MENGAPA MESTI MEMBACA ‘BISMILLAH’ SEBELUM MAKAN?

10659089_10152723088549801_2418682500182020444_o

Perkara ini ada disebutkan di dalam sepotong hadith yang diriwayatkan di dalam Sunan Abi Daud, iaitu:

عن أمية بن مخشي رضي الله عنه قال : كان رجل يأكل فلم يسم حتى لم يبق من طعامه إلا لقمة ، فلما رفعها إلى فيه قال : بسم الله أوله وآخره ، فضحك النبي – صلى الله عليه وسلم – ثم قال : “ما زال الشيطان يأكل معه ، فلما ذكر اسم الله استقاء ما في بطنه “. رواه أبو داود .

Umaiyah bin Makhsyi Radiyallahu ‘anhu berkata, “Pada suatu hari, seorang lelaki sedang makan dan dia tidak membaca ‘Bismillah’ (ketika mula makan) sehingga tiada berbaki makanannya itu melainkan hanya satu suapan. Ketika lelaki itu ingin menyuapkan suapan(terakhir) itu ke mulutnya, lalu dia membaca ‘Bismillah awwalahu wa akhirahu’(Dengan nama Allah dari awalnya dan akhirnya). Maka Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam ketawa lalu bersabda, “Syaitan bersama-sama makan dengannya, apabila dia menyebut nama Allah, syaitan pun termuntah apa yang di dalam perutnya”.” (Hadith Riwayat Imam Abu Daud)

Maksudnya syaitan makan bersama-sama orang yang tidak membaca ‘Bismillah’ sebelum makan seperti yang dinyatakan oleh Sheikh Ali al-Qari di dalam Mirqah al-Mafatih:

المراد البركة الذاهبة بترك التسمية

“Maksudnya ialah berkat yang hilang dengan meninggalkan bacaan ‘Bismillah’.”

Hadith ini menunjukkan bahawa orang yang tidak membaca bismillah sebelum makan akan hilang keberkatan dari rezeki yang diberikan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala. Hadith ini juga menunjukkan bahawa sesiapa yang terlupa membaca bismillah sebelum makan, hendaklah membacanya ketika mana teringat dengan bacaan yang disebut di dalam hadith di atas, iaitu ‘Bismillah awwalahu wa akhirahu’.

Wallahu A’lam

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Hadith Nabawi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s