“NAJIS MUKHAFFAH: BEZA LELAKI DAN PEREMPUAN”

Najis mukhaffafah merupakan salah satu pembahagian najis di dalam ilmu fiqh selain dari mughallazah dan mutawassitah. Pembahagian ini berasaskan cara pembersihan atau penyucian minumum yang berbeza.

Najis Mukhaffafah ialah najis ringan seperti air kencing kanak-kanak lelaki yang belum sampai umurnya dua tahun dan belum makan makanan secara mengenyangkan melainkan susu ibunya sahaja. Mana-mana pakaian yang terkena najis mukhaffafah memadai dengan merenjis air ke atas pakaian-pakaian yang terkena najis itu.

Manakala air kencing kanak-kanak perempuan di bawah 2 tahun yang belum makan apa-apa yang mengenyangkan selain susu ibu, hukumnya sama seperti najis mutawassitah. Jika mana-mana tempat atau pakaian yang terkena najis sebegini maka basuhan minimum tidak cukup dengan renjisan malah perlu dengan basuhan.

MENGAPA ada PERBEZAAN antara KEDUA-DUANYA iaitu kanak-kanak lelaki dan perempuan DARI sudut HUKUM dan PROSES PENYUCIAN?

Jawapan pertama, ia termaktub di dalam hadith Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam di mana Baginda memerintahkan agar direnjis air kencing kanak-kanak lelaki dan dibasuh air kencing kanak-kanak perempuan.

Jawapan kedua berdasarkan ijtihad sebahagian para ulama dalam merungkai hikmah di sebalik hukum ini, antaranya pandangan al-Imam al-Syafi’ie Radiyallahu ‘anhu:

ﻗﺎﻝ ﺃﺑﻮ اﻟﻴﻤﺎﻥ اﻟﻤﺼﺮﻱ: ﺳﺄﻟﺖ اﻟﺸﺎﻓﻌﻲ، ﻋﻦ ﺣﺪﻳﺚ اﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ اﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ «ﻳﺮﺵ ﻣﻦ ﺑﻮﻝ اﻟﻐﻼﻡ، ﻭﻳﻐﺴﻞ ﻣﻦ ﺑﻮﻝ اﻟﺠﺎﺭﻳﺔ، ﻭاﻟﻤﺎءاﻥ ﺟﻤﻴﻌﺎ ﻭاﺣﺪ» ﻗﺎﻝ: ﻷﻥ ﺑﻮﻝ اﻟﻐﻼﻡ ﻣﻦ اﻟﻤﺎء ﻭاﻟﻄﻴﻦ، ﻭﺑﻮﻝ اﻟﺠﺎﺭﻳﺔ ﻣﻦ اﻟﻠﺤﻢ ﻭاﻟﺪﻡ، ﺛﻢ ﻗﺎﻝ ﻟﻲ: «ﻓﻬﻤﺖ؟» ﺃﻭ ﻗﺎﻝ: «ﻟﻘﻨﺖ؟» ﻗﺎﻝ، ﻗﻠﺖ: ﻻ. ﻗﺎﻝ: ” ﺇﻥ اﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻰ، ﻟﻤﺎ ﺧﻠﻖ ﺁﺩﻡ، ﺧﻠﻘﺖ ﺣﻮاء ﻣﻦ ﺿﻠﻌﻪ اﻟﻘﺼﻴﺮ، ﻓﺼﺎﺭ ﺑﻮﻝ اﻟﻐﻼﻡ ﻣﻦ اﻟﻤﺎء ﻭاﻟﻄﻴﻦ، ﻭﺻﺎﺭ ﺑﻮﻝ اﻟﺠﺎﺭﻳﺔ ﻣﻦ اﻟﻠﺤﻢ ﻭاﻟﺪﻡ. ـرواه ابن ماجه في سننه, كتاب الطهارة وسننها, باب ما جاء في بول الصبي الذي لم يطعمـ


Maksudnya: Abu al-Yaman al-Misri berkata, ‘Aku bertanya kepada al-Syafi’ie -radiyallahu ‘anhu- tentang hadith Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang berbunyi,”Air kencing kanak-kanak lelaki direnjis dan air kencing kanak-kanak perempuan dibasuh” sedangkan kedua-dua air kencing itu satu(sama)’. Lalu beliau menjawab, ‘Ini kerana air kencing kanak-kanak lelaki (berasal) dari air dan tanah, manakala air kencing kanak-kanak perempuan (berasal) dari daging dan darah’.

Kemudian al-Syafi’ie bertanya kepadaku, ‘adakah kamu faham?’, aku menjawab, ‘tidak’. Beliau berkata, ‘Sesungguhnya, setelah Allah Ta’ala mencipta Adam -‘alaihis salam-, lalu dicipta Hawa -‘alaihissalam- dari tulang rusuknya yang pendek, maka air kencing kanak-kanak lelaki (berasal) dari air dan tanah, manakala air kencing kanak-kanak perempuan (berasal) dari daging dan darah’. (Riwayat Imam Ibn Majah)

_____________________

Kesimpulannya, berdasarkan ijtihad Imam Syafi’ie ini air kencing kanak-kanak lelaki tidak dikira najis mutawassitah kerana ia berasal dari air dan tanah yang mana kedua-duanya pada asalnya bukan najis. Manakala air kencing kanak-kanak