ANAK GADIS & K-POP

Isu beberapa anak gadis muslim yang berkelakuan tidak bermoral bersama-sama artis dari Korea Selatan di sebuah konsert. Kes ini telah mengundang kemarahan ribuan umat Islam di Tanahair. Apa yang lebih mengecewakan, ia berlaku pada gadis-gadis yang bertudung dan berpakaian yang agak sopan.

Berlakunya kes ini dapat membuka mata masyarakat tentang kegagalan institusi keluarga dalam mendidik anak-anak samada lelaki mahupun perempuan, lebih-lebih lagi cabaran mendidik dan membesarkan anak-anak perempuan.

Cabaran besar mendidik anak-anak perempuan ini seolah-olah diberi isyarat oleh nas syarak di mana terdapat beberapa hadith yang menyebutnya secara khusus tentang anjuran mendidik anak-anak perempuan beserta ganjaran yang sangat besar bagi mereka yang berjaya, antaranya:

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” مَنْ عَالَ ثَلَاثَ بَنَاتٍ ، فَأَدَّبَهُنَّ ، وَرَحِمَهُنَّ ، وَأَحْسَنَ إِلَيْهِنَّ ، فَلَهُ الْجَنَّةُ “. رواه الإمام أحمد

Maksudnya: Saidina Abu Sa’id al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang menanggung tiga orang anak perempuan, lalu dia mendidik mereka dengan akhlak, memberi kasih sayang kepada mereka dan berbuat baik kepada mereka, maka dia akan dikurniakan syurga.” (Hadith riwayat Imam Ahmad)

Terdapat riwayat lain yang tidak hanya mengkhususkan pada anak-anak perempuan, malah penekanan adik-beradik perempuan yang memerlukan bimbingan dan kasih sayang juga sangat ditekankan oleh syarak, sepertimana yang disebut di dalam satu riwayat:

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “مَنْ كَانَ لَهُ ثَلَاثُ بَنَاتٍ أَوْ ثَلَاثُ أَخَوَاتٍ أَوْ ابْنَتَانِ أَوْ أُخْتَانِ فَأَحْسَنَ صُحْبَتَهُنَّ وَاتَّقَى اللَّهَ فِيهِنَّ فَلَهُ الْجَنَّةُ”. رواه الترميذي وابن حبان

Maksudnya: Saidina Abu Sa’id al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesiapa yang memiliki tiga orang anak perempuan atau tiga orang adik beradik perempuan atau dua anak perempuan atau dua adik beradik perempuan, lalu dia memperelokkan hubungan dengan mereka dan bertakwa kepada Allah ke atas mereka, maka dia akan dikurniakan syurga.” (Hadith riwayat Imam al-Tirmizi dan Ibn Hibban)

Merujuk kepada riwayat-riwayat hadith di atas, jelas bahawa pendidikan dan penyerapan norma-norma Islam harus dititik beratkan kepada anak-anak perempuan kerana ia memiliki cabaran yang tersendiri berbanding anak-anak lelaki. Jika tidak, mana kah mungkin Allah dan Rasul-Nya menawarkan ganjaran yang begitu besar sekali.

Semoga kita dan keluarga kita dirahmati oleh Allah Subhanahu wa ta’ala. Wallahu A’lam.

Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Hadith Nabawi, Pendapat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s