DOKTRIN PENDAPAT PALING RAJIH

1) Abu Sifar(bukan nama sebenar) mula membawa diri ke arah perubahan yang positif, lalu beliau mendekatkan diri pada pengajian-pengajian agama. Dari situ beliau mengenali ramai teman, sekaligus mempengaruhi budaya pemikiran beragama Abu Sifar.

2) Abu Sifar semakin selesa dengan pembawakan manhaj beragama sehingga beliau mengkagumi beberapa pendakwah dan ilmuan tanahair yang sepemikiran dengan apa beliau lalui sekarang ini. Oleh itu apa sahaja yang pengajaran dan fatwa yang disampaikan oleh ilmuan yang beliau menjadi pegangan Abu Sifar.

3) Ilmuan-ilmuan kegemaran Abu Sifar sering melaungkan slogan ‘ikut al-Quran dan Sunnah’, ‘Mazhab kita hanya al-Quran dan Sunnah’, ‘Ikut pandangan yang lebih dekat kepada al-Quran dan Sunnah’, ‘Hadith sahih itu lah mazhab kita’ dan pelbagai slogan yang mempunyai satu matlamat. Semenjak dari itu, Abu Sifar yakin bahawa praktik gurunya adalah manhaj yang paling sahih.

4) Di samping itu, ilmuan-ilmuan yang tersebut sering mempromosi di dalam ceramah-ceramah mereka pandangan-pandangan ulama-ulama yang tertentu yang menjadi idola kepada ilmuan-ilmuan kegemaran Abu Sifar.

5) Semenjak itu, Abu Sifar tidak menoleh ke arah lain melainkan pandangan-pandangan ilmuan kegemarannya. Begitu juga membaca karya-karya ulama-ulama yang disanjung oleh ilmuan itu melalui buku-buku Arab yang diterjemahkan ke bahasa Indonesia atau membaca hasil terjemahan yang dikongsikan di ‘Facebook’, Twitter dan blog-blog tertentu. Abu Sifar tidak berminat membaca kitab atau rujukan yang berlainan manhaj.

6) Hasil didikan guru beliau melalui slogan yang dilaungkan, Abu Sifar menganggap hanya fatwa ilmuan dan ulama-ulama kegemarannya merupakan pendapat yang paling dekat dengan al-Quran dan Sunnah. Pandangan atau pendapat yang datang bukan dari senarai Abu Sifar tidak dianggap bertepatan dengan al-Quran dan Sunnah, malah adakala dianggap bertentangan di sisinya.

7) Dakwah Abu Sifar semakin rancak dengan membawa pemikiran dan slogan guru serta ulama kegemarannya ke sana ke mari, tidak kira samaada pada rakan-rakan dan taulan. Tidak cukup dengan itu, wacana media baru seperti Facebook menjadi tumpuan usaha beliau. Tanpa mengira masa, Abu Sifar semakin gemar berdebat di ‘timeline’ Facebook miliknya dan rakan-rakan, sehingga adakala membawa pertengkaran dan sinikal yang tidak berkurangan.

8) Abu Sifar sering menyeru kepada rakan dan taulan agar tidak fanatik pada mazhab, tetapi Abu Sifar hanya membaca dan mendengar hujah-hujah yang dibawa oleh ilmuan dan ulama-ulama sanjungannya.

9) Abu Sifar mendapat maklumat tentang hujah dari pandangan-pandangan yang berbeza hanya melalui ilmuan dan ulama kegemarannya, bukan dari sumber asli. Jadi tidak hairan lah, segala hujah balas yang dibawa oleh ulama dan ilmuan kegemarannya tampak kuat dan jitu di matanya kerana pandangan itu dikritik oleh ulama sanjungannya, manakala pendapat yang berlawanan sentiasa dianggap lemah dan lesu.

10) Abu Sifar tidak berminat untuk mengkaji jawapan balas dari pihak yang berbeza, jika dibaca sekali pun mindanya sudah didoktrinkan dan diikat dengan pemikiran ulama kesayangannya.

“Tamat kisah Abu Sifar yang sifar.”

** Status ini ditulis setelah membaca satu status yang membangkit satu isu khilaf fiqh yang telah dibincangkan sejak zaman berzaman. Terserah jikalau ingin berpegang pada pandangan yang berlawanan arus perdana, itu hak peribadi. Asalkan jangan POYO.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Luahan Hati, Pendapat. Bookmark the permalink.

One Response to DOKTRIN PENDAPAT PALING RAJIH

  1. Roslina Zakaria says:

    Assalamualaikum wbt.,

    Bolehkah sebahagian wang zakat pendapatan saya wakafkan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s