SALAH ERTI HUKUM JAMAK DAN QASAR

2015-01-19-11-30-15-1

Allah Subhanahu wa ta’ala memberi dua kemudahan atau keringanan kepada orang yang bermusafir untuk melaksanakan solat iaitu JAMAK dan QASAR.

  1. SYARAT JAMAK DAN QASAR

Untuk seseorang itu mendapat kelayakan rukhsah(keringanan) solat musafir(jamak dan qasar) mestilah menepati beberapa syarat. Berikut adalah syarat-syarat yang dimaksudkan (Rujuk: al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’ie, Jilid 1, Bab Solat Musafir) :

Pertama: Mestilah berada di dalam keadaan bermusafir iaitu perjalanan ke destinasi sekurang-kurangnya dua marhalah.

Solat yang telah masuk waktunya tetapi belum ditunaikan sebelum memulakan perjalanan tidak boleh diqasarkan kerana dia belum dikatakan sebagai musafir ketika solat tersebut wajib ke atasnya.

Sebagai contoh: Ali mahu pergi ke Johor Bahru, ketika dia hendak bertolak(masih di rumah) waktu zohor sudah pun masuk, maka dia wajib menunaikan fardu Zohor bukan menangguhkan solat fardu itu di luar untuk diqasarkan dan dijamakkan dengan Asar. Ini kerana setiap muslim diwajibkan mengerjakan solat fardu apabila masuknya waktu solat.

Kedua: Perjalanannya telah melepasi pagar qaryah(ia boleh diterjemahkan sebagai kawasan kampung, taman perumahan, mukim atau daerah mengikut uruf setempat).

Anda boleh memilih melepasi kawasan perumahan jika anda tinggal di kawasan taman perumahan atau kampung, ia dikira sebagai kawasan boleh dianggap sebagai kawasan bermukim menurut Imam al-Rafi’ie.

Orang yang masih berada di dalam kawasan pagar qaryahnya atau kawasan bangunan qaryahnya tidak dinamakan musafir. Ini kerana perjalanan tersebut hanya bermula ketika melepasinya dan akan berakhir apabila sampai semula ke kawasan itu. Oleh itu, tidak harus mengqasarkan solat kecuali solat yang wajib atasnya dan melakukannya dalam lingkungan tempoh musafir tersebut. Hal ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Anas bin Malik Radiyallahu ‘anhuma, beliau berkata:

صَلَّيْتُ الظُّهْرَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْمَدِينَةِ أَرْبَعًا وَبِذِي الْحُلَيْفَةِ رَكْعَتَيْنِ

Maksudnya: “Aku menunaikan solat Zohor bersama-sama Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam di Madinah 4 rakaat dan solat Asar di Zulhulaifah 2 rakaat. (Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

*Zulhulaifah terletak di luar kawasan bangunan Madinah.

Hadith di atas menunjukkan Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam mengqasarkan solat setelah berada di luar kawasan permukiman, iaitu Nabi tidak bersolat musafir ketika masih berada di Madinah.

Ketiga: Tidak mengikuti imam solat yang bermukim jika ingin mengqasarkan solat.

Jika mengikuti imam yang bermukim, anda tidak perlu mengqasarkan solat tetapi boleh berniat jamak dengan solat fardu yang lain dan selepas itu boleh disusuli dengan mengqasarkan solat yang seterusnya.

Keempat: Tidak berniat menetap selama empat hari atau lebih di tempat yang dituju selain pada hari mula sampai dan pada hari akan keluar dari destinasi.

Apabila berniat menetap selama empat hari, jadilah tempat yang dituju itu seolah-olah negerinya atau tempat tinggalnya yang tetap. Oleh itu dia tidak boleh bersolat qasar lagi di situ dan haknya untuk bersolat musafir masih diharuskan semasa dalam perjalanan sahaja.

  1. HUKUM YANG DISALAH FAHAM

Syarat ke-4 merupakan perkara yang paling disalah ertikan oleh ramai orang. Sehingga mereka menyangka jika sudah merancang untuk menetap di sesuatu tempat (contohnya) 2 minggu, maka mereka menyangka masih boleh menjamak dan mengqasarkan solat dalam tempoh tiga hari. Sedang ia adalah sangkaan yang salah dan tidak bertepatan dengan apa yang termaktub di dalam kitab-kitab Fiqh Mazhab Syafi’ie.

Jika seseorang yang menetap (contohnya) di Shah Alam merancang untuk berada (contohnya) di Kota Bahru selama 7 hari. Maka dia hanya dibenarkan untuk menjamak dan qasar ketika dalam perjalanan sahaja dan setibanya di destinasi dia sudah menjadi orang yang bermukim.

  1. MENGAPA TIDAK BOLEH LAGI JAMAK DAN QASAR?

Ini kerana apabila seseorang itu berazam untuk menetap (contohnya) di Kota Bahru selama 4 hari atau lebih, ini bermakna ia telah berniat bermukim di destinasi itu. Apabila dia sampai ke destinasi tersebut maka dia sudah mendapat status orang yang bermukim bukan lagi musafir. Sedangkan rukhsah(keringanan) solat musafir hanya diizinkan oleh Allah Ta’ala bagi orang yang berstatus musafir, sepertimana Allah berfirman di dalam surah al-Nisa’, ayat 101:

} وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ } النساء: 101

Maksudnya: “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa “mengqasarkan” (memendekkan) sembahyang.”

Permasalahan ini telah dijelaskan oleh Imam al-Nawawi Rahimahullah di dalam karangannya ‘Mihaj al-Tolibin’, menurut beliau:

ولو نوى إقامة أربعة أيام بموضع انقطع سفره بوصوله، ولا يحسب منها يوما دخوله وخروجه على الصحيح

Maksudnya: “Jika seseorang berniat mukim(iqamah) selama 4 hari di destinasi maka terputus (hukum) musafirnya dengan ketibaannya (di destinasi) dan tidak dikira dari tempoh itu hari dia masuk (ke destinasi) dan keluar (dari destinasi) menurut pendapat yang sahih.

Menurut kenyataan Imam Nawawi di atas, tempoh seseorang itu mendapat status mukim ialah 4 hari, jika seseorang itu berazam atau berniat untuk menetap (contohnya) Kota Bahru selama 3 hari atau kurang dari itu, maka dia masih boleh melakukan solat musafir(jamak & qasar) selama tempoh itu walaupun sudah sampai atau berada di destinasi. Ini kerana dia masih dalam keadaan musafir.

  1. APAKAH MAKSUD ‘TIDAK TERMASUK HARI KELUAR DAN MASUK’?

Menurut mazhab Syafi’ie, tempoh untuk menentukan seseorang itu berstatus mukim ialah menetap di sesuatu tempat selama 4 hari atau lebih, tetapi tidak dikira hari perlajanan ke destinasi dan hari pulang.

Sebagai contoh:

Situasi 1:

Ahmad akan bercuti di Kota Bahru selama 7 hari iaitu dari hari Isnin hingga Ahad. Menurut perancangan, Ahmad akan bertolak dari Shah Alam pada hari Isnin dan akan bertolak pulang dari Kota Bahru pada hari Ahad. Jadi tempoh sebenar Ahmad berada di Kota Bahru ialah 5 hari setelah tolak hari pergi dan pulang. Menurut kiraan tersebut, Ahmad secara otomatik telah berniat bermukim di Kota Bahru iaitu lebih dari 3 hari. Dengan ini, setiba Ahmad di Kota Bahru beliau tidak boleh lagi solat musafir.

Situasi 2

Berlainan pula jika Ahmad akan bercuti di Kota Bahru selama 5 hari iaitu dari hari Isnin hingga Jumaat. Menurut perancangan, Ahmad akan bertolak dari Shah Alam pada hari Isnin dan akan bertolak pulang dari Kota Bahru ke Kuala Lumpur pada hari Jumaat. Jadi tempoh sebenar Ahmad berada di Kota Bahru ialah 3 hari setelah tolak hari pergi dan pulang. Ini bermakna Ahmad masih lagi berstatus musafir meskipun sudah tiba di Kota Bahru kerana keberadaannya di sana kurang dari 4 hari.

  1. APAKAH HUJAH ATAU DALIL MAZHAB SYAFI’IE TENTANG TEMPOH MUKIM BERDASARKAN 4 HARI?

Hujah Imam al-Syafi’ie berdalilkan sepotong riwayat yang diriwayatkan di dalam Sahih Imam Bukhari dan Muslim(dengan lafaz Imam Muslim):

عن الْعَلَاءَ بْنَ الْحَضْرَمِيِّ، يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: “لِلْمُهَاجِرِ إِقَامَةُ ثَلَاثٍ بَعْدَ الصَّدَرِ بِمَكَّةَ”، كَأَنَّهُ يَقُولُ لَا يَزِيدُ عَلَيْهَا.

Maksudnya: Saidina al-‘Ala bin al-Hadrami Radiyallahu ‘anhu berkata, ‘aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda’, “Mukim bagi Muhajir selama 3 hari di Mekah selepas kembali dari Mina”, ‘Seolah-olah Baginda menyatakan tidak lebih dari tempoh itu’.

Menurut Imam Ibn Hajar al-‘Asqallani di dalam Fathul Bari, hadith ini memberi maksud bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam melarang golongan Muhajirin –Radiyallahu ‘anhum- bermukim di Mekah sebelum pembukaan kota tersebut.

Menurut Imam Nawawi pula(juga dalam Fathul Bari), hadith ini menjelaskan bahawa Baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam mengharamkan golongan Muhajirin bermastautin di Mekah.

Menurut Imam Ibn Hajar lagi:

ويستنبط من ذلك أن إقامة ثلاثة أيام لا تخرج صاحبها عن حكم المسافر

Maksudnya: Pengajaran yang boleh diambil dari itu(hadith), sesungguhnya menetap selama tiga hari tidak mengeluarkan seorang itu dari hukum musafir.

Berdasarkan hadith sahih di atas dan penjelasan dari kedua-dua imam menunjukkan bahawa tempoh menetap yang melebihi dari tiga hari(iaitu 4 hari dan ke atas) adalah tempoh yang tidak melayakkan seseorang menjadi seorang musafir.

Hadith dikuatkan lagi dengan tindakan Saidina Umar al-Khattab Radiyallahu ‘anhu yang tidak membenarkan golongan kuffar ahli zimmah menetap di bumi Hijaz dan beliau membenarkan para peniaga dari kalangan ahli Zimmah menetap selama tiga hari sahaja.(Rujuk: al-Talhis al-Habir)

Selain itu sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Muwatta’ (Riwayat Muhammad bin al-Hasan) bahawa Saidina Umar membenarkan golongan Yahudi dan Nasrani berada di Madinah selama tiga hari untuk mendapatkan keperluan mereka dan tidak boleh seorang di antara mereka menetap lebih dari tempoh tersebut. (Rujuk: Ifadah al-Raghibin)

Tindakan Saidina umar menunjukkan bahawa beliau tidak mahu golongan kuffar bermukim dan menetap di Tanah Haram, lalu beliau hanya membenar golongan ini dalam keadaan musafir sahaja.

