MENGAPA TIDAK “AL-UMM” (SIRI 2)

Sudah saya jelaskan secara ringkas, “Mengapa karya Imam Syafi’ie ‘al-Umm’ tidak menjadi rujukan utama dalam permasalahan fiqh harian, malah sekadar kajian akademik atau ilmiah? Sehinggakan timbul ucapan sinis dari sesetengah individu yang kurang faham, “Mengaku mazhab Syafi’ie, tapi tak pernah baca kitab al-Umm”.

Ini merujuk kepada faktor kandungan kitab ‘al-Umm’ tidak kesemuanya merupakan pandangan-pandangan yang muktamad di dalam mazhab Syafi‘ie. Ini kerana di dalam kitab tersebut masih mengandungi fatwa-fatwa lama Imam Syafi’ie sepertimana yang dinyatakan oleh Sheikh Abu Zahrah di dalam karangan beliau ‘الشافعي’.

Selain itu, di dalam kitab ‘al-Umm’ mengandungi pendapat-pendapat baru yang sudah ditarik balik oleh Imam Syafi’ie, ada diantaranya Imam Syafi’ie menukar dalam bentuk penulisan dan banyak juga yang beliau hanya memaklumkan kepada anak-anak murid beliau, perkara ini dinyatakan oleh Imam al-Baihaqi di dalam karya beliau ‘مناقب الشافعي’.

Apakah buktinya?

Jika kita merujuk dan membaca kitab ‘al-Umm’ kita akan dapati banyak komentar-komentar Imam al-Rabi’ bin Sulaiman al-Muradi(anak murid Imam) selepas Imam Syafi’ie meninggal dunia. Komentar Imam al-Rabi’ menyebut tentang beberapa fatwa beliau di dalam ‘al-Umm’ telah ditarik balik oleh Imam Syafi’ie.

Ini sebagai bukti yang cukup kuat bahawa fatwa-fatwa di dalam ‘al-Umm’ banyak yang telah ditukar oleh Imam Syafi’ie, namun tidak kesemuanya dicatat oleh Imam al-Rabi’ melalui komentarnya, akan tetapi ia diriwayatkan oleh anak-anak murid beliau yang lain.

Bagaimana proses mazhab Syafi’ie mencapai mazhab yang muktamad seperti yang dilihat pada hari ini? usia mazhab Syafi’ie bukan lah muda remaja, malah usianya melebihi 1000 tahun, jadi pembentukan mazhab ini bukan masa yang singkat malah prosesnya sangat panjang sehinggakan ia merupakan antara mazhab yang paling ‘establish’ di muka bumi. Insya Allah jika diizinkan, proses ini akan saya ringkaskan dan maklumkan pada masa akan datang.

Wallahu A’lam

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh, Membela Islam, Pendapat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s