MENGAPA TIDAK “AL-UMM”

Ramai orang bertanya kepada saya, mengapa kitab “al-Umm” tidak dijadikan sandaran atau rujukan YANG PALING UTAMA di dalam mazhab Syafi’ie berbanding kitab-kitab lain seperti al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, Fath al-‘Aziz, Fath al-Wahhab, Mughni al-Muhtaj, Tuhfah al-Muhtaj dan Nihayah al-Muhtaj?

Jawapan paling ringkas yang boleh saya berikan, ini kerana tidak semua fatwa-fatwa Imam Syafi’ie di dalam al-Umm adalah pendapat yang paling muktamad di dalam mazhab.

Kemudian ditanya lagi, bagaimana boleh jadi begitu bukankah “al-Umm” itu menghimpunkan fatwa-fatwa terbaru(mazhab jadid) Imam Syafi’ie?

Jawapan ringkas: Ya benar dan tepat. Sebelum ini kita hanya dengar wujudnya mazhab lama Imam Syafi’ie(sebelum ke Mesir) dan mazhab baharu(ketika berada di Mesir). Pernah dengar sebelum ini wujudnya perbezaan fatwa ketika beliau di Mesir dalam satu isu? Sebenarnya banyak qaul jadid(pendapat baru) beliau dalam sesuatu isu, ini bermakna Imam Syafi’ie bukan hanya menarik balik fatwa-fatwa lama beliau, malah ketika di Mesir beliau banyak menukar fatwa-fatwanya yang baharu.

Apa perlu diketahui, fatwa-fatwa dan pendapat-pendapat Imam Syafi’ie tidak hanya wujud di dalam Kitab “al-Umm”. Di mana letaknya dan bagaimana boleh terjadi? Jawapannya memerlukan pembentangan kertas kerja dan ‘power point’.

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s