Hukum Perbaharui Wudu’

Screenshot_2015-03-05-12-52-15

Secara umumnya disunatkan berwudu’ untuk setiap solat fardu berdasarkan hadith-hadith yang meriwayatkan bahawa Baginda berwudu’ setiap kali solat.

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: {لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتهمْ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ بِوُضُوءٍ ، وَمَعَ كُلِّ وُضُوءٍ بِسِوَاكٍ} رواه الإمام أحمد بن حنبل

Maksudnya: Abu Hurairah -Radiyallahu ‘anhu- berkata bahawa Rasulullah -Sallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda, “Jika tidak membebankan umat-ku nescaya aku perintah mereka agar berwudu’ untuk setiap solat dan bersiwak setiap kali berwudu’.” (Hadith riwayat Imam Ahmad)

Dalam hadith yang lain juga menyebut bahawa Baginda memperbaharui wudu’ setiap kali hendak solat meski pun wudu’ tidak batal atau berhadas.

وعن عمرو بن عامر الأنصاري قال: سمعت أنسا رضي الله عنه يقول: {كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ. فقلت لأنس: فَأَنْتُمْ كَيْفَ تَصْنَعُونَ؟ قَالَ: كُنَّا نُصَلِّي الصَّلَوَاتِ بِوُضُوءٍ وَاحِدٍ مَا لَمْ نُحْدِثْ} رواه الإمام أحمد والبخاري والترميذي والنسائي

Maksudnya: ‘Amr bin ‘Amir al-Ansari berkata, aku mendengar Anas -Radiyallahu ‘anhu- berkata, “Rasulullah -Sallallahu ‘alaihi wa sallam- berwuduk pada setiap kali solat”. Lalu aku bertanya kepada Anas, “Bagaimana pula kamu lakukan?” Anas menjawab, “Kami mengerjakan solat-solat dengan satu wuduk selagimana kami tidak berhadas.” (Hadith riwayat Imam Ahmad, Bukhari, Tirmizi dan Nasa’ie)

Imam al-Bukhari Rahimahullah meletakkan hadith di atas di dalam bab “باب الوضوء من غير حدث” iaitu ‘Bab Wudu’ tanpa berhadas’. Imam Ibn Hajar al-‘Asqallani -Rahimahullah- menjelaskan tarajim(tajuk bab) yang ditulis Imam Bukhari, kata beliau:

أي ما حكمه والمراد تجديد الوضوء

Maksudnya: Iaitu apa hukumnya(berwudu’ tanpa disebabkan hadas) dan ia memberi maksud memperbaharui wudu’.

Jadi secara kesimpulannya, kedua-dua hadith di atas sebagai dalil sunatnya memperbaharui wudu’ meskipun wudu’ masih ada atau belum terbatal. Berdasarkan hadith ini juga, ulama-ulama mazhab Syafi’ie bersepakat bahawa memperbaharui wudu’ hukumnya adalah sunat, cuma mereka berselisih pendapat bilakah sesuai wudu’ diperbaharui.

Menurut Imam Nawawi -Rahimahullah- di dalam karyanya “al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab”, kata beliau:

اتفق أصحابنا على استحباب تجديد الوضوء وهو أن يكون على وضوء ثم يتوضأ من غير أن يحدث ومتى يستحب؟ فيه خمسة أوجه أصحها إن صلى بالوضوء الأول فرضا أو نفلا وبه قطع البغوي (والثاني) إن صلى فرضا استحب وإلا فلا وبه قطع الفوراني (والثالث) يستحب إن كان فعل بالوضوء الأول ما يقصد له الوضوء وإلا فلا ، ذكره الشاشي في كتابيه المعتمد والمستظهري في باب الماء المستعمل واختاره. (والرابع) إن صلى بالأول أو سجد لتلاوة أو شكر أو قرأ القرآن في المصحف استحب وإلا فلا ، وبه قطع الشيخ أبو محمد الجويني في أول كتابه الفروق (والخامس) يستحب التجديد ولو لم يفعل بالوضوء الأول شيئا أصلا حكاه إمام الحرمين.
(راجع: المجموع شرح المهذب للإمام محي الدين النووي, كتاب الطهارة, باب السواك)