Ini lah dalil yang menjadi asas Imam al-Syafi’ie Radiyallahu ‘anhu dalam menentukan tempoh permukiman.

  1. BAGAIMANA PULA RIWAYAT NABI PERNAH MENGQASARKAN SOLAT LEBIH DARI 3 HARI?

Sememangnya terdapat riwayat sahih yang menunjukkan baginda pernah mengqasarkan solat ketika musafir lebih dari 3 hari. Ini seolah-olah pada zahirnya, mazhab Syafi’ie bertentangan dengan Sunnah. Riwayat yang dimaksudkan ialah:

عن عمران بن حصين رضي الله عنه قال: “غزوت مع رسول الله صلى الله عليه وسلم ، وشهدت معه الفتح، فأقام بمكة ثماني عشر ليلة، لا يصلي إلاّ ركعتين“. رواه أبو داود

Maksudnya: Saidina Imran bin Husain Radiyallahu ‘anhu berkata, “Kami pergi berperang bersama-sama Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dan aku menyertai Baginda ketika pembukaan kota Mekah, lalu Baginda menetap di Mekah selama 18 hari dan Baginda tidak mengerjakan solat melainkan dua rakaat(qasar)”. (Hadith riwayat Imam Abu Daud)

Pendirian mazhab Syafi’ie mengenai hadith ini, apabila seseorang berniat tinggal di sesuatu tempat yang TIDAK PASTI TEMPOH MENETAP di sesuatu tempat kerana MELAKUKAN TUGAS YANG BELUM TENTU TAHU BILA SELESAINYA, maka dia boleh mengqasarkan solat sehingga 18 hari tidak termasuk hari pergi dan pulang. Berdasarkan hadith di atas, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah menetap selama tempoh tersebut pada tahun pembukaan kota Mekah kerana memerangi puak Hawazin dan Baginda mengqasarkan solatnya kerana Baginda tidak pasti berapa lama Baginda terpaksa tinggal di situ. (Rujuk: al-Fiqh al-Manhaji atau Ifadah al-Raghibin)

Isu ini juga dijelaskan oleh Imam al-Nawawi di dalam ‘Minhaj al-Tolibin’:

ولو أقام ببلد بنية أن يرحل إذا حصلت حاجة يتوقعها كل وقت قصر ثمانية عشر يوما, وقيل: أربعة، وفي قول: أبدا.

Maksudnya: “Jika seseorang menetap di sebuah negeri dengan niat bahawa dia akan meninggalkan (negeri itu) jika tercapai hajatnya(selesai sesuatu urusan) seperti yang dijangkakan, maka dia boleh qasar setiap waktu selama 18 hari. Ada pendapat lain selama 4 hari, juga terdapat qaul menyatakan selama-lamanya.”

Walaubagaimana pun, pendapat yang muktamad di dalam Mazhab Syafi’ie ialah tidak lebih dari 18 hari iaitu tidak termasuk hari pergi dan pulang. Hukum keringanan ini(jamak & qasar selama 18 hari) hanya untuk sesiapa yang tidak tahu atau tidak pasti berapa lama dia akan berada di sesuatu destinasi kerana urusan belum pasti selesai.

Sebagai contoh: Ali mengidap satu penyakit dan penyakit ini hanya boleh dirawat di Singapura. Tempoh rawatan itu tidak boleh dipastikan oleh pakar perubatan. Lalu Ali pergi bermusafir ke Singapura dalam keadaan tidak pasti berapa lama di akan menetap di Singapura kerana bergantung kepada tempoh rawatan yang tidak pasti. Jadi dalam situasi ini, Ali boleh menjamak dan qasar solatnya selama 18 hari tidak termasuk hari pergi dan pulang.

PENUTUP

Sememangnya solat jamak dan qasar merupakan rukhsah kurniaan Allah ta’ala pada hamba-hambanya. Ini membuktikan rahmat dan kasih sayang Allah pada kita semua agar tidak lekang dari mendirikan solat yang telah disyariatkan kepada kita. Artikel di atas menerangkan konsep sebenar solat musafir dalam kaedah yang sebenar  menurut mazhab Imam Syafi’ie -radiyallahu ‘anhu- beserta dengan dalil yang sahih dari Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam-.

Oleh itu perlu beramal sesuatu itu dengan ilmu pengetahuan dan fakta yang tepat bukan dengan ikut-ikutan, apatah lagi dengan sengaja mencari pendapat yang lebih ringan sehingga menjadikan seseorang itu bermudah-mudahan di dalam menjalani ibadah. Amalan bermudah-mudah sebegini semestinya dicela oleh para ulama salaf dan khalaf, malah ulama bersepakat bahawa seseorang yang memilih-milih pendapat atas dasar kemudahan atau mengikut hawa nafsu diharamkan di sudut syarak.

Bukan sedikit para ulama salaf dan khalaf memberi amaran mengenai amalan memilih pendapat yang paling mudah/senang. Menurut seorang ulama tabi’ien, Imam Sulaiman al-Taimi(meninggal: 143h)-Rahimahullah-:

إن أخذت برخصة كل عالم اجتمع فيك الشر كله

Maksudnya: “Jika kamu mengambil rukhsah dari setiap orang alim, maka segala kejahatan telah terkumpul di dalam diri kamu”. (Siyar al-A’lam al-Nubala’)

Menurut Majlis fatwa kerajaan Arab Saudi:

أما إن كان المراد بالأخذ بالرخص في الدين هو الأخذ بالأسهل وما يوافق هوى الإنسان من فتاوى وأقوال العلماء – فإن ذلك غير جائز، والواجب على الإنسان أن يحتاط لدينه، وأن يحرص على إبراء ذمته

Maksudnya: “Manakala jika dimaksudkan mengambil rukhsah di dalam agama iaitu mengambil pendapat yang paling senang/mudah dari fatwa-fatwa dan pendapat-pendapat ulama yang mana menepati hawa nafsu manusia, maka ini tidak dibenarkan. Apa yang wajib bagi setiap insan ialah bersikap berhati-hati di dalam agamanya dan berusaha untuk berlepas diri darinya(mengambil pendapat yang paling mudah).”

Allah ta’ala telah mensyariatkan solat pada waktu yang telah ditetapkan, namun ada keringanan diberikan oleh Allah melalui pensyariatan solat jamak dan qasar. Walaubagaimana pun keringanan ini perlu menepati syarat-syarat dan kaedah-kaedah yang telah ditetap oleh ahli-ahli fiqh berdasarkan al-Quran dan Sunnah Nabawiyyah serta amalan para sahabat.

Wallahu A’lam

____________________________

-INFO TAMBAHAN BERKAITAN SOLAT JAMAK DAN QASAR-

JAMAK QASAR DI KAMPUNG HALAMAN
https://aburuqayya.wordpress.com/…/jamak-qasar-kampung…/

JAMAK QASAR BAGI YANG BERTUKAR-TUKAR TEMPAT
https://aburuqayya.wordpress.com/…/solat-musafir-bagi…/

TIDAK PASTI IMAM SOLAT QASAR ATAU TAMAM
https://aburuqayya.wordpress.com/…/tidak-pasti-imam…/

IKUT IMAM YANG BERLAINAN NIAT, JENIS DAN RAKAAT
https://aburuqayya.wordpress.com/…/ikut-imam-yang…/

Rujukan:

منهاج الطالبين وعمدة المفتين, الإمام محي الدين أبو زكريا يحيى بن شرف النووي

الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي, الشيخ الدكتور مصطفى الخن, والشيخ الدكتور مصطفى ديب البغا, والشيخ على الشربجي

إفادة الراغبين بشرح وأدلة منهاج الطالبين, الشيخ الأستاذ الدكتور مصطفى ديب البغا

فتح الباري شرح صحيح البخاري, الإمام الحافظ أحمد بن علي بن حجر العسقلاني

التلخيص الحبير, الإمام الحافظ أحمد بن علي بن حجر العسقلاني

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh, Hadith Nabawi. Bookmark the permalink.

223 Responses to SALAH ERTI HUKUM JAMAK DAN QASAR

  1. asma says:

    Assalamualaikum
    Saya ingin bertanya, bagaimana pula dengan keadaan bagi seseorang yang bermusafir setiap minggu… sebagai contoh amira hanya mempunyai kelas di hujung minggu iaitu sabtu dan ahad… dan dia bertolak dari kedah ke selangor pada setiap hari jumaat dan pulang ke rumah pada hari isnin… adakah sepanjang keberadaan amira di selangor dibolehkan untuk menjama’ dan qasar solatnya?

    • aburuqayya says:

      Dalam keadaan ini tiada had kekerapan untuk melayakkan solat jamak dan qasar. Maka boleh jamak dan qasar walaupun setiap minggu, asalkan menepati syarat2 solat musafir.

  2. Ainun Athirah says:

    Salam. Ustaz, saya masih keliru. Saya akan ke Perth dalam tempoh keberadaan di sana selama 8 hari. Adakah syarat keempat dikira berdasarkan tempat atau tempat tinggal di sana? Kerana saya akan menginap di dua tempat yang berbeza dalam tempoh masa tersebut. Mohon penjelasan dari ustaz kerana saya tersangat keliru.

  3. Orang biasa says:

    Macam mana pula kalau musafir yg tak tetap destinasi? Contohnya, dari msia ke singapura 2 hari, ke indonesia 3 hari, ke filipina 2 hari. Apa hukumnya?

  4. cikgumaziana says:

    jika menetap lebih 4hari dikira bermukim.contoh ali ke kelantan dari johor bahru.setiba di kelantan, dikira solat seperti biasa. bagaimana pula perjalanan kelantan ke johor bahru..adakah dlm perjalanan itu boleh menunaikan jamak dan qasar

  5. rose says:

    Sy ada soalan iaitu:
    Cnth:asal kl,belajar di johor,
    Soalan sy..ketika sy pulang dr johor untuk bcuti selama 3 hari di kl.adakah selama tempoh tu saya boleh jamak n qasar.

      • Akuhuduh says:

        Bukankah kl tu tpt asal dan dia tiada niat tinggal tetap di Johor. Maka bila dia di kl dikira balik atau tamat musafir

      • aburuqayya says:

        KL dikira sebagai sebuah negeri, manakala di dalam KL itu sendiri ada pembahagian kawasan menurut kawasan Parlimen, seperti Segambut, Titiwangsa dan seumpamanya. Pembahagian ini diberi makna kawasan mukim iaitu pecahan daripada daerah atau negeri. Bagi saya jika melepasi kawasan mukim sudah boleh melakukan jamak qasar. Begitu juga masuk boleh jamak qasar jika belum memasuki kawasan mukim walaupun sudah memasuki wilayah persekutuan kuala lumpur.

