYAFI’IE

Sepertimana yang diketahui di dalam mazhab Imam Syafi’ie RA jarak destinasi yang membolehkan solat diqasarkan hanya melibatkan jarak yang lebih dari dua marhalah(lebih kurang 81 km). Namun terdapat hadith yang meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam menqasarkan solat pada jarak 3 batu/miles atau 3 farsakh iaitu jarak yang masih jauh untuk sampai kepada 2 marhalah. Bagaimana para ulama mazhab Syafi’ie berinteraksi dengan riwayat yang kelihatan seperti bertentangan dengan fatwa Imam Syafi’ie RA?

Hadith yang dimaksudkan ialah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya:

وَحَدَّثَنَاهُ أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، وَمُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، كِلَاهُمَا عَنْ غُنْدَرٍ، قَالَ أَبُو بَكْرٍ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ غُنْدَرٌ، عَنْ شُعْبَةَ، عَنْ يَحْيَى بْنِ يَزِيدَ الْهُنَائِيِّ، قَالَ: سَأَلْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ، عَنْ قَصْرِ الصَّلَاةِ، فَقَالَ: «كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَرَجَ مَسِيرَةَ ثَلَاثَةِ أَمْيَالٍ، أَوْ ثَلَاثَةِ فَرَاسِخَ – شُعْبَةُ الشَّاكُّ – صَلَّى رَكْعَتَيْنِ» رواه مسلم, كتاب صلاة المسافرين وفصرها, باب صلاة المسافرين وقصرها.

Syu’bah meriwayatkan dari Yahya bin Yazid al-Huna’ie dan beliau berkata, aku bertanya kepada Anas bin Malik RA tentang solat qasar, lalu Anas RA berkata, “Sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam apabila berjalan sejauh tiga batu atau tiga farsakh (Syu’bah syak tentang jarak), Baginda melakukan sembahyang dua rakaat (qasar solat)”. Sahih Muslim

*nota: 3 farsakh = 9 batu/miles.

Imam Nawawi RHM telah memberikan jawapan mengenai hadith ini sebagai usaha menghimpunkan di antara riwayat Sahih Muslim dan fatwa Imam Syafi’ie RA, kata beliau:

وأما حديث أنس فليس معناه أن غاية سفره كانت ثلاثة أميال بل معناه أنه كان إذا سافر سفرا طويلا فتباعد ثلاثة أميال قصر ، وليس التقييد بالثلاثة لكونه لا يجوز القصر عند مفارقة البلد ، بل لأنه ما كان يحتاج إلى القصر إلا إذا تباعد هذا القدر ، لأن الظاهر أنه صلى الله عليه وسلم كان لا يسافر عند دخول وقت الصلاة إلا بعد أن يصليها فلا تدركه الصلاة الأخرى إلا وقد تباعد عن المدينة . المجموع شرح المهذب, الجزء الرابع, باب صلاة التطوع, باب صلاة المسافر

Maksudnya: Manakala Hadith Anas RA bukan bermakna destinasi perjalanan ialah 3 batu bahkan maknanya jika seseorang bermusafir dalam jarak yang jauh lalu berada pada jarak 3 batu maka menqasarkan solat. Bukan juga menghadkan dengan jarak tiga (batu) yang mana tidak boleh menqasarkan solat ketika berpisah dari kampung halaman, bahkan ia tidak memerlukan kepada qasar kecuali jika berada pada kadar(jarak) ini. Ini kerana pada zahir (hadith) bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam tidak bermusafir ketika masuk waktu solat melainkan selepas baginda melaksanakannya, supaya tidak masuk waktu solat yang lain(seterusnya) melainkan baginda SAW telah menjauhi kota Madinah.

Apa yang dimaksudkan oleh Imam Nawawi di sini, Rasulullah SAW telah menqasarkan solat pada jarak 3 batu melepasi kota Madinah bukan kerana itu destinasi perjalanan. Tetapi Baginda SAW menuju ke sesuatu destinasi, apabila tiba pada jarak tersebut dan waktu solat pun telah masuk lalu Baginda SAW menqasarkan solat sebelum meneruskan perjalanan.

