IMAM SYAFI’IE DAN BAHASA ARAB

Selain dari keunggulan Imam Syafi’ie -رضي الله عنه- dalam bidang Feqh, al-Quran dan hadith. Imam Syafi’ie juga unggul dan hebat dalam bidang ilmu bahasa Arab, ini disebabkan beliau dididik oleh Qabilah Bani Hudzail yang terkenal dengan kefasihan bahasa Arab. Sehinggakan para ulama bersepakat bahawa kata-kata Imam Syafi’ie adalah hujah ke atas displin ilmu-ilmu bahasa Arab.

Di dalam kitab “al-Umm” kita boleh dapati gaya bahasa yang digunakan oleh Imam Syafi’ie tampak bertentangan dengan kaedah nahu yang diamalkan oleh nahu masa kini. Sebagai contoh, penghilangan “أن المصدرية” selepas zarf zaman/makan dan sebelum kata kerja mudari'(الفعل المضارع), seperti:

ولو قال ورثة المرتد من المسلمين قد أسلم قبل يموت كلفوا البينة
(الأم, كتاب الحدرد وصفة النفي, باب المرتد الكبير: مال المرتد)

Dalam kitab ‘al-Umm’ Imam Syafi’ie beberapa kali menghilangkan(حذف) partikel أن المصدرية sebelum kata kerja mudari’ seperti contoh di atas. Penghilangan partikel tersebut dibolehkan menurut ulama nahu dari aliran Kufah berdasarkan wujud beberapa syair Arab klasik yang mengamal gaya bahasa tersebut.

Namun apa yang dikesalkan apabila merujuk kepada “Maktabah Syamilah” sama ada yang dimuat turun atau ‘online’, ayat di atas sudah ditambah partikel “أن المصدرية”, sedangkan ia bukan seperti apa yang ditulis oleh Imam Syafi’ie. Saya dikhabarkan juga, beberapa cetakan terbaru kitab “al-Umm” turut menambah dari bentuk asal ayat Imam Syafi’ie. Sedangkan ia tidak bertepatan dengan manuskrip-manuskrip kitab “al-Umm” yang ada.

Berkemungkinan wujud beberapa naskhah lain yang meletakkan penambahan “أن المصدرية” atau berkemungkinan juga segelintir pentahqiq menyangkakan ia adalah uslub(gaya bahasa) yang salah disebabkan kurang pengetahuan mengenai perbezaan pandangan ulama dalam isu-isu nahu Arab, lalu berlaku penambahan tersebut.

P/S: Penting juga belajar khilaf nahu.

Wallahu A’lam

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s