  6. Hafizi AB says:

    Salam,
    Saya ada 2 persoalan:

    1. Ada pendapat yang menyatakan kita tak boleh Jamak dan Qasar di rumah ibu bapa (rumah keluarga),

    Situasi: saya berkerja dan menetap di Kemaman dan Kg saya di Kuala Terengganu (lebih 90km). Jadi saya balik ke Kg setiap hujung minggu ( balik ke kg pada Khamis, dan pulang ke Kemaman pada Ahad).

    adkah saya boleh jamak dan qasar di Kg?

    2. Definasi Bermuastatin?

    Situasi: Saya selalu outsation atas urusan kerja dan setiap hujung minggu saya akan balik ke Kg. situasinya ialah : Khamis saya pulang ke Kg, di Kuala Terengganu dan kembali ke Kemaman pada Sabtu dan pada hari Isnin saya perlu pergi ke KL. Saya telah dimaklumkan seminggu lebih awal berkenaan dengan perlu hadir ke KL. Jadi adakah saya boleh Jamak dan Qasar di Rumah di Kemaman?
    **
    1. Jarak setiap destinasi adalah lebih 90km
    2. tempoh bermalam tidak lebih 3 hari
    3. atas urusan berkerja dan balik Kg
    4. saya telah tahu lebih awal berkenaan dengan perlu ke KL (yang mana semasa saya smpi di Kemaman saya mmg maklum awal saya perlu ke KL)

    • Ibnu Suffian says:

      Soalan pertama:
      Boleh jamak dan qasar kerana rumah ibu dan bapa yg terletak lebih 89km telah melepaskan syarat kita utk melakukan jamak dan qasar. Tempoh perjalanan juga tidak melebihi 3 hari.

      Soala kedua:
      Tak boleh jamak dan qasar di rumah tempat bermastautin.

  7. rozita says:

    Assalammualaikum,

    Pertanyaan saya.
    Bagaimana pula jika seseorang itu tinggal contoh seremban bekerja di kuala lumpur dan setiap hari solatnya dijamak kan.

    Adakah boleh? Harap dapat penjelasan. Terima kasih

  8. Mohd Azmir Zakaria says:

    Assalamualaikum Ustaz.

    Ayat An-Nisaa ayat 101 ustaz tidak lengkap. Tafsiran perlu jelas dengan mengambil keseluruhan ayat. Jika bermusafir ditempat yang ditakuti diserang oleh orang kafir maka dibolehkan utk solat jama dan qasar. Jika kita di Malaysia yg aman damai dengan kemudahan masjid dimana mana tidak melayakkan seseorang itu utk melakukan jama dan qasar.

    • aburuqayya says:

      Zaman Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam tidak perlu ada masjid dan surau, banyak riwayat Baginda SAW solat di atas tanah tanpa alas, ini bermakna kalau hendak solat tidak perlu tunggu ada masjid dan surau iaitu di mana-mana pun boleh asal tempat itu suci dan tiada bukti ia bernajis. Jadi persoalannya mengapa nabi SAW melaksana jamak dan qasar ketika musafir sedangkan baginda boleh memilih untuk memilih berhenti setiap waktu solat dan mengerjakannya di atas tanah atau di mana-mana?

      • Khairul says:

        Assalamualaikum
        Kalau salah tolong betulkan.soalan Tuan Azmir tu pernah di tanyakan oleh seorang sahabat kepada Umar r.a didalam satu riwayat.
        Lalu Umar r.a menjawab Jamak dan Qasar itu adalah hadiah daripada Allah kepada hambanya.Apakah kamu tidak mahu menerimanya?

  9. Rahiman says:

    Assalamualaikum.
    Saya pergi memancing ke destinasi yang merlebihi 2 marhalah. Mengikut perancangan selama 5 hari dan berhenti memancing di kawasan yang berbeza-beza pada setiap hari. Bolehkah saya melakukan jamak & qasar?

  10. Wahasbi says:

    Terima kasih tuan, huraian tuan memantapkan lagi pemahaman ana.

  11. Robiah edriss says:

    ingin nak tanya. Contoh : saya pergi turkey lebih 5 hari (tinggal di satu hotel sja/tidsk berpindah2) tapi pd siangnya saya keluar melawat tmpat2 hingga asar/mahgrib baru balik hotel semula. Bagaimana situasi solat saya? Boleh ke buat jamak? Ingin sangat2 penjelasan

  12. shah says:

    Salam.

    Jika seseorang bermusafir di sebuah tempat selama 3 hari, mana yang lebih afdhal :

    Cth waktu zohor

    1) menunaikan solat fardhu zuhur berjemaah mengikuti imam mukim dan seterusnya qasar asar pada waktu zohor; atau

    2) menunaikan solat jamak taqdim bersendirian.

    Tk

    • aburuqayya says:

      Situasi no. satu itu adalah lebih utama kerana kita disarankan untuk mengerjakan solat fardu secara berjemaah. Solat berjemaah adalah satu ibadah yang sangat-sangat dituntut di dalam Islam walaupun dalam keadaan musafir.

  13. Nadhirah says:

    Terima kasih utk perkongsian.

    Tapi bagaimana pula jika saya tinggal di asrama dan jarak rumah (kampung) dengan asrama melebihi dua marhalah. Jika saya pulang untuk berhujung minggu di rumah, boleh kah saya menunaikan solat jamak dan qasar?

  14. Hamba ALLAH says:

    salam.
    utk syarat ke-4 :Apabila berniat menetap selama empat hari, jadilah tempat yang dituju itu seolah-olah negerinya atau tempat tinggalnya yang tetap. Oleh itu dia tidak boleh bersolat qasar lagi di situ
    Soalan: menurut kenyataan di atas,dia tidak boleh bersolat qasar. Adakah solat jamak tanpa qasar dibolehkan?

  15. fadIlla says:

    tq.. macam mana plak kalau kita pergi utk tempoh seminggu tp pegi lain2 tmpat… contohnya… ali menetap di sarawak… bercuti ke semenanjung utk tempoh 9 hari… tiga hari pertama pergi ke kl… hari keempat pergi ke langkawi… 2 hari di langkawi balik semula ke kl… adakah kita perlu jamak qasar solat kita sepanjang percutian tersebut… trm kasih…

  16. Mohamad AMinuddin Bin Ami says:

    Bagaimana pula seseorang yang pekerjaannya selalu memaksanya ber outstation :

    contohnya ( Amin menetap di daerah Kulai. Dia diarahkan oleh majikan untuk melaksanakan projek di seluruh daerah negeri Johor iaitu sebanyak 16 daerah. Masa untuk menyiapkan kerja di suatu-suatu daerah juga tidak pasti dan Amin terpaksa bergerak ke seluruh daerah secara berturut dan tanpa pulang ke rumahnya. Apakah layak Amin mendapat keringan dalam solatnya bagi daerah-daerah yang lebih dari 2 marhalah atau sepanjang dia melakukan tugas tersebut ? )

  17. Ada orang berpendapat jika kita solat sepenuhnya semasa bermusafir yang membolehkan kita solat jamak dan qasar, kita seolah-olah bertindak “sombong dan angkuh” kerana tidak menggunakan kelonggaran yang diberi kepada kita oleh Allah SWT.

  18. aniey434 says:

    Alhamdulillah utk penerangan. Mmg btl skali syarat yg ke 4 itu sering kali ramai yg belum faham termasuk sy juga🙂

  19. mohd nordin daud says:

    Masalah…baucer buku dijual dgn 200..asalnya 250..budak2 nak cash..soalan budak2..dikira syubhat?

    • jihad fendi el-hadrami says:

      org citer solath jama’ qasar brooooo…..kikikik….maaf yerrkkk ngusik tuan

  20. Abu 'Amrah says:

    Salam ustaz. Bagaimana pula dengan keringanan untuk mengqasarkan solat semata-mata tanpa menjamakkan solat. Sebab salah satu salah faham orang kita juga adalah jamak dan qasar itu mesti sekali. Bukan kah ada sahabat yang qasar selama 2 tahun?

  21. Irni Yusof says:

    “Ali mahu pergi ke Johor Bahru, ketika dia hendak bertolak(masih di rumah) waktu zohor sudah pun masuk, maka dia wajib menunaikan fardu Zohor bukan menangguhkan solat fardu itu di luar untuk diqasarkan dan dijamakkan dengan Asar. Ini kerana setiap muslim diwajibkan mengerjakan solat fardu apabila masuknya waktu solat.” Dalam contoh di atas, bagaimana jika Ali memulakan perjalanan tanpa solat zohor walaupun dah masuk waktu tetapi berhenti di RNR dan solat qasar jamak takdim sekali dgn Asar…adakah sah begitu? Mohon pencerahan…terima kasih

  22. ummu imtiyaz says:

    Syukran ‘alattarjih..

  23. amelia says:

    Assalamualaikum …
    Saya nak tanya soalan yg berkaitan dgn jamak juga..walaupun soalan ni mungkin dah banyak kali ditanya..mungkin saya terlepas pandang. Soalan saya :

    Saya tinggal di putrajaya. Kampung suami saya di batu pahat. Jika kami balik kampung, dalam 2 atau kadang 5 hari, boleh jamak ke tidak ye..

    Terima kasih ustaz

  24. Terima kasih atas penjelasan di atas…sangat
    Berguna

  25. Minhua Azam says:

    Terima kasih…

  26. noraini bt ab rahman says:

    saya tinggal di johor bahru dan saya telah bekerja di Melaka selama 3 tahun. saya juga telah membeli rumah kediaman di melaka bagi memudahkan urusan saya. saya cuma bekerja selama 3 hari tidak termasuk perjalanan pergi dan balik. saya bergerak ke melaka setiap isnin dan pulang ke jb setiap jumaat.
    soalan saya: adakah saya boleh qasar dalam perjalanan dan ketika saya berada di melaka?

    • aburuqayya says:

      Melaka juga dikira sebagai tempat mastautin tuan yang kedua. maka tidak lagi boleh solat musafir apabila tiba di rumah saudari di melaka walaupun menetap di sana kurang dari 4 hari.

  27. nurul says:

    Terima kasih diatas perkongsian. Saya ada satu soalan. Situasinya ialah: Saya menetap di Kuala Lumpur. Saya belajar di Johor selama 3 tahun dan tinggal di rumah sewa. Kadang-kadang sebulan sekali saya akan pulang kerumah di KL. Balik ke KL khamis malam (malam jumaat) dan pulang ke Johor ahad pagi. Soalannya : Adakah saya boleh melakukan solat jamak dan qasar di rumah saya di KL?

    • aburuqayya says:

      KL adalah tempat mastautin saudari, setiba kawasan mukim rumah saudari di KL saudari tidak boleh lagi jamak qasar walaupun menetap kurang dari 4 hari.

