WAKTU TAMAT SOLAT ISYAK

(function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = “//connect.facebook.net/en_US/sdk.js#xfbml=1&version=v2.3”; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs);}(document, ‘script’, ‘facebook-jssdk’));

Dia ni Lebih alim Dari imam mujtahid 4 mazhab..imam 4 mazhab pun xjumpa dalil macam dia jumpa..Rosaklah agama apabila sijahil berlagak alim allahuakbar

Posted by Ustaz Abdul Malek Ladzim on Sunday, May 24, 2015

Ulama berselisih pendapat dalam isu ini, manakala majoriti ulama berpendapat bahawa tamatnya waktu Isyak apabila terbit fajar (rujuk Fathul Bari, Imam Ibn Hajar al-‘Asqallani). Namun sebahagian para ulama, mereka berpendapat bahawa waktu Isyak hanya berlanjutan sehingga pertengahan malam, ia berdasarkan beberapa hadith Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam, antaranya:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ أَخَّرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ الْعِشَاءِ إِلَى نِصْفِ اللَّيْلِ ثُمَّ صَلَّى ثُمَّ قَالَ قَدْ صَلَّى النَّاسُ وَنَامُوا أَمَا إِنَّكُمْ فِي صَلَاةٍ مَا انْتَظَرْتُمُوهَا. رواه البخاري

Maksudnya: Anas bin Malik Radiyallahu ‘anhu berkata, “Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah melewatkan solat Isyak sehingga pertengahan malam, setelah mengerjakan solat lalu Baginda bersabda, “Manusia telah melaksanakan solat(awal waktu) dan tidur, manakala kamu berada di dalam solat selagimana kamu menanti ia(solat untuk didirikan)”.” (Hadith riwayat Imam al-Bukhari)

قول النبي صلى الله عليه وسلم: (فإذا صليتم العشاء فإنه وقت إلى نصف الليل) رواه مسلم.

Maknanya: Sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam, “Jika kamu ingin mengerjakan solat Isyak maka waktunya sehingga pertengahan malam”. (Hadith riwayat Imam Muslim) Manakala hujah bagi majoriti ulama berdasarkan sepotong hadith yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah Radiyallahu ‘anhu:

عن أبي قتادة رضي الله عنه قال, قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لَيْسَ فِي النَّوْمِ تَفْرِيطٌ ، إنَّمَا التَّفْرِيطُ فِي الْيَقَظَةِ أَنْ تُؤَخِّرَ صَلَاةً حَتَّى يَدْخُلَ وَقْتُ أُخْرَى. رواه مسلم وأَبُو دَاوُد واللفظ لأبي داود.

Maksudnya: Abu Qatadah Radiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidak lah kelalaian itu pada tidur, tetapi kelalaian itu ialah saat terjaga sehingga melewatkan solat sehingga masuk waktu solat yang lain.” Hadith riwayat Imam Muslim dan Abu Daud. Menurut Imam Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim:

في الحديث دليل على امتداد وقت كل صلاة من الخمس حتى يدخل وقت الأخرى، وهذا مستمر على عمومه في الصلوات إلا الصبح فإنها لا تمتد إلى الظهر، بل يخرج وقتها بطلوع الشمس.

Maksudnya: Melalui hadith ini terdapat dalil yang menunjukkan bahawa lanjutan waktu setiap solat fardu yang lima sehingga masuknya waktu solat yang lain dan ini berterusan pada umumnya solat-solat kecuali subuh, kerana ia tidak berlanjutan sehingga masuk waktu zohor bahkan tamat waktunya dengan terbitnya matahari. Manakala hadith yang berbunyi, “Jika kamu ingin mengerjakan solat Isyak maka waktunya sehingga pertengahan malam”. (Hadith riwayat Imam Muslim)

Imam Nawawi berkata di dalam Syarah Sahih Muslim mengenai hadith di atas:

معناه: وقت لأدائها اختيارا وأما وقت الجواز فيمتد إلى طلوع الفجر

Maksudnya: Maknanya waktu perlaksanaannya(solat isyak) sebagai pilihan, manakala waktu yang diharuskan berpanjangan sehingga terbit fajar. Menurut komentar Imam Nawawi di atas, ia memberi maksud seseorang muslim boleh memilih bila-bila waktu untuk mengerjakan solat Isyak, samaada awal waktu atau dilewatkan sehingga pertengahan malam iaitu waktu yang paling afdal untuk mendirikan Isyak. Bukan bermakna waktu Isyak tamat sehingga berlalu sebahagian malam. Ini berdasarkan amalan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang suka melewatkan solat isyak sehingga di pertengahan malam, malah Baginda menggalakkan umatnya supaya berbuat demikian, sepertimana di dalam sepotong hadith yang berbunyi:

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ أَنْ يُؤَخِّرُوا الْعِشَاءَ إلَى ثُلُثِ اللَّيْلِ أَوْ نِصْفِهِ .رواه الترميذي وابن ماجه

Maksudnya: Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika aku tidak menyusahkan umat-ku, nescaya aku perintah mereka supaya melewatkan solat Isyak sehingga sepertiga malam atau sebahagiannya.” (Hadith Imam Tirmizi dan Ibn Majah) Antara dalil lain yang dihujahkan oleh majoriti ialah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan al-Tirmizi:

