SYAIR SI PEMUJI

Di bawah ini adalah beberapa petikan bait-bait syair yang dibacakan oleh Saidina Hassan bin Thabit Radiyallahu ‘Anhu seorang sahabat Nabi SAW dari golongan Ansar. Beliau mengarang syair ini selepas kewafatan Baginda Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam.

يا ويح أنصار النّبيّ ورهطه … بعد المغيب في سواء الملحد
Betapa kecelakaan(kesusahan) yang menimpa pada para pejuang(kaum Ansar) Nabi saw dan kumpulan baginda(kaum Muhajirin) setelah hilangnya tubuh Baginda di dalam tanah yang terhampar.

ضاقت بالأنصار البلاد فأصبحوا … سودا وجوههم كلون الإثمد
Sempit rasanya negeri(Madinah) ini bersama-sama kaum Ansar, lalu wajah mereka berubah menjadi gelap(suram) bagai warna celak ‘Ithmid’.

ولقد ولدناه وفينا قبره … وفضول نعمته بنا لا تجحد
Kami telah dilahirkan di sini(Madinah) dan di sisi kami jua kubur Baginda, dan sisa-sisa nikmat Baginda yang ada pada kami tidak dapat diingkari.

والله أهداه لنا وهدى به … أنصاره في كل ساعة مشهد
Sesungguhnya Allah Ta’ala telah mengurniakan hidayah(wahyu) kepada Baginda saw untuk (disampaikan) kepada kami dan memberi hidayah kepada semua pembela Baginda pada setiap waktu dan tempat.

صلّى الإله ومن يحفّ بعرشه … والطيّبون على المبارك أحمد
Tuhan berselawat, siapa yang mengelilingi Arasy-Nya juga berselawat dan hamba-hamba Allah yang baik berselawat kepada Ahmad (Muhammad saw) yang diberkati (oleh Allah).

(Petikan dari kitab: سبل الهدى والرشاد في سيرة خير العباد صلى الله عليه وسلم)

Jika di lihat pada maksud syair ini, saya yakin sesiapa yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya tidak tergamak untuk menyatakan bahawa Saidina Hassan memuji Baginda SAW pada tahap keterlaluan, jauh sekali untuk menyifatkan beliau seperti kaum Nasrani yang mengangkat Nabi Isa ‘alaihis salam sebagai anak tuhan(Wal ‘Iyaazu Billah).

Begitu juga, tiada siapa yang sanggup menyatakan sahabat agung ini mereka-reka selawat dan pujian yang baru yang tidak pernah diajar oleh Baginda SAW sendiri. Begitu juga, mana mungkin seseorang pun akan mendakwa Hassan bin Thabit RA meyakini wujudnya fadilat khusus pada pujian ke atas Rasulullah SAW melalui syair dan seumpamanya.

Ini Kerana beliau seorang sahabat yang dikasihi oleh Nabi SAW dan mendapat tunjuk ajar secara langsung dari sang Rasul, maka tidak mungkin beliau melakukan amalan yang bercanggah dengan syariat yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam.

Pada masa yang sama, semua akan berkata, “Setiap bait-bait syair itu memiliki makna yang tersirat selain yang tersurat, oleh itu tidak sewajarnya kita memahaminya secara zahir”.

Ramai juga yang akan tercetus di hati masing-masing bahawa kata-kata syair Hassan bin Thabit bukan lah kata-kata yang berbentuk ibadah khusus seperti zikir dan selawat yang diajar oleh Baginda SAW. Ia hanya kata-kata rintihan dan pujian seorang sahabat yang kehilangan kekasihnya di dunia selama-lamanya melalui kata-kata indah.

Jika kita mampu bersangka baik terhadap Saidina Hassan bin Thabit Radiyallahu ‘anhu, maka tidak salah kita bersangka baik terdapat saudara-saudara kita yang mencintai Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam sama seperti kita. Jika kita tidak mungkin menuduh Saidina Hassan bin Thabit mencipta ibadah kerana apa yang beliau lakukan adalah adat yang baik sepertimana yang telah diamalkan oleh masyarakat Arab sejak zaman berzaman.

Oleh itu, agak tidak wajar menuduh bahawa sahabat-sahabat telah mereka-reka ibadah baru di dalam agama kerana apa yang mereka lakukan adalah satu alternatif hiburan yang menghiburkan hati dengan konsep Islami dan meluahkan rasa cinta dan kasih mereka kepada Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam.

Bukan niat di hati untuk mencetuskan polemik klasik tak pernah lapuk dek hujan, tetapi hanya memohon agar mengharmonikan keadaan umat. Kita sepatutnya membuka ruang kekhilafan untuk sama-sama bertoleransi yang mampu membawa rahmat pada sekelian umat.

Wallahu A’lam

Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Pendapat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s