  28. Nurul says:

    Mcm mne plk yg sy dgr,skrg ni ada yg kata dh blh start jamak ble dh niat utk mlekn perjlnn? Cth:nk mlkn perjalanan jauh,tp zuhur dh msk sblm bertolak…kirenye slt jamak zuhur,asar dulu b4 bertolk…

    • aburuqayya says:

      Muktamad dalam mazhab syafi’ie dan jumhur ulama tidak boleh bersolat musafir melainkan sudah melepasi batas mukim, iaitu tidak boleh jamak dan qasar bermula dari rumah.

  29. Abdul Rahman Surati says:

    Bagaimana pula kalau kita merancang pergi Gua Musang dan bermalam di sana tidak lebih 4 hari dan selepas itu
    ke Kota Baru 5 hari dan meneruskan perjalanan ke K Trenganu utk bermalam di sana 5 hari dan selepas itu pulang ke KL.

  30. fazilah says:

    Assalamualaikum. Sy ingin bertanya, jika sy dr shah alam pulang ke kampung di perak selama 5 hari termasuk perjalanan pergi dan balik, maka saya blh buat sembahyang jamak. Pd hari ke 6 saya sambung perjlnan ke kedah pula selama 4 hari termsk pergi dan balik semula ke shah alam. Soalan sy, blhkah sy sambung buat solat jamak ketika berada d kedah.

  31. norizan binti che yusoff says:

    Saya bekerja d swak…pulang bercuti d kbharu juga rmh sendiri selama 5 hr..cth bertokak hr sabtu…pulang swak hr rabu…apa yg blh dan tak blh…jamak qasar solat…pohon pencerahan

  32. ros says:

    Salam. 1 persoalan.
    Saya dan suami berjauhan. Saya di Sarawak dan suami di selangor. Dua minggu sekali suami akan ke bintulu pada hari jumaat dan balik semula ke selangor pada hari ahad. Boleh kah suami jamak bila ke bintulu. Dan jika saya ke selangor boleh tak saya jamak. Suami saya cakap tidak boleh sebab tangunggan walaupun musafor. Boleh tolong terangkan lebih detail.

  33. Feeqa Adnan says:

    Salam ustaz, bagaimana kalau travelling lebih daripada 4 hari? Tapi tidak duduk di hotel sahaja, sentiasa bergerak dari satu tempat ke satu tempat dalam sehari. Masih tidak boleh jamak?

  34. FayeRokko__ says:

    Assalamualaikum,

    Saya sangat gembira jika saudara dapat sertakan sekali niat solat jamak dan qasar di sini. Terima kasih.

  35. Mahirah Arkanudin says:

    Assalammualaikum.

    Bagi kes saya, saya sekarang menyewa rumah di Segamat, Johor dan saya akan balik ke Johor Bahru setiap hujung minggu (kamis ptg – sabtu ptg), adakah saya boleh jamak & qasar dalam tempoh saya di johor bahru? Jarak Segamat ke Johor Bahru lebih kurang 178km.

    Terima kasih

  36. fazeerulmohdisa says:

    terima kasih utk info yg berguna ini =)

  37. wan hisyam says:

    untuk jamak solat… tidak timbul masalah berapa lama tempoh musafir… kerana tanpa musafir pun kita masih boleh jamak. seperti yang dinyatakan dalam beberapa hadis Nabi Muhammad SAW. antaranya:-

    Diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa Ibnu Abbas berkata: Rasulullah s.a.w. telah menjamakkan di antara zohor dan Asar, maghrib dan Isyak ketika berada di madinah pada ketika tiada takut dan tiada pula hujan. Maka ditanya kepada Ibnu Abbas: Apakah tujuan peristiwa itu? Dia berkata: tujuannya adalah supaya tidak menyusahkan umatnya.

    Diriwayatkan juga oleh al-Bukhari dan Muslim bahawa Nabi saw. Telah sembahyang ketika berada di Madinah tujuh rakaat dan lapan rakaat (secara jamak): Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak.

    Daripada Ibnu Abbas, katanya: “Pernah Rasulullah saw mengerjakan sembahyang Zohor dan ‘Asar secara jamak di Madinah. Bukan kerana ketakutan dan bukan kerana Musafir.”

    Pada pendapat saya yang dhaif ini… bermukim atau bermustautin itu bukan had untuk solat jamak jika kita ambil kesimpulan hadis di atas. ia hanya had untuk tempoh mukim dan mustautin dan tidak sangat berkaitan dengan solat jamak. sedangkan perbuatan Nabi SAW. lebih jelas berdasarkan hadis di atas. Jadi tidak salah kalau solat jamak melebihi tempoh musafir berdasarkan hadis dan juga tidak salah solah jamak tanpa bermusafir atau sakit. Tetapi dengan syarat tidak berterus-terusan. jangan sempitkan skop ibadah. sangatlah salah jika kita kata tidak boleh sedang Nabi SAW kata boleh… siapa kita nak had-hadkan solat. Nabi SAW. kata: “Solatlah sebagaimana kamu melihat aku solat”.
    http://wanhisyam.blogspot.com/2009/05/boleh-jamak-solat-tanpa-musafir-dan.html

    • aburuqayya says:

      Saya hanya nyatakan skop solat jamak ketika musafir, kalau solat jamak atas sebab lain itu adalah perbahasan yang lain. Tujuan saya menulis artikel ini hanya untuk membincangkan perihal solat ketika musafir, jika ingin dibahaskan tentang solat jamak dalam skop yang lebih luas, boleh tulis artikel yang lain dan tidak perlu untuk bercampur aduk dan boleh memeningkan pembaca. Dalam artikel ini saya tidak pernah menyatakan solat jamak selain musafir tidak boleh. Tolong faham artikel saya ini bertujuan untuk membahaskan tatacara solat ketika musafir sahaja.

  38. Izza says:

    Terima kasih saudara atas penjelasan yang sangat membantu.

  39. Hairi Ismail says:

    Mohon penjelasan didalam contoh situasi 1 Perkara 4 jika Ahmad bertolak pulang selepas fajar ke Shah Alam pada hari ke 7 jatuh pada hari Jumaat. Adakah dibolehkan Ahmad mengqasar dan Jamak solat Zohor dan Asar tanpa sengaja berhenti untuk solat Jumaat.

    Terima Kasih

  40. affaf binti naeyem says:

    Bila membaca ttg biodata saudara yg bertgs di stesen tvalhijrahIngin juga saya memohon kerjaya di tvalhijrah jika berpluang nti. Sbg mkluman, saya pelajar jurusan bhs arab uia, final year dan akn mnjalani praktikal bln jun ini di kolej universiti insaniah. Smoga pihak saudara dpt emailkan kmbali address personel section tvalhijrah atau sedikit pnergn ttg tgsn saudara di alhijrah

  41. Sohaimi Md says:

    Saya ingin tahu erti sebenar musafir. Adakah perjalanan saya hanya utk beriadah contohnya pergi melancong seperti tempat peranginan atau theme parks dikira musafir juga?

  42. Sohaimi Md says:

    Saya ingin tahu erti sebenar musafir.Adakah perjalanan saya hanya utk beriadah contohnya pergi melancong seperti tempat peranginan atau theme parks dikira musafir juga?

  43. Ina rosenida says:

    Assalamualaikum. Sy nk tnye sekiranya pjlnn kita dr rumah adalah pada ari selasa pkul 9 mlm dan spai ke destinasi pd pkul 2 pg ari rabu iaitu ari berikutnya..so mn satu yg akn dikira sbg ari pjlnn…ari selasa atau ari rabu….

  44. siti says:

    Jika berazam pergi bermusafir ke Singapura utk beraya tetapi tidak tahu berapa hari…boleh kan kita jamak & qasar selama tempoh kita disana??

  45. imah says:

    Salam ustaz
    Terima kasih atas info di atas…saya faham

    Soalan saya…saya pernah terbaca kita boleh solat jamak tamam (tanpa qasar) di rumah sebelum memulakan perjalanan atau setelah sampai di tempat yang dituju sekiranya sukar untuk berhenti solat
    Contoh:
    Dah masuk zohor di rumah…solat jamak taqdim zohor 4 rakaat dan asar 4 rakaat sebab
    payah nak berenti kang atau
    Solat jamak ta’khir dalam waktu isya’ maghrib 3rakaat isya 4rakaat apabila dah sampai kat tempat yang dituju

    Boleh ke macamtu…maaf kalau soalan saya berbelit dan agak mengelirukan
    Terima kasih

  46. azmir says:

    Kenapa tidak baca surah an nisa ayat 101 hingga habis.

  47. Hamba Allah says:

    Salam tuan. Sekadar ingin pencerahan utk situasi di bawah.
    – Ali ingin pulang ke kampung utk menziarahi keluarganya. Ali berada di Johor dan ingin menziarahi keluarganya di Perak. Ali telah berniat utk berada di Perak selama 3 hari tidak termasuk hari perjalanan. Tibanya hari ke3 di Perak, Ali telah menukar perancangannya utk menetap satu hari lagi di Perak ( berada 4 hari di Perak tidak termasuk hari perjalanan) . Bagaimanakah hukum musafir pada hari ke3 dan ke4 tersebut. Adakah sebaik sahaja Ali berniat utk menambah 1 hari lagi berada di Perak, Ali secara automatik tidak lagi dikira musafir atau bagaimana? Tq.

  48. Zizo says:

    Salam alaik tuan,

    Berkenaan dgn jamak & qasar 18 hari tu, macam mana pula kalau musafir tanpa urusan? Contohnya saja nak balik kampung ziarah keluarga atau bercuti kat mana², tapi tak tau berapa hari nak tinggal kat situ dan tak buat keputusan lagi nak balik hari apa. Jadi adakah dibenarkan jamak & qasar selama 18 hari?

  49. wan syafiq says:

    Salam tuan…mohon share

  50. Siti says:

    Assalamualaikum wbt.. Sy nk tnya, sy kini mnetap d perak dan slalu pulang ke kg di kedah apbila cuti skolah. Di kedah biasanya sy akan pergi ke rumah nenek, mak dan bapa mertua dan biasanya akn bermlm slama 2 3 hari di setiap rumah. Jarak perjalanan antara ketiga2 buah rumah lebih 2 marhalah. So, katakanlah sy pulang ke kedah slama smggu tdak msuk hr prjlanan,bolehkan sy mlakukan solat fardhu scara jamak n qasar di ketiga2 buah rumah tersebut??

  51. unkown says:

    Sekiranya saya berasal dari Perak dan belajar di Perak.. Adakah dibolehkan jika saya solat jamak dan qadar sewaktu pulang ke Kelantan? (Tidak melebihi dari 3 hari)

    Terima Kasih.

  52. nurul says:

    Assalamualaikum, sy igin bertanya ustaz, situasi saye, saye slalu menaiki bas express pulang ke kg. Pukul 4 ptg, maknanyer sy akan berada diatas jalan raya ketika waktu solat asar dan maghrib. Bas yg saye naiki biasanyer tidak berhenti ketika waktu solat. Bolehkah saya keluar rumah pukul 2.00 ptg dan solat zohor (tanpa qasar) di stesen bas dan menjamakkan solat asar pd waktu zohor, bg mengelakkan sy tertinggal solat asar kelak?