قال النبي صلى الله عليه وسلم: {أمني جبريل عند البيت مرتين فصلى الظهر في المرة الأولى حين كان الفيء مثل الشراك ثم صلى العصر حين كان كل شيء مثل ظليه ، ثم صلى المغرب حين وجبت الشمس وأفطر الصائم ، ثم صلى العشاء حين غاب الشفق ، ثم صلى الفجر حين برق الفجر ، وحرم الطعام على الصائم ، وصلى المرة الثانية الظهر حين كان ظل كل شيء مثله لوقت العصر بالأمس ، ثم صلى العصر حين كان ظل كل شيء مثليه ، ثم صلى المغرب لوقته الأول ، ثم صلى العشاء الآخرة حين ذهب ثلث الليل ، ثم صلى الصبح حين أسفرت الأرض ، ثم التفت إلي جبريل فقال : يا محمد هذا وقت الأنبياء قبلك ، والوقت فيما بين هذين الوقتين } رواه أبو داود والترمذي

Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Jibril telah mengimami aku di Baitullah sebanyak dua kali. Yang pertama beliau melaksanakan solat Zohor bersamaku ketika matahari tergelincir. Bayangan saat itu sepanjang tali selipar. Beliau melaksanakan solat asar bersamaku ketika panjang bayangan sama dengan objeknya. Beliau melaksanakan solat maghrib bersamaku ketika matahari terbenam dan ketika itu berbuka lah orang yang berpuasa.Beliau melaksanakan solat Isyak bersamaku ketika warna merah(di langit) menghilang. Beliau melaksanakan solat subuh bersamaku ketika fajar merekah dan terlarangnya makan atas orang yang berpuasa. Yang kedua, Beliau melaksanakan solat zohor bersamaku ketika panjang bayangan sama dengan objeknya seperti solat asar semalam. Beliau melaksanakan solat asar ketika panjang bayangan dua kali lipat dari objeknya. Beliau melaksanakan solat seperti waktu pertama. Kemudian beliau melaksanakan SOLAT ISYAK yang akhir sehingga melepasi SEPERTIGA MALAM. Lalu mengerjakan solat Subuh ketika munculnya warna kekuningan di ufuk timur. Kemudian jibril menoleh kepadaku lalu berkata: wahai Muhammad, Inilah waktu solat para Nabi sebelum kamu. Waktu solatmu di antara kedua waktu itu,” (Hadith riwayat Imam al-Tirmizi)

Berdasarkan hadith sahih di atas, Jibril mengerjakan solat Isyak pada sepertiga malam merupakan antara waktu yang paling afdal untuk mengerjakan solat Isyak. ADAKAH BENAR PARA IMAM MUJTAHID TIDAK BERTEMU DENGAN HADITH WAKTU ISYAK SEHINGGA PERTENGAHAN MALAM? Untuk menjawab persoalan ini, saya mengambil contoh salah seorang daripada pengasas mazhab 4, iaitu Imam Syafi’ie Radiyallahu ‘anhu. Menurut Imam al-Syirazi Rahimahullah di dalam karangannya al-Muhazzab:

وقال في القديم والإملاء : إلى نصف الليل لما روى عبد الله بن عمرو رضي الله عنهما أن النبي صلى الله عليه وسلم قال : {وقت العشاء ما بينك وبين نصف الليل} ثم يذهب وقت الاختيار ويبقى وقت الجواز إلى طلوع الفجر الثاني.

Maksudnya: Beliau(Imam Syafi’ie) berkata di dalam al-Qadim dan (kitab) al-Imla’: (Waktu Isyak) sehingga pertengahan malam berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar Radiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, “Waktu Isyak itu apa yang di antara kamu dengan pertengahan malam”. Kemudian hilanglah waktu pilihan dan waktu yang harus(untuk Isyak) kekal sehingga terbitnya fajar yang kedua. Menurut Imam Syirazi di atas, Imam Syafi’ie berpendapat bahawa waktu Isyak sebagai pilihan(waktu afdal) sehingga pertengahan malam berdasarkan hadith di atas. Jika Imam Syafi’ie menemui hadith di atas, maka kita yakin juga bahawa para imam salaf juga amat tahu tentang kewujudan hadith tersebut. Cuma pendapat mereka berbeza dalam pentafsiran nas-nas yang dikutip dari al-Quran dan Sunnah Baginda Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Ternyata para imam mujtahid yang menyokong waktu Isyak berlanjutan hingga waktu Isyak mempunyai hujah berdasarkan hadith sahih yang lain. Ini bukan bermakna pendapat kedua tertolak atau lemah. Tetapi ia membuka mata kita bahawa dalil-dalil dari hadith nabawi yang bersifat ‘Dzonniyyah al-Dalalah’ terdedah dengan pelbagai pentafsiran(احتمالات).

KESIMPULAN:

Isu ‘bilakah tamat waktu Isyak’ adalah permasalahan yang diperselisihkan oleh para ulama mazhab, justeru itu ia adalah khilaf yang muktabar. Setiap kelompok memiliki kekuatan hujah tersendiri. Maka tidak adil jika kita mendakwa satu pihak tidak memiliki apa-apa dalil pun hanya sebab kecenderungan kita pada sesuatu pendapat.

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s