‘Al-Umm’ Karya Asli Imam Syafi’ie

Kitab “al-Umm”(كتاب الأم) karya Imam Muhammad bin Idris al-Syafi’ie -رضي الله عنه- pernah wujud cubaan yang menafikan bahawa karya tersebut bukan karangan Imam Syafi’ie, antaranya usaha Dr. Zaki Mubarak dengan bukunya yang bertajuk “إصلاح أشنع خطأ فِي تاريخ التشريع الإسلامي، كتاب الأم لم يؤلفه الشافعي وإنما ألفه البويطي وتصرف بِه الربيع بن سليمان”. Buku ini mendakwa kitab “al-Umm” bukan hasil karangan Imam Syafi’ie, tetapi ia ditulis oleh anak murid beliau iaitu Imam al-Buwaiti -رحمه الله- dan diolah serta diperhalusi oleh Imam al-Rabi’ al-Muradi -رحمه الله- juga anak murid Imam Syafi’ie.

Namun dakwaan ini telah disangkal oleh beberapa orang ilmuan dan ulama dengan mendatangkan hujah-hujah yang kukuh dan bukti yang kuat sebagai bukti bahawa kitab “al-Umm” adalah karangan yang dihasil oleh Imam Syafi’ie, antaranya:

1) Sheikh Al-Sayyid Ahmad Saqar di dalam kajian ilmiahnya dan tahqiq terhadap kitab “مناقب الشافعي”, karya Imam al-Baihaqi.

2) Sheikh Muhammad Abu Zuhrah dalam karangannya “الشافعي”.
3) Sheikh al-‘Allamah Ahmad Syakir telah mengkritik dakwaan tersebut yang dimuatkan dalam Muqaddimah Tahqiq beliau terhadap kitab “الرسالة”.

4) Sheikh Dr. Khalil Ibrahim Mulla Khatir di dalam muqaddimah tahqiq beliau terhadap kitab “مناقب الشافعي”, karya Imam al-Baihaqi.

والله تعالى أعلم

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s