  53. fariz says:

    Boleh tak solat Jamal kerana darurat apt doktor yg melakukan pembedahan antara aktu asar hingga isyak?

  54. syifa says:

    Salam
    Ustaz bagaimana jika situasi seperti berikut:
    1.Ali ke kelantan dari KL selama seminggu bertolak isnin dan pulang ahad (5hari tidak termasuk perjalanan). Tetapi dlm 5 hari tersebut Ali ke sana sini di kelantan dan perjalanan ke sana sini tu lebih 2 marhalah tetapi menetap@tidur di tmpt sama.

    2. Ali balik kg sendiri dan mertua dua2 di kelantan (bkn mukim yg sama) dari KL. Bertolak isnin, pulang pg Ahad. 3 hari bermalam rumah sendiri, 3 hari rumah mertua.

    Terima kasih atas penerangan.

  55. aizat says:

    salam, saya ingin tahu bagaimana sekiranya jarak tempat kerja dari rumah lebih dari 90km ( melaka – kuala lumpur), adakah dibenarkan utk jamak dan qasar setiap hari?

  56. M.mahrazi mardan says:

    Macamana pula Kalau kita menggunakan Feri yang jaraknya hanya 9 km Tapi mengambil masa melebihi 3 jam

    • Suri says:

      Assalam. Perjalanan utk membolehkan jamak dan qasar tidak dikira melalui masa, tetapi melalui jarak.

  57. Mohmad Mustafa says:

    Good artikel.. Very informative

  58. Mohmad Mustafa says:

    Alhamdullillah

  59. khairil says:

    assalamualaikum,

    macam saya duduk di seremban dan bekerja di kuala lumpur. tiap hari berulang dengan jarak lbh krg 100km. jadi dalam situasi saya, mana yang boleh dipadankan? terutama bila maghrib, saya keluar pejabat pukul 6:30 (blm maghrib) dan sampai di seremban sudah masuk isyak

  60. Kasiran rejo says:

    Assalamualaikum ust.
    Saya pernah bertugas dalam misi pbb di republik of Liberia. Semasa di sana saya bertugas di bandar Kakata iaitu kira2, 65km dari Monrovia iaitu ibukota Liberia di mana saya tinggal dan saya berulang alik setiap hari. Masalah saya adalah selalunya saya bertugas Membuat lawatan ke kampung2 yg jaraknya tidak sampai satu marhalah tetapi tempoh perjalanan adalah lama. Sebagai contoh tempat yg di tuju adalah 20km dari pejabat, jika di sini mungkin ambil masa setengah jam tetapi di sana mengambil masa 3-5 jam bergantung kpd cuaca. Bolehkah saya jamak dan qasar pada hari tersebut mengambil kira jarak dari rumah hinggalah ditempat yg dituju. Untuk makluman dari pengalaman di situ saya terpaksa jamakan atas sebab darurat. Tkasih ust.

  61. raja nazeli says:

    Tuan,

    apakah dalil yang boleh mengatakan had musafir adalah 3 hari..sila beri hadith

    sekian

    • aburuqayya says:

      عن الْعَلَاءَ بْنَ الْحَضْرَمِيِّ، يَقُولُ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: “لِلْمُهَاجِرِ إِقَامَةُ ثَلَاثٍ بَعْدَ الصَّدَرِ بِمَكَّةَ”، كَأَنَّهُ يَقُولُ لَا يَزِيدُ عَلَيْهَا.

      Maksudnya: Saidina al-‘Ala bin al-Hadrami Radiyallahu ‘anhu berkata, ‘aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda’, “Mukim bagi Muhajir selama 3 hari di Mekah selepas kembali dari Mina”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

  62. salmiah abd wahid says:

    Alhadulillah, in sya allah baru saya faham.tk

  63. ahmad adam says:

    Salam! Saya nak tanya ni, kalau saya bercadang untuk bercuti di luar negara selaama 7 hari. Status musafir saya masih dikira atau telah dikira sebagai bermukim

  64. MUHAMMAD says:

    Assalamualaikum.
    Saya dah buat solat jamak dan qasar semasa dalam perjalanan ke rumah abang saya. Saya sampai tempat dituju pada pukul 6 ptg.Bolehkah saya solat jamak dan qasar maghrib dan isyak sepanjang berada dirumah abang saya?

    • aburuqayya says:

      Selagi tidak berniat bermukim atau niat untuk tingga lebih dari tiga hari, maka masih boleh jamak dan qasar. kalau dah niat mukim, setiba di rumah abg anda maka tidak boleh lagi jamak dan qasar.

  65. Bid says:

    Assalamualaikum. Saya berasal dr sarawak. Sy dan isteri balik johor rumah emak mertua selama 9 hari, ahad kc jb dan isnin jb kc. Pada selasa sy g ke perak dan khamis balik ke johor semula. Bolehkah sy buat jamak qasar pada setiap 9 hari berkenaan? Terima kasih.

  66. Bid says:

    Assalamualaikum. Saya berasal dr sarawak. Sy dan isteri balik johor rumah emak mertua selama 9 hari, ahad kc jb dan isnin jb kc. Pada selasa sy g ke perak dan khamis balik ke johor semula. Bolehkah sy buat jamak qasar pada setiap 9 hari berkenaan? Terima kasih. Ahad hinga selasa johor. Selasa khamis perak. Khamis isnin johor. Isnin ke sarawak.

  67. zamri says:

    Yahya bin Abi Ishaq memberitahu bahawa Anas bin Malik bercerita, “Kami bermusafir bersama2 Nabi s.a.w dari Madinah ke Mekah, Baginda mengerjakan solat dua rakaat (qasar)”.

    Dia berkata, saya bertanya kepada Anas, “Berapa hari Rasulullah s.a.w berada di Mekah?”.

    Dia menjawab, “10 hari.”

    – hadith hasan sahih riwayat attirmidzi no 546

    • aburuqayya says:

      Terima kasih atas perkongsian, namun riwayat di atas disebut secara umum tanpa menspesifikasikan nabi mengqasarkan solat ketika di Mekah. Lafaz hadith di atas juga boleh memberi makna bahawa Nabi Sallallahu alaihi wa sallam mengqasarkan solat di dalam perjalanan. Jika hadith di atas menunjukkan nabi mengqasarkan solat ketika di Mekah tetapi tiada disebut di dalam lafaz matan secara sarih.

      Boleh juga difahami lafaz hadith di atas, jika baginda mengqasarkan ketika di Mekah atas sebab baginda tidak mengetahui berapa lama baginda akan berada di Mekah, jadi selagi masih samar jumlah hari penetapan, maka selagi itu berada di bawah hukum musafir seperti yang saya jelaskan di dalam perenggan terakhir dalam artikel di atas.

      Oleh itu fatwa Imam Syafi’ie dan ulama mazhabnya tidak bertentangan sama sekali dengan riwayat hadith di atas. Wallaahu A’lam

  68. Ta says:

    saya nak pergi jepun untuk holiday 11 hari bermula 27/12 sehingga 6 januari 2016. boleh ke buat jamak dan qasar? saya menetap di 3 hotel berlainan. terima kasih.

  69. Abqaree says:

    Assalaam ustz..
    Setibanya kita di destinasi, msih boleh kah kita melakukan qasar solat? Ini kerana, solat qasar hnya boleh dilakukan sekiranya kita dlm perjalanan.. kita cuma boleh melakukan jama’ shj.. betulkan saya kalau silap..

    • Zur says:

      Assalaam ustz..
      Setibanya kita di destinasi, msih boleh kah kita melakukan qasar solat? Ini kerana, solat qasar hnya boleh dilakukan sekiranya kita dlm perjalanan.. kita cuma boleh melakukan jama’ shj.. betulkan saya kalau silap..

  70. pencinta alam says:

    assalamualaikum ..sy ada persoalan .. sy mempunyai minat mendaki gunung ..persoalan sy bolehkah sy jamak dan qasar solat sy sepanjang perjalanan mendaki yg kadang kala perjalanan melebihi 2-7 hari ..dan jika gunung/hutan tersebut tidak melebihi 2 marhalah dr rumah sy bolehkah sy melakukan jamak/qasar walaupon sy tinggal didalam hutan tersebut sepanjang perjalanan sy didalam hutan tersebut?

  71. Abu maryam says:

    Assalamualaikum ustaz. Sy ada satu pertanyaan, hampir sama dgn sesetengah kes di atas.
    Bolehkan secara berterusan saya jama dan qasar memandangkan sy travel setiap hari melebihi 100km utk ke tempat kerja?
    Sekiranya saya ada menyewa rumah di kawasan berhampiran tenpat kerja saya tetapi sy jarang2 duduk, adakah sy dikira bermukim di tempat kerja saya atau bagaimana?
    Syukran ustaz.

  72. Rahmat says:

    Ko ni biar betul?

  73. nurhisyam says:

    Salam ust..nk dptkn kepastianlah..keadaannya, sy bermusafir dari selangor ke melaka utk dduk selama 7hari..Bermkna sy xboleh jamak qasar bila da smp ke destinasi..sy bergrk jam8 pg dan smp ke destinasi jam12tgari..adakah sy blh jamak qasar utk zohor-asar dan mgrib-isyak pada hari tersebut dgn ambil kira hari tersebut adalah hari perjalanan..?

    Hrp ust blh respon sbb sy dgr terlalu byk pndangan.

    Syukran jazilan.

    • aburuqayya says:

      Ya tetap boleh jamak ketika dalam perjalanan, walaupun tempoh perjalanan mengambil masa sesaat sekali pun. Ini kerana kelayakan untuk solat musafir berdasarkan jarak jauh(iaitu tidak kurang dari 2 marhalah) bukan berdasarkan tempoh perjalanan lama atau kejap.

      Tetapi perlu diingat, sesampai sahaja ke destinasi anda tidak boleh lagi mengqasarkan dan menjamakkan solat. Contohnya anda telah tiba di Melaka pada jam 12 tghari, tak lama kemudian zohor pun masuk, maka anda wajib solat tamam dan tidak boleh solat musafir.

      • nurhisyam says:

        Alhamdulillah….jazakallah khairul jaza’..sgt jelas..blh x sy tambh 1 soalan lg..

        Keadaan yg sama, sy dari selangor ke melaka,hari isnin sy bergerak jam8PAGI dan tiba dimelaka jam12tghari…kemudian hari jumaat sy balik ke selangor jam8MALAM.. Adakah sy blh jamak dan qasar selama berada dimelaka? @ blhkah dikira isnin tu sbgai hari perjalanan wlupun sy dah tiba ke melaka jam12tghari lg, dan sy balik ke selangor agk lewat pada hari jumaat?

      • aburuqayya says:

        Isnin itu dikira hari perjalanan, jadi tidak termasuk dalam tiga hari bermukim.

