KAUM IBU DAN ILMU

Kesungguhan sebahagian kaum Ibu yang rajin menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau amat dikagumi, tidak cukup dengan kuliah maghrib dan subuh malah ditambah lagi kuliah duha yang memperlihatkan kehadiran yang sangat memberansangkan. Ini bukti bahawa kemampuan kaum ibu dalam meraikan majlis ilmu lebih ke hadapan berbanding kaum bapa.

Cuma ingatan kepada kaum ibu bahawa ilmu yang dipelajari perlulah diamalkan. Jika ingin menyampu sampah, menjemur kain atau apa sahaja urusan di hadapan rumah. Aurat perlu lah dijaga sepertimana kaum ibu menjaga aurat ketika menghadiri majlis ilmu.

Hentikan amalan menanggal tudung ketika berada di hadapan(luaran) atau belakang rumah walaupun seketika. Begitu juga tidak cukup hanya memakai anak tudung atau skaf yang diikat di bawah dagu, berkemeja T tanpa lengan, baju kelawar tanpa lengan dan seumpamanya.

Bak kata Penyair Arab yang alim:

وعالم بعلمه لم يعملن ** معذب من قبل عباد الوثن

Maksudnya: “Orang yang berilmu dan tidak mengamalkan ilmu itu, maka dia akan diazab sebelum penyembah berhala.”

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s