MULA DENGAN KANAN ATAU KIRI?

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam sangat gemar memulakan amalan atau perbuatan yang dimulai dengan bahagian kanan, sepertimana yang terdapat di dalam riwayat:

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِي تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُورِهِ وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ. متفق عليه

Maksudnya: Sayyidah ‘Aisyah Radiyallahu ‘anha berkata, “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam suka mendahulukan bahagian kanan ketika memakai kasut, menyikat rambut, bersuci(wudu’ dan mandi) dan dalam setiap urusan baginda.” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Namun begitu tidak semua perbuatan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam memulakan dengan tangan atau bahagian kanan. Ada sebahagian perbuatan Baginda memulakan dengan bahagian kiri, seperti yang diriwayatkan:

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا ، قَالَتْ : كَانَتْ يَدُ رَسُولِ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – الْيُمْنَى لِطَهُورِهِ وَطَعَامِهِ وَكَانَتْ يَدُهُ الْيُسْرَى لِخَلَائِهِ وَمَا كَانَ مِنْ أَذًى . رَوَاهُ أَبُو دَاوُدَ .

Maksudnya: Sayyidah ‘Aisyah Radiyallahu ‘anha berkata, “Tangan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam digunakan untuk bersuci(berwudu’) dan tangan kiri Baginda digunakan untuk urusan tandas dan benda-benda yang kotor”. (Hadith riwayat Abu Daud)

Sebenarnya banyak hadith yang membicarakan perbuatan Baginda yang bermula dengan bahagian kanan atau kiri.
Untuk memudahkan pemahaman amalan ini berdasarkan sunnah Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam, al-Imam al-Hafiz Ibn al-Mulaqqin al-Syafi’ie menjelaskan piawaian ini di dalam karyanya “al-I’lam bi Fawaid Umdah al-Ahkam”:

والضابط في ذلك أن كل ما كان من باب التكريم والزينة كان باليمين وما كان بخلافه فباليسار، فمن الأول لبس الثوب والسراويل والخف ودخول المسجد والسواك والانتعال وتقليم الأظفار والاكتحال وقص الشارب وترجيل الشعر ونتف الإبط وحلق الرأس والسلام في الصلاة وغسل أعضاء الطهارة والخروج من الخلاء والأكل والشرب والمصافحة واستلام الحجر الأسود، وغير ذلك مما هو في معناه كالاضطجاع.

Maksudnya: “Piawaiannya iaitu semua perkara yang mulia dan indah dimulakan dengan kanan dan apa selain darinya dimulakan dengan kiri. Maka yang pertama(yang dimulai dengan kanan) ialah memakai pakaian, seluar, khuf, masuk ke dalam masjid, bersiwak, memakai selipar, memotong kuku, menggunting misai, mencabut bulu ketiak, mencukur kepala, memberi salam di dalam solat, membasuh anggota taharah(wuduk dan mandi junub), keluar dari tandas, makan, minum, bersalaman, menyentuh Hajar Aswad dan lain-lain lagi yang seumpamanya seperti berbaring(untuk tidur).”
Kemudian al-Hafiz Ibn al-Mulaqqin menjelaskan piawaian dalam memulakan bahagian kiri, kata beliau:

ومن الثاني دخول الخلاء والأماكن المستقذرة والخروج من المسجد والمنزل والامتخاط والاستنجاء وخلع الثوب والسراويل والخف، وشبه ذلك، وذلك كله لكرامة اليمين وشرفها.

Maksudnya: “Manakala bahagian kedua(mulai dengan kiri) ialah masuk tandas, tempat-tempat yang kotor, keluar dari masjid, keluar dari rumah, membuang hingus, istinjak(membersihkan kemaluaan dari najis), menanggal pakaian, seluar, khuf dan seumpamanya. Ini semua kerana kemuliaan bahagian kanan.”
Semoga bermanfaat.

Wallahu A’lam

Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Hadith Nabawi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s