  74. zaidi says:

    Assalamualikum,
    Bagaimana pula jika keadaan
    1) saya bekerja di KL
    2) sedang memohon pertukaran ke kampung di Perak
    3) status permohonan belum diketahui
    4) isteri menetap di Perak
    5) berniat untuk menetap di Perak

    adakah saya masih dikira bermusafir dan dibolehkan jamak dan qasar setiap kali pulang ke Perak setiap hari jumaat malam hingga ahad malam?

  75. mohd hairul nazri says:

    Salam ustz..saya inginkan pencerahan..contoh saya duduk di batupahat kemudian bermusafir ke singapura atas urusan kerja kurang dari tiga hari..ketika dlm perjalanan pulang waktu zohor telah masuk pada pukul 1pm di johor baharu..saya telah menjamak dan menqasarkan solat zohor dan asar dan meneruskan perjalanan pulang..saya tiba di rumah saya pukul 4pm yaitu sebelum waktu asar..adakah saya perlu untuk mengulangi solat asar secara tamam apabila masuk waktu..terimakasih ustaz

    • aburuqayya says:

      Di sini ada dua pilihan, saudara boleh tidak solat asar kerana secara rasminya solat asar saudara sudah terlaksana ketika musafir. kedua saudara boleh melaksanakan solat asar sekali lagi secara tamam. jika saudara tidak mahu melaksanakannya tidak menjadi masalah kerana ini adalah rukhsah Allah kepada hambanya. Wallahu A’lam.

  76. Rozita sulaiman says:

    salam ustaz .sy pn rozita ..ingin mendapatkn sedikit penjelasan ..saya baru berpindah ke subang jaya…dari kuantan ..selepas 4 hari saya kembali semula ke kuantan ..utk menguruskan sedikit hal..soalan saya bolehkah saya jamak solat saya atau saya perlu solat seperti biasa..harap ustaz dpt menjelaskn soalan saya itu ..terima kasih

  77. Amin says:

    Saya nk bertnya sekiranya kita balik kg halaman cukup 3 hari dan selepas itu balik pula ke rumah mentua dinegeri lain adakah saya masih bleh kah saya jamak..

  78. MUHAMMAD says:

    Assalam.Saya nak tanya 2 soalan

    1. Berapakah jarak yang sebenar 2 marhalah dibolehkan untuk musafir?
    2. Saya dari perlis ke Kuala Lumpur selama 2 hari. Dalam perjalanan saya ingin membuat solat jamak taqdim dan qasar (zohor dan asar )tetapi belum ckup 2 marhalah.Bolehkah saya solat jamak?

  79. Ika says:

    Salam. Saya mahu bertanya tentang situasi saya sama ada saya boleh menunaikan solat jamak dan qasar atau tidak.
    Situasi : Saya drpd Muar mahu pulang ke universiti di shah alam utk semester baru. Saya bertolak pd hari khamis dan perjalanan memang melebihi 2marhalah dan niat saya mmg mahu bermastautin di shah alam sbb akan menetap di sana melebihi 3 hari. Persoalannya di sini, saya cuma singgah ke shah alam utk letak brg, kemudian saya ke sg buloh utk bermalam di sana pd hari khamis, jumaat, dan akan pulang semula ke shah alam pg hari sabtu. Jadi sepanjang di sg buloh, adakah dibenarkan utk sy menunaikan solat jamak dan qasar?

  80. Irwan shah bin muhammad says:

    As,salam ustaz sy nk tanye.. Sy kebiasaan tidak berniat menetapkan jumlah hari utk musafir sbb tak tahu bila selesai tugas.. Soalan sy sewaktu berada di tmpat musafir,bole ke sy buat jama taqdim atau taqhir serta qasar?atau sy hanya bole buat jamak taqdim serta qasar shja mngikut yg sy dgr?

  81. Mohd Azmi says:

    Assalamualaikum,

    Saya bekerja di laut/offshore kadang-kadang memakan masa 28 hari, 14 hari, dan 7 hari. Ia tidak tetap dan bergantung pada kerja yang dilakukan. Di sini saya ingin bertanya, bolehkah saya membuat jamak dan qasar selama 18 hari tidak termasuk hari pergi dan pulang itu seperti diterangkan di atas? Terima kasih.

    • aburuqayya says:

      Jika keberadaan saudara sudah ditetapkan di dalam jadual berapa lama atau hari-hari tertentu, maka tidak boleh lagi jamak dan qasar setelah tiba di offshore. Sebab tidak mungkin pihak syarikat menugaskan saudara tanpa menetapkan jadual berapa hari saudara berada di sana. Wallahu A’lam.

  82. zal says:

    Salam,

    Saya ada soalan.
    Jika saya ingin bertolak dari Singapura ke Tokyo dan menetap di Jepon selama 7 hari. Tetapi saya akan berangkat dari tokyo pada hari ke 4 ke kawasan lain yang perjalanan dia lebih 90km. Bolehkah saya menjamak pada hari pertama sampai hari ketiga?

  83. mohd ijal says:

    Assalam tuan
    nk tnya sikit..
    ada yg kata blh solat jamak n qasar time perjalanan shj selama 3 hari,dan ada yg kata blh solat jamak n qasar time ada d rumh selama 3 hri..walaupon lbh 90 km..
    Soalannya yg mana satu btul yerk..mengikut mahzab yg btul

  84. Aisyah Amna says:

    Assalamualaikum. Saya berada di luar negara dan sedang belajar dan akan mengikuti field trip( kami akan berjalan dalam kawasan hutan bermula pukul9pagi sehingga 5petang setiap hari) selama seminggu. Saya ingin bertanya bolehkah jika saya melakukan solat jamak tanpa qasar sepanjang mengikuti field trip tersebut. Atau adakah keringanan yang lebih specific kerana hanya 2orang Muslim yang akan menyertai field trip ini.
    Mohon pencerahan, terima kasih🙂

  85. Betty says:

    Salam…saya menetap di penang..saya pergi ke kl selama tiga hari…dan pulang ke penang semula pada hri keempat…pda hari keempat..saya tiba di penang betul2 pda waktu zohor..Bolehkah saya jamak qasar zhr dan asar?

  86. Betty says:

    Saya tinggal di penang…saya pergi ke kl selama 3 hari…hari keempat saya pulang ke penang semula…saya tiba di penang betul2 pada wktu zhr…BOLEHKAH SAYA BERHENTI SOLAT JAMAK QASAR ZOHOR DAN ASAR DI MASJID ATAU SAYA HANYA BOLEH SOLAT ZOHOR SEPERTI BIASA??

  87. naQueue says:

    Assalamualaikum ustaz,sy inginkn pencerahan berkenaan status :
    1. Watan Asli
    2. Watan Iqamah
    3. Watan Sukni
    sy mmbaca berkenaan pendapat2 yg ustaz kemukakan seperti di atas,tetapi tidak dinyatakan berkenaan pencerahan watan2 yg terlibat,sbgai cth dlm kes (rose) dimana dia belajar di johor berasal dri kl (sy mengandaikan rose berkemungkinan tmpt asalnya @ rumah sendiri @ rumah keluarganya di kl).sekiranya dia pulang bercuti meskipun 1 hari @ 2 hari … adakah boleh dia melakukan solat jamak qasar di sepanjang cuti tersebut dirumah yg sy andaikan sebelumnya?
    maaf ustaz,sy juga pernah bertanya soalan seumpama ini cumanya kes sy sebegini,sy berasal dri kedah dan bekerja di selangor (berkahwin). Isteri berasal dri selangor .. cuti 4 hari (belum ditolak perjalan pergi dan pulang) sy pulang ke kg (kedah) dlm kes ini sepanjang perjalanan mmg sy boleh solat jamak qasar … akan tetapi apabila tibanya di kg @ rumah ibubapa sy … maka sy dan isteti sudah tidak layak lagi dikira musafir wlupun tempoh musafir sy kurang dri 5 hari (including perjalanan pergi balik)..mengikut pndangan ustaz yg pernah sy tanya .. katanya rumah ibubapa itu termasuk mukim asal.jadi sy nk minta pendapat/pencerahan/pemurnianustaz berkenaan hal yg bersangkut 3 jenis watan di atas,tqvm.sekian

  88. Hafiz says:

    Assalamualaikum Ustaz,
    Saya sekarang menetap di Kuala Lumpur. Saya telah berniat untuk menetap di kampung saya di Kedah pada hujung tahun ini. Berdasarkan niat saya tersebut, adakah saya boleh melakukan jamak dan qasar jika bercuti di kampung sebelum saya menetap di sana pada hujung tahun ini? Mohon pencerahan Ustaz. Terima kasih.

  89. Norfarahida Aidee Azahar says:

    Assalamualaikum Ustaz,

    Saya ingin bertanya.
    Saya baru 10 bulan berkahwin. Suami tinggal dan bekerja di Shah Alam. Saya pula bekerja di Teluk Intan dan hanya akan pulang ke Shah Alam pada hujung minggu. Dan dalam sebulan kami juga akan pulang ke kampung halaman iaitu di Ipoh.
    Soalan saya:
    1. Di manakah tempat bermukim saya yang sebenar? Adakah tempat di mana suami saya berada atau tempat di mana saya bekerja?
    2. Seandainya saya pulang ke Shah Alam pada setiap hari Jumaat dan kembali ke Teluk Intan pada pagi Isnin,boleh kah saya jamak sepanjang saya di Shah Alam?
    3. Atau bolehkah saya jamak sepanjang saya berada di Teluk Intan kerana saya selalunya akan bertolak dari Shah Alam ke Teluk Intan pada pg Isnin dan pulang ke Shah Alam semula pada hari Jumaat.
    4. Soalan terakhir,seandainya saya pulang ke kampung halaman iaitu di Ipoh dimana saya akan betolak dari Teluk Intan pada hari Jumaat dan tinggal di sana hingga Isnin pagi,bolehkan saya jamak sepangjang berada di Ipoh?

    Di harap ustaz dapat membantu dalam persoalan saya.
    Terima kasih.
    Wassalam

    • Zuraimi says:

      Assalamualaikum uztaz. Diharap dapat bantu personalan ini kerana saya jugak mengalami situasi yg hampir sama.

  90. Lindy says:

    Avoided

  91. hakim says:

    Salam ustaz. andai kata saya nak ke johor dari selangor, 2 hari. hari pertama saya bertolak dan hari kedua saya balik. adakah saya boleh bermusafir jika hari bertolak dan hari balik tidak boleh jamak qasar. adakah saya boleh qasar hanya dalam perjalanan. terima kasih ustaz

  92. Badariah mohd mohaidin says:

    Untuk urusan yg belum pasti bila akan selesai itu…saya pernah alami krn masukwad di hospital kpj damansara dan saya dr perak…adakah keringanan tersebut hanya utk saya shj atau dibolehkn kpd kga yg turut sama mengiringi saya ttp mereka menumpang tidur di rumah adik ipar…

    • aburuqayya says:

      Berhak kepada mereka yang bertanggungjawab menjaga kebajikan pesakit sahaja contoh suap makan, salin pakaian, urusan ke tandas. Manakala keluarga yg meneman atau sekadar bantu skit2 maka tidak berhak dan layak. Wallahu A’lam.

