INTIPATI MEMPELAJARI HADITH

10413313_10152685388954801_6067462731175388669_n

1) Dalam pengajian ilmu hadith termasuk lah hadith hukum hakam sebenarnya bukan hanya tertumpu pada perbahasan fiqh semata-mata, ia lebih tertumpu pada pengajian makna keseluruhan makna hadith, malah di dalam hadith terdapat banyak hikmah-hikmah yang dapat dikutip melalui pengajian sesuatu hadith. Sebagai contoh, mempelajari satu hadith hukum dan dalam hadith yang sama wujud perbahasan akidah, akhlak, tasawwuf dan lain-lain lagi.

2) Ketika mempelajari sesuatu hadith hukum, para penuntut ilmu tidak hanya mempelajari hukum tertentu sahaja malah hukum fiqh yang lain juga dapat dipelajari. Sebagai contoh, sebuah hadith Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang menceritakan hukum hakam haid dan istihadah, tetapi dalam hadith yang sama ulama juga membahaskan hukum yang luar dari permasalahan haid seperti hukum solat dalam keadaan darah yang mengalir dan ulama mengaitkan hukum solat dan bersuci bagi seseorang yang ditimpa penyakit inkontinens(tidak upaya mengawal buang air kecil) kerana kedua-dua permasalahan fiqh mempunyai kaitan yang kuat dengan hadith tersebut.

3) Sudah menjadi amalan dan adab para ulama semenjak dahulu kala lagi, iaitu mempelajari kitab dari kulit ke kulit dan mengikut susunan yang telah ditetapkan oleh para pengarang yang terdiri daripada ulama-ulama yang hebat. Ini kerana setiap patah perkataan dan setiap muka surat mengandungi khazanah ilmu yang tinggi dan sangat bermanfaat. Setiap susunan bab yang telah ditetapkan oleh para ulama memiliki banyak rahsia dan sebab yang tersendiri.

4) Mempelajari ilmu agama tidak semesti untuk amalan peribadi, adakalanya ia lebih bermanfaat untuk orang lain. Sebagai contoh, saya seorang lelaki yang tidak mungkin melalui proses kitaran haid, istihadah dan nifas. Namun begitu saya antara lelaki yang mempelajari dan mendalami hukum hakam ketiga-tiga permasalahan tersebut. Apa yang saya pelajari sudah pasti tiada kaitan dengan saya, tetapi ia berguna untuk saya sampaikan kepada masyakarat dan ahli keluarga.

Wallahu A’lam

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Hadith Nabawi, Luahan Hati. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s