Maksudnya: Para ulama kami(mazhab Syafi’ie) bersepakat tentang sunatnya memperbaharui wudu’ di mana seseorang itu masih dalam keadaan berwudu’ kemudian berwudu’(mengulangi) tanpa disebabkan hadas. Bilakah ia disunatkan? Terdapat 5 pendapat(dari kalangan ulama Syafi’iyyah) dan yang PALING SAHIH apabila seseorang telah mengerjakan solat dengan wudu’ yang pertama samaada solat fardu atau sunat sepertimana yang dinyatakan oleh al-Baghawi. (Kedua): Jika seseorang telah melaksanakan solat fardu, jika tidak maka tidak perlu mengulangi wudu’. (Ketiga): Disunatkan jika seseorang telah melakukan sesuatu yang bertujuankan wudu’, jika tidak maka ia tidak disunatkan. (Keempat): Jika seseorang telah solat dengan wudu’ pertama atau sujud tilawah atau sujud kesyukuran atau membaca al-Quran melalui mushaf maka disunatkan mengulangi wudu’, jika tidak maka tidak disunatkan, sepertimana yang disebut oleh al-Syasyi di dalam dua karangannya dan al-Mustazhiri telah memilihnya di dalam bab ‘Air Mustakmal’. (Kelima): disunatkan memperbaharui wudu’ meski pun belum melakukan apa-apa (ibadat) dengan wudu’ yang pertama, ini seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Haramain(al-Juwaini).

TIADA KAITAN DENGAN PEMBAZIRAN AIR

Amalan perbaharui tiada kaitan dengan pembaziran air kerana ia sendiri diamalkan oleh Baginda –Sallallahu ‘alaihi wa sallam-, selagimana penggunaan air digunakan secara berjimat cermat dan bijak ia tidak dikira membazir. Malah amalan pembaziran juga boleh dikaitkan dengan pengambilan wudu’ yang pertama dan tidak semestinya wudu’ yang baru.

Betapa ramai yang kita lihat orang yang mengambil wudu’ ramai secara pembaziran yang besar dengan membuka pili air sebesar-besarnya dan membiarkan air keluar mencurah-curah tanpa dimanfaatkan dengan betul. Apatah lagi air yang digunakan itu adalah air wakaf di masjid dan surau yang tidak sepatutnya dibazirkan sesuka hati. Ini jelas bertentangan dengan sunnah Rasulullah –Sallallahu ‘alaihi wa sallam-.

عن أنس رضي الله عنه ، قال : كان النبي صلى الله عليه وسلم يتوضأ بالمد ، ويغتسل بالصاع ، إلى خمسة أمداد. متفق عليه

Maksudnya: Anas bin Malik RA berkata, “Rasulullah -Sallallahu ‘alaihi wa sallam-berwuduk dengan satu Mud dan mandi dengan satu So’ hingga lima Mud”. Sahih al-Bukhari dan Muslim

(Ukuran mud bersamaan 625 gram atau bersamaan 750 ml. Ukuran So’ berukuran lebih kurang 3 kg air)

Lihat! bertapa sedikitnya air yang digunakan oleh Rasulullah -Sallallahu ‘alaihi wa sallam-untuk bersuci. Perhatikan hadith di bawah ini bahawa Baginda SAW sangat menitik beratkan penggunaan air agar tidak digunakan secara melulu dan membazir meskipun air itu digunakan untuk tujuan ibadat.

وعن عبد الله بن عمرو بن العاص رضي الله عنهما ، أن النبي صلى الله عليه وسلم مر بسعد وهو يتوضأ فقال : ما هذا السرف يا سعد قال : أفي الوضوء سرف ؟ ! قال : ” نعم ! وإن كنت على نهر جار ) رواه أحمد ، وابن ماجه .

Maksudnya: Abdullah bin Amr bin al-‘As RA meriwayatkan bahawa suatu hari Rasulullah SAW melintasi Sa’ad bin Abu Waqqas RA yang sedang berwuduk, lalu Rasulullah SAW berkata: Apa pembaziran ini? Lalu Sa’ad membalas, “Adakah dikira membazir untuk wuduk?”. Rasulullah -Sallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda, “Ya, walaupun kamu di sungai yang mengalir”. Hadith riwayat Imam Ahmad dan Ibn Majah.

Wallahu A’lam

Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh, Hadith Nabawi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s