  93. Safpuan says:

    Bagaimana hari dikira? Samada 12 tengah malam atau selepas waktu maghrib sebagai bermulanya hari pertama? Ambil contoh bermusafir selama 5 hari termasuk hari perjalanan. Jika perjalanan dimulai pada pukul 8 malam hari ahad, dan pulang pada pukul 6 petang pada hari Jumaat dan telah ada perancangan tentangnya. Jika mengikut faham sekarang (penggunaan calendar kafir) , dari hari ahad hingga Jumaat sudah dikira 6 hari. Tetapi jika mengikut kalendar hijriah, hanya 5 hari. Mohon ulasan ustaz. Jazakallahu khairan

  94. mujahidah says:

    Assalamualaikum ustaz.
    Contohnya saya belajar di kl. Kg saya di sabah (kota kinabalu).
    Flight sya pukul 12 tgahari dan sampai di KKIA pukul 2.30.

    Situasi 1 : jalan pulang ke rumah jam dan bila sampai ke rumah da masuk waktu asar.

    Situasi 2 : jalan pulang ke rumah tidak jam dan bila sampai rumah waktu asar belum masuk.

    Soalan : bolehkah saya solat jamak & qasar zohor-asar(jamak taqdim) di airport?
    Atau saya hanya boleh qasar solat zohor shaja?
    Adakah airport termasuk dlm kawasan mukim?

  95. Nurfariza Amalina says:

    assaalamualaikum, bagaimana pula jika sampai dilokasi, tetapi tinggal berpindah pindah

    contoh ketika sedang melakukan aktiviti hutan menetap dari satu tempat ke tempat lain
    contoh ke pulau langkawi selama 2 minggu

    3 hari tinggal di pekan A kemudian pindah ke pekan B tinggal 1 hari, kemudiam berpindah ke kawasan lain 1 hari sebanyak 3 kali, dan kembali ke pekan A untuk semalam sebelum kembali ke kuala lumpur

    pejalanan dari 1 lokasi ke satu lokasi mengambil masa 7jam

  96. kamal says:

    Terima Kasih Ustaz Yang Mulia Semoga Allah Balas Kebaikan Tuan Dengan Ganjaran Yang Besar DisisiNYa

  97. Sarol says:

    Assalamualaikum Tuan, saya mohon pencerahan sedikit. Sekiranya saya bermusafir dan keluar dari kawasan sebelum waktu zohor, adakah ini bermakna saya boleh memilih sama ada:

    i. Jamak Taqdim/Takhir Zuhur dan Asar; atau
    ii. Qasar Zuhur dalam waktunya dan Qasar Asar dalam waktunya; atau
    iii. Jamak Qasar Taqdim/Takhir Zuhur dan Asar

    Terima kasih.

  98. Mellifluous says:

    Salam ustaz,saya tinggal di Jb,dan setiap bulan akan ke singapura kerana saya orang singapura. Selama saya di sana boleh ke saya jama’?

  99. Noratikah says:

    Assalamualaikum sy nk tnya ..sy dari peneng..sy bercadang ingin ke kedah (kuala kuah )..boleh ke sy jamak kn solat zuhur n asar ..sy ingin balik hari..pergi pagi,blik peneng petang

  100. H says:

    Assalamualaikum saya nak tanya, saya nak balik kuantan naik bas pukul 5PM. saya akan gerak from office naik teksi ke stesen bas shah alam pukul 4 plus jammed semua and asar masuk 4:45PM. boleh ke saya jamak terus asar ke dalam waktu zuhur nanti?saya tahu yang saya tak boleh qasar kedua dua solat itu. Jamak boleh tak untuk asar tu?

    • aburuqayya says:

      Tidak boleh jamak sesuka hati, anda wajib mencari tempat berhenti seperti masjid, surau, rnr atau stesen minyak utk berhenti menunaikan solat pada waktunya. Namun jika anda tidak temui tempat utk berhenti solat contoh kiri dan kanan anda hanya hutan atau ladang kelapa sawit, maka anda boleh menjamakkan solat tanpa qasar.

  101. Hanan says:

    Salam.. saya nak kepastian..
    Saya dan isteri dari KL bercadang pulang beraya di Kedah selama 8hari.

    Tetapi kami bercadang untuk bermalam secara bergilir2. Hari pertama dan kedua bermalam di rumah ibu saya di Alor Setar dan hari ketiga dan keempat bermalam di rumah mertua di Sungai Petani.

    Hari kelima dan keenam pulang semula bermalam di rumah ibu saya dan hari ketujuh dan kelapan di rumah mertua.

    Persoalannya bolehkah kami solat musafir selama di Kedah kerana kami tidak tinggal lebih 3hari di satu kawasan (cuma bergilir2)

  102. Shaiful Nizam Bin Mohammad Ismail says:

    Salam..
    Ingin sedikit penjelasan berkenaan dgn hari perjalanan.. katakan saya nak ke Johor dari Pulau Pinang pd hari Isnin dan balik semula ke Pulau Pinang pd hari Sabtu.. saya bertolak hari Isnin dan sampai ketempat yg dituju pd pukul 12.01am (Selasa) pagi.. Soalan saya.. Apakah hari Selasa itu juga dikira hari perjalanan saya..

  103. Abu Furqans says:

    Assalamualaikum..
    Ustaz ana nak tanya..
    Ana muskil sikit ttg jamak qasar.
    Ana baru melawat isteri ana di muar. Jam 1.30 petang ana gerak balik dari muar ke Johor Bahru. Jarak perjalanan 180 km. Tempoh perjalanan 2 jam. Ana akan sampai sebelum asar. Johor bahru tempat ana menetap.

    Soalan nya, Ana boleh buat jamak qasar tak.?
    Mohon pencerahan.

    • aburuqayya says:

      Apabila sudah tiba di tempat tuan menetap maka secara otomatik tidak lagi dikira sebagai orang yang bermusafir, maka wajib solat tamam. Yang dibolehkan jamak dan qasar hanya dalam perjalanan sahaja.

  104. Zaf says:

    Salam tuan/puan, saya ada kemushkilan.. sekiranya sudah memulakan perjalanan keluar dri mukim dan menunaikan solat jama’ zohor serta asar.. kemudian tiba2, ada masalah yang membuatkan terpaksa berpatah balik ke rumah. Adakah masih dikira solat yg telah dilakukan atau perlu lakukan semula?

    • aburuqayya says:

      Masih dikira sebagai musafir jika di dalam perjalanan berpatah balik. Namun jika masuk sahaja kawasan mukim maka sudah terputus hukum musafir walaupun tidak berniat utk bermukim.

  105. Harith says:

    Ustaz kalo seseorang itu dah solat sempurna 4 rakaat tiba2 besok solat jamak esok nya…4 rakaat tu hari pertama musafir, hari kedua solat jamak

  106. Mal says:

    Assalamualaikum ust. Saya ada soalan. Di dalam soal jawab di atas td sy ada baca persoalan jika kita pulang ke rumah ibubapa kita, tidak blh dikira musafir. Soalan saya, jika kita pulang(balik kampung) ke rumah mertua, adakah dikira musafir juga ( menetap tidak melebihi 3hari) atau tidak ya? Jarak perjalan lebih 90km. Terima kasih..

    • aburuqayya says:

      Anda sebagai suami, kampung isteri tidak dikira sebagai tempat mastautin anda, namun begitu jika dia sudah bersama-sama anda sudah bermastautin secara tetap dan tiada niat untuk pindah dari tempat yang baru, maka kampungnya bukan lagi tempat mastautinnya lagi.

  107. Linda Li says:

    As salam tuan/puan saya ada kemusykilan sedikit harap dapat membantu.
    Saya menetap di Terengganu dan kampung saya di Pahang.
    Andainya saya pulang ke Pahang selama 7hari termasuk hari pergi dan pulang, dan saya akan bertolak ke Terengganu selepas solat maghrib.
    Adakah saya blh menjamak qasarkan solat maghrib dan isya’ tadi ketika berada di Pahang
    Terima kasih….

  108. Fahmi says:

    Assalamualaikum. Tuan, sy nk bertnya. Isteri sy bekerja di kedah dah saya bekerja di johor. 2 minggu sekali saya akan ke kedah untuk berjumpa isteri saya. Bertolak dari johor pd hari khamis mlm dan bertolak balik ke johor pd ahad mlm.
    Pertanyaan saya adakah boleh sy jamak selama sy berada di kedah..

    • aburuqayya says:

      Anda tidak boleh jamak dan qasar ketika berada di kedah walaupun kurang dari 4 hari berada di sana. Ini disebabkan rumah isteri anda di kedah merupakan tempat bermastautin anda yang kedua.

  109. Rozaini says:

    Bagaimna jika sy tggl di sungai petani Dan ibu bapa sy tinggal di perlis Dan mertua sy tggl di perak. Utk pergi perlis Dari perak Dan perlis ke perak sy perlu melalui Jalan di Taman sy yg mana berhadapan juga Dgn Rumah sy di sungai petani adakah sah jika sy buat Jamak tetapi sy tidak singgah Kerumah sy ..

  110. Zainudin Talib says:

    Assalamualaikum Tuan.
    Izinkan saya bertanya.
    Saya bermastautin di melaka.
    Bekerja di Kuala Lumpur.
    Berulang alik setiap hari menaiki motor.
    Bolehkah saya jamak dan qasar zohor asar …
    Atau…
    Jamak sahaja zohor dan asar…
    Atau …
    Kedua duanya tak boleh?
    Saya masuk kerja pukul 7:30 pagi…
    Waktu keluar kerja pukul 4:30 ptg…
    Gerak dr rumah di melaka pukul 5:15 pagi…
    Mohon bantuan dan penjelasan tuan…
    Terima kasih tuan.
    tak boleh jamak dan qasar

    • aburuqayya says:

      Seelok-eloknya jamak dan qasar di dalam perjalanan sahaja pergi dan pulang sahaja. Ketika di ofis anda buat tamam kerana sebahagian ulama meletakkan hukum makruh mereka yang melakukan jamak dan qasar setiap hari kerana ia kurang menepati kehendak ibadah sebenarnya, ini kerana jamak dan qasar merupakan rukhsah dan rukhsah tidak sepatutnya berlaku setiap hari. Lebih2 lagi anda di pejabat tidak menghadapi apa2 kepayahan manakala dalam perjalanan lebih terdedah kepada kepayahan dan keletihan dalam musafir. Jadi lebih baik dan afdal saudara di pejabat tidak menjamak qasarkan zohor dan asar, manakala diharuskan anda menjamak qasar waktu maghrib dan isyak ketika perjalanan pulang. wallahu a’lam.

