QASAR SOLAT PADA JARAK ATAU SELEPAS DUA MARHALAH TIADA DALIL? IA BERTENTANGAN DENGAN SUNNAH? IA PENDAPAT YANG LEMAH?


Saya ingin tekankan bahawa isu had jarak untuk mengqasarkan solat adalah isu yang dipersilihkan oleh para ulama. Oleh itu, isu ini wajar dihormati bukan diperkecilkan dengan tuduhan yang tidak sewajarnya. Saya mengalu-alukan perbincangan ilmiah yang jalankan secara adil dan beretika bagi yang mampu. Selain itu, tidak menjadi halangan dan kesalahan untuk sesiapa yang ingin memilih mana-mana pendapat yang melawan arus perdana di tanahair iaitu memilih pendapat selain dari mazhab Syafi’ie dalam hal ini, kerana pendapat yang lain juga disandarkan kepada ulama-ulama yang mempunyai kelayakan dan otoriti untuk berijtihad.

Apa pun, tepuk lah dada dan tanya lah imam. Adakah kita mempunyai kemampuan untuk mentarjihkan perselisihan pendapat di antara ulama mujtahidin? Sudah rujuk segala hujah setiap mazhab? Sebelum itu, dah faham metod pendalilan setiap mazhab dan ulamanya? Dah rujuk kitab-kitab turath yang bukan dari sumber sekunder, Lebai Google dan kitab terjemahan?

Jika tidak mampu, tidak perlu melabel sesuatu pendapat itu tidak ikut sunnah, lemah dan seumpamanya kerana anda tidak layak atas sebab ketidak kemampuan dan kelemahan ilmu anda sendiri. Anda berhak untuk memilih mana-mana pendapat yang muktabar, tiada siapa kata Islam ini hanya mazhab Syafi’ie dan tiada siapa menyeru kepada sikap fanatik dengan mazhab tersebut.

Di sini, suka saya kongsikan pandangan seorang ulama kontemporari dari bumi Hijaz iaitu al-Marhum al-‘Allamah al-Faqih al-Sheikh Abdul Aziz bin Baz Rahimahullah mengenai permasalahan jarak bagi musafir yang dipetik dari himpunan fatwa beliau, saya telah terjemahkan di dalam Bahasa Melayu. Di sini juga saya kongsikan sekali lagi artikel ringkas saya mengenai dalil dan istidlal mazhab Syafi’ie dalam permasalahan ini.

Berikut adalah fatwa Sheikh Bin Baz:

والسفر عند أهل العلم هو ما يبلغ في المسافة يوماً وليلة، يعني: مرحلتين، هذا الذي عليه جمهور أهل العلم، ويقدر ذلك بنحو ثمانين كيلو تقريباً بالنسبة لمن يسير في السيارة، وهكذا في الطائرات، وفي السفن، والبواخر، هذه المسافة أو ما يقاربها تسمى سفراً، وتعتبر سفراً في العرف فإنه المعروف بين المسلمين، فإذا سافر الإنسان على الإبل، أو على قدميه، أو على السيارات، أو على الطائرات، أو المراكب البحرية، هذه المسافة أو أكثر منها فهو مسافر.

“Permusafiran menurut ulama ialah jarak yang mencapai sehari semalam, iaitu DUA MARHALAH, Ini merupakan pendapat majoriti ulama. Kadar itu(dua marhalah) bersamaan lebih kurang 80 kilometer bagi mereka yang bergerak dengan kereta, begitu juga kapal terbang dan kapal laut. Jarak ini atau yang hampir dengannya dinamakan sebagai permusafiran. Begitu juga permusafiran dikira melalui adat kebiasasan(‘uruf) iaitu yang menjadi kebiasaan di kalangan orang-orang Islam. Jika seseorang itu bermusafir dengan menunggang unta, berjalan kaki, kereta, kapal terbang atau kapal laut dengan jarak atau lebih maka dia dikira sebagai musafir.”

وقال بعض أهل العلم أنه يُحدُّ بالعرف، ولا يحد بالمسافة المقدرة بالكيلوات، فما يُعدُّ سفراً في العرف يسمى سفراً ويقصر فيه وما لا فلا.

“Menurut sebahagian ulama ia(jarak) dihadkan mengikut ‘uruf(adat kebiasaan) dan tidak dihadkan dengan jarak yang ditentukan dengan kilometre, maka apa yang dikira permusafiran menurut adat maka ia dinamakan sebagai permusafiran dan diqasarkan solat, jika tidak dikira oleh adat kebiasaan(uruf) maka tidak dikira (sebagai permusafiran).”

والصواب ما قرره جمهور أهل العلم وهو التحديد بالمسافة التي ذكرت، وهذا هو الذي عليه أكثر أهل العلم فينبغي الالتزام بذلك، وهو الذي جاء عن الصحابة رضي الله عنهم وأرضاهم وهم أعلم الناس بدين الله وبسنة رسول الله صلى الله عليه وسلم.

“Pendapat yang betul adalah pendapat majority ulama iaitu menghadkan jarak dalam kadar yang telah disebutkan(DUA MARHALAH) dan ini adalah pendapat kebanyakan ahli ilmu maka hendaklah melaziminya. Ini adalah apa yang dilakukan oleh para sahabat Radiyallahu ‘Anhum, mereka adalah golongan yang paling mengetahui(memahami) agama Allah dan sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Sallam.”

Petikan dan rujukan: http://ar.islamway.net/fatwa/13265

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

One Response to QASAR SOLAT PADA JARAK ATAU SELEPAS DUA MARHALAH TIADA DALIL? IA BERTENTANGAN DENGAN SUNNAH? IA PENDAPAT YANG LEMAH?

  1. Hazwan says:

    assalamualaikum
    Saya ada satu kemusykilan. Adakah jarak 2 marhalah (82km) tu termasuk perjalanan pergi dan balik ?. Contoh. Saya menetap di kulim dan niat untuk ziarah keluarga di sg petani yg jarak perjalanan kulim ke sg petani cuma 50km. Tetapi cuma ziarah tidak berniat untuk bermalam. Harap tuan dapat beri maklum balas. Terima kasih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s