HUKUM IKTIKAF DI SURAU YANG TIDAK DIDIRIKAN SOLAT JUMAAT

Iktikaf 10 malam terakhir SAH dilaksanakan di surau-surau yang tidak didirikan solat Jumaat, maka tidak benar kenyataan yang menyatakan bahawa iktikaf hanya sah di masjid atau surau yang didirikan solat Jumaat. Menurut mazhab Syafi’ie, melaksanakan iktikaf di masjid yang didirikan solat Jumaat adalah melibatkan afdaliyyah(lebih afdal atau utama) sahaja.

Menurut al-Imam al-Syafi’ie Radiyallahu ‘Anhu:


الاعتكاف في المسجد الجامع أحب إلينا، وإن اعتكف في غيره فمن الجمعة إلى الجمعة


Maksudnya: “Iktikaf di masjid jami'(yang didirikan solat jumaat) lebih kami suka dan jika seseorang itu beriktikaf selain darinya(masjid jami’) maka (hendaklah dia keluar) dari Jumaat ke Jumaat (untuk menunaikan solat jumaat di masjid jamik)” (al-Umm, Kitab al-I’tikaf)

Imam al-Mawardi Rahimahullah menjelaskan lagi fatwa Imam al-Syafi’ie di atas di dalam karangannya al-Hawi al-Kabir:


أما الجوامع فالاعتكاف فيها أولى من المساجد لكثرة جماعتها ودوام الصلاة فيها


Maksudnya: “Manakala masjid-masjid jamik maka iktikaf di dalamnya adalah lebih afdal daripada masjid-masjid(yang tidak didirikan solat jumaat) disebabkan Jemaahnya lebih ramai dan kesinambungan solat yang didirikan di dalamnya.” (al-Hawi al-Kabir, Kitab al-I’tikaf)

Menurut Sheikh Ibn Hajar al-Haitami Rahimahullah di dalam karyanya al-Minhaj al-Qawim:

المسجد الجامع أولى للاعتكاف من مسجد غير جامع للخروج من خلاف من أوجبه ولكثرة جماعته وللاستغناء عن الخروج للجمعة

Maksudnya: “Masjid Jami’ adalah lebih utama(afdal) untuk tujuan iktikaf berbanding masjid yang bukan jami’(tidak didirikan solat jumaat) supaya keluar dari khilaf sesiapa yang mewajibkannya(nazar), kerana ia(masjid jami’) ramai jemaahnya dan tanpa perlu keluar untuk menunaikan solat jumaat.” (al-Minhaj al-Qawim Syarh al-Muqaddimah al-Hadramiyyah, Bab al-I’tikaf)

Perkara ini juga ada disebut di dalam kitab-kitab fiqh Melayu lama antaranya kitab “Sabil al-Muhtadin” karangan Kiai al-Allamah al-Sheikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari menyatakan:

Iktikaf di dalam masjid jami’ terlebih utama daripada masjid yang bukan jami’ kerana banyak jemaah dalamnya pada ghalib(kebiasaaan) dan lagi supaya tiada berkehendak kepada keluar daripadanya kerana sembahyang Jumaat supaya keluar daripada khilaf orang yang mewajibkan iktikaf di dalam masjid jami‘”. (Sabil al-Muhtadin Li Tafaqquh fi Amr al-Din, bab puasa dan iktikaf)

Oleh itu Ahli-ahli jawatankuasa mana-mana surau (yang tiada solat Jumaat) boleh menganjurkan kempen menghidupkan 10 malam terakhir di surau masing-masing, asalkan surau itu diwakafkan untuk didirikan solat 5 waktu dan terbuka untuk semua umat Islam bukan untuk golongan tertentu sahaja.

Pendekatan ini lebih memudahkan dan menggalakkan orang ramai untuk menghidupkan 10 malam terakhir di rumah-rumah Allah yang berdekatan dengan rumah kediaman. Tidak semua mampu untuk bertandang ke masjid jami’ terutama yang jauh kedudukannya dari tempat kediaman sesetengah individu, tambahan pula yang bekerja di siang hari.

Manakala musolla atau tempat solat yang di rumah-rumah individu atau di pusat membeli belah tidak boleh dijadikan tempat iktikaf, kerana ia dikira sebagai milik peribadi atau syarikat pusat membeli belah atau individu tertentu bukannya diwakafkan untuk kaum muslimin dan muslimat.

Apa pun menurut mazhab Imam Syafi’ie ialah lebih afdal iktikaf dilakukan di masjib jami’ iaitu masjid atau surau yang didirikan solat Jumaat.

Wallahu A’lam

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s