Terdapat juga riwayat yang menyebut bahawa Umar RA pernah menqasarkan solat dalam jarak dekat yang yang tidak jauh dari kota Madinah Munawwarah iaitu di Zul Hulaifah. Imam Nawawi memberi jawapan mengenai riwayat ini di dalam al-Majmuk, kata beliau:

وأما حديث شرحبيل وقوله : ” إن عمر رضي الله عنه صلى بذي الحليفة ركعتين ” فمحمول على ما ذكرناه في حديث أنس وهو أنه كان مسافرا إلى مكة أو غيرها فمر بذي الحليفة ، وأدركته الصلاة فصلى ركعتين لا أن ذا الحليفة غاية سفره . المجموع شرح المهذب, الجزء الرابع, باب صلاة التطوع, باب صلاة المسافر

Maksudnya: Manakala hadith Syurahbil yang meriwayatkan bahawa Umar RA telah bersolat dua rakaat(solat qasar) di Zul Hulaifah, maka riwayat ini membawa makna sepertimana yang kami sebutkan mengenai riwayat Anas RA di mana beliau bermusafir ke Mekah atau selainnya, lalu beliau melalui Zul Hulaifah dan telah tiba padanya waktu solat lalu bersolat dua rakaat(qasar), bukan (menunjukkan) bahawa Zul Hulaifah sebagai destinasi perjalanan.

*nota: 3 farsakh = 9 batu/miles.

APAKAH HUJAH IMAM SYAFI’IE YANG MENGHADKAN JARAK DUA MARHALAH?

Imam Nawawi RHM menjelaskan hujah mazhab Syafi’ie dalam menetapkan jarak minimum yang membolehkan seseorang itu menqasarkan solatnya, kata beliau di dalam al-Majmuk:

واحتج أصحابنا برواية عطاء بن أبي رباح أن ابن عمر وابن عباس ” كانا يصليان ركعتين ويفطران في أربعة برد فما فوق ذلك ” رواه البيهقي بإسناد صحيح وذكره البخاري في صحيحه تعليقا بصيغة جزم ، فيقتضي صحته عنده كما قدمناه مرات ، وعن عطاء قال : سئل ابن عباس ” أأقصر الصلاة إلى عرفة ؟ فقال : لا ولكن إلى عسفان وإلى جدة وإلى الطائف ” رواه الشافعي والبيهقي بإسناد صحيح وروى مالك بإسناده الصحيح في الموطأ عن ابن عمر أنه قصر في أربعة برد. المجموع شرح المهذب, الجزء الرابع, باب صلاة التطوع, باب صلاة المسافر

Maksudnya: Ulama kami(Mazhab Syafi’ie) berhujah dengan riwayat ‘Ata’ bin Abi Rabah bahawa Ibnu Umar RA dan Ibnu Abbas RA bersolat dua rakaat dan berbuka puasa pada jarak empat burud(48 batu/miles) malah lebih dari (jarak) itu. Riwayat ini diriwayatkan oleh al-Baihaqi dengan sanad yang sahih dan disebut oleh al-Bukhari di dalam sahihnya secara mu’allaq(tanpa sanad) dengan lafaz jazm(pengesahan nisbah sesuatu riwayat kepada orang yang berkata), maka ia dikira sahih menurut beliau(Imam Bukhari) sepertimana yang telah dijelaskan beberapa kali. Diriwayatkan daripada ‘Ata’, beliau berkata, “Ibnu Abbas ditanya, ‘Adakah saya mengqasarkan solat (dari Mekah) ke Arafah?’ Ibnu Abbas RA membalas, ‘Tidak, tetapi (dari Mekah) ke Usfan atau Jeddah atau Taif’.” Riwayat al-Syafi’ie dan al-Baihaqi dengan sanad yang sahih dan Malik telah meriwayatkan dengan sanad yang sahih di dalam al-Muwatta’ bahawa Ibnu Umar mengqasarkan solat pada jarak empat burud(48 batu/miles).

*nota: 48 batu/miles bersamaan 81 kilometer (rujuk: al- Fiqh al-Manhaji)

Wallahu A’lam.

Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

One Response to SOLAT QASAR DAN MAZHAB IMAM SYAFI’IE

  1. Pingback: -PILIH YANG PALING MUDAH???- | Melayu Sejati, Islam di Hati

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s