  111. Alhamdulillah.
    Terima kasih atas tulisan yang bagus untuk dikongsi kepada anak-anak.

  112. Fiza says:

    Assalamualaikum ustz..saya dari perak ingin bercuti ke melaka.bergerak selepas solat zohor.dalam perjalanan sy solat asar tanpa tanpa jamak dan qasar.setibanya di melaka,sy solat seperti biasa kerana hanya berehat di hotel.dan hari kedua mula melawat sekitar melaka..adakah sy boleh mula melakukan jamak dan qasar bermula hari kedua..

    • aburuqayya says:

      Jika keberadaan saudari di melaka tidak lebih dari tempoh mukim iaitu 3 hari ke atas tidak termasuk hari pergi dan pulang, maka saudari boleh memulakan solat jamak dan qasar bila-bila masa sahaja, samaada hari pertama, kedua atau ketiga.

  113. Normila Saat says:

    Assalamualaikum Ustaz. Katakanlah saya melakukan solat jama’ takdim dan qasar zohor dan asar kerana bimbang tidak sempat solat asar di rumah (jarak tempat yg dikunjungi memang lebih 2 marhalah). Tetapi apabiila sampai di rumah, waktu solat asar masih ada lagi. Soalan saya, perlukah saya solat asar semula?

  114. Shahrolnizam says:

    As salam ustaz,pertanyaan saya ialah jika masuk waktu zohor berjemaah dan dalam rakaat yg ke 2,bolehkah kita niat jamak dan qasar dan hanya buat 2 rakaat shaja atau 4 rakaat?setelah itu kita jamak solat asar 2 rakaat pula..

  115. nana says:

    assalamualaikum ustaz, terima kasih ats perkongsian.sy nak tanya 1 soalan yg dah lama sy tertanya tanya.sy belajar di KL, asal dri JB..contoh bas sy dri KL pukul 4.00, sy sudah solat zohor dahulu, dan akn sampai ke JB pd pukul 8.00..bas pula tak berhenti di mana2 RnR..macamana dengan solat asar sy ustaz?
    bolehkah sy jamak takdim & qasar zohor bersama asar dahulu sebelum perjalanan?

    • aburuqayya says:

      Anda masih boleh menjamak qasar solat selagimana belum sampai kawasan mukim kampung anda di JB, Kawasan mukim ialah pecahan kawasan-kawasan di dalam daerah JB. Contoh Kempas, Kulai, Ulu Tiram dan seumpamanya.

  116. khai says:

    Alhamdulillah. Byk ilmu yg saya dapat. Terima lasih ustaz.

  117. Zul Juah says:

    Assalamualaikum ustaz. 2 soalan
    1. Bukankah ada lagi satu syarat iaitu niat tujuan bermusafir mesti baik. Cth kalau berniat utk meronpak tapi lepasi 2 marhala tak boleh jamak dan qasar?
    2. Betulkah hari perjalan bermula pada waktu mahgrib dan tamat pada waktu mahgrib setrusnya. Cth.. ali bergerak jam 4 ptg sampai jam 9 malam maka tarikh perjalanannya berakhir pada mahgrib esoknya. Selepas itu baru mula kiraan 4 hari itu. Mintak betulkan jika saya salah faham.

    Terima kasih didahului

  118. rozaini says:

    salam ustaz tentang soalan sy sebelum ni mcm mna ustaz???
    (Bagaimna jika sy tggl di sungai petani Dan ibu bapa sy tinggal di perlis Dan mertua sy tggl di perak. Utk pergi perlis Dari perak Dan perlis ke perak sy perlu melalui Jalan di Taman sy yg mana berhadapan juga Dgn Rumah sy di sungai petani adakah sah jika sy buat Jamak tetapi sy tidak singgah Kerumah sy ..)

  119. Assalamualaikum ustaz..
    Sedikit pertanyaan.. Saya tinggal di Tanjung Malim dan bekerja di Shah Alam. Setiap hari perjalanan saya adalah 100km pergi dan 100km balik… Adakah waktu yang dibenarkan bagi saya solat jama’ dan qasar hanyalah dalam perjalanan pergi dan balik sahaja? Pukul 5 petang baru saya balik.. Oleh kerana asar masuk sebelum pukul 5, maknanya saya tidak dapat menggunakan kemudahan solat jama’ dan qasar kerana tidak cukup syarat.. bagaimana dengan waktu semasa bekerja di shah alam? Boleh tak dijama’kan solat zohor dan asar?

    • aburuqayya says:

      Ikut kepada kedudukan saudara, saudara boleh menjamak dan qasar di Shah Alam kerana ia bukan tempat mastautin saudara. Jadi ikutkan sebenarnya saudara dibolehkan untuk jamak dan qasar di pejabat kerja. Cuma saya cadangkan memandangkan ada ulama yang tidak menggalakkan agar jamak qasar setiap hari dalam tempoh yang lama, maka disarankan saudara hanya jamak dan qasar ketika di dalam perjalanan. Semasa di pejabat saudara lakukan solat tamam tanpa jamak kerana di pejabat saudara, ini kerana saudara tidak menghadapi kepayahan dan keletihan berbanding dalam perjalanan lebih terdedah kepada kesusahan dan kepenatan musafir maka selayaknya untuk berjamak qasar ketika perjalan pulang mahupun pergi itu yang lebih afdal.

  120. Abdullah Zahid says:

    Assalam ustaz. Saya nak bertanya berkaitan qasar. Yang saya faham qasar ini jika sudah melibihi 2 marhalah baru boleh qasar.

    Contoh: Dari Sepang nak ke Perak dalam 200 km. Saya berhenti berehat di Sg.buloh yang mana jarak baru sampai dlm 70 km dan baru masuk zohor waktu tu. Maka saya hanya boleh jamak dan tidak boleh qasar kan?

    • aburuqayya says:

      Sudah semestinya boleh kerana anda sudah melepasi kawasan mukim, apabila seorang musafir melepasi kawan mukim(pekan atau bandar) maka dia layak untuk jamak qasar walaupun tidak sampai 90 km.

  121. Mat confius says:

    Ustaz…. Ada ke situasi yg membolehkan kita jamak sahaja tetapi tidak boleh qasar??

  122. Azirul Azman says:

    Assalamualaikum tuan.artikel tuan sgt membantu sy.. ada soalan yg hendak ditujukan brkenaan dengan jarak utk musafir..sy menetap di A, isteri di B dan kampung di C. Jarak A terus ke C tidak smpai 90km, tetapi jarak dari A-B-C melebihi 90km. jika sy terus pulang ke kmpung, sy tidak berada dalam musafir. tetapi jika sy pergi ambil isteri sy dulu kemudian baru pulang ke kampung, adakah sy dikira bermusafir? musafir tu dikira jarak perjalanan yang diambil atau jarak dalam peta? terima kasih tuan

  123. Ridhuan sharip says:

    Saya melancong ke perth selama semunggu ..masih bolehkah jamak dah qasar?

  124. Husnina idayu says:

    Saya ada soalan.solat jamak boleh buat pukul 10 tak?

    • aburuqayya says:

      tidak boleh, solat jamak wajib dilakukan pada waktu-waktu solat. Pukul 10 pagi waktu yang diluar waktu solat fardu, kecuali solat qada’.

  125. assalamualaikum, ustaz sy nak bertanya ni.. sy kerja waktu rehat tak tetap kalau buat jamak/qasar boleh ke? sy rehat kerja pukul 11.30-12.30.. lepas tu pukul 5.30 baru balik.. boleh je sy qasar kan waktu zohor dgn isyak ya? selalu tertinggal zohor.. kalau sy solat zohor dahulu walaupun sudah terlepas waktu kemudian solat asar sah ke solat saya?

    • aburuqayya says:

      Solat wajib dilaksanakan pada waktunya. Saudara/ri tidak boleh menjamakkan solat apatah lagi qasar. Wajib minta izin pada majikan hanya 5 minit sahaja utk solat. Bayangkan jika saudara/ri terasa mahu buang air besar pasti tidak boleh tertangguh dan akan meminta izin pada majikan untuk buang air, tempohnya paling kurang 5 minit. Kalau keperluan anda sendiri pasti tidak ditinggalkan apatah lagi tanggungjawab pada Allah memang tak sepatutnya ditinggalkan, sepatutnya berusaha sedaya untuk laksanakan solat sebagaimana anda akan berusaha untuk memastikan dapat buang air besar bila sakit perut.

  126. rina says:

    as salam .sy nak tanya.. sy ada kursus di kl setiap minggu. sy akan bertolak dari kedah pd mlm ahad dan smpai ke kl pada pg isnin dan menetap di kl sehimgga hari jumaat. sebelum ni sy xtahu dan sy buat jamak untuk 3 hari dari hari isnin sampai rabu dan khamis sy buat solat seperti biasa. kemudian sy blk pada hari jumaat ptg.

    2 soalan dari saya
    1)adakah sy kena qada semula semua solat 3 hari dari isnin-rabu yg sy jamak tu?(sy xtahu yg xboleh jamak kalau menetap di sesuatu tempat lebih 3hari)
    2)jumaat ptg tu sy boleh jamak ke kalau dah tersilap buat jamak dr isnin-rabu td?

    terima kasih

    • aburuqayya says:

      kalau sampai hari isnin dan pulang hari jumaat, bermakna saudari dalam keadaan musafir di KL kerana menetap kurang dari 4 hari setelah tolak hari pergi dan balik.

  127. Insan Yang Berdosa says:

    Assalamualaikum ustaz saya dari kedah nak ke shah alam selama seminggu jadi saya kena solat jamak selama empat hari selepas itu bolehkah saya solat fardhu seperti biasa?

  128. asaman says:

    saya operasi di dalam hutan selama 10 hari..tetapi setiap hari saya berjalan dari satu tempat ke tempat yang lain..bolehkah saya jamak qasar?

  129. rozaini says:

    Bagaimna jika sy tggl di sungai petani Dan ibu bapa sy tinggal di perlis Dan mertua sy tggl di perak. Utk pergi perlis Dari perak Dan perlis ke perak sy perlu melalui Jalan di Taman sy yg mana berhadapan juga Dgn Rumah sy di sungai petani adakah sah jika sy buat Jamak tetapi sy tidak singgah Kerumah sy ..

  130. Khairul says:

    Assalamualaikum! Saya dr sg petani ke pendang utk tujuan ziarah&kenduri dan tak sampai 2 marhalah perjalanan. Bolehkah sy menjamakkan solat bila tiba di rnr atau menjamakkan di rmh saudara di pendang sblm pulang. Adakah sy layak jamak shj dan x blh qasar krn x sampai 2marhalah perjalanan. Mohon penjelasan Ustaz

  131. nazrin says:

    Assalamualaikum…sye nk tnye…sye ni dri perjlnn nk ke langkawi dn sye bertolak pd hri ahd pg…sye singgah skjp dkt rmh sepupu sye di tapah tghri tu utk rehat skjp…dn sye akn smbg perjlnn sye ke langkawi hri isnin 2 pg…soalan sye,,,boleh x sye buat solat jamak dan qasar di rmh sepupu sye di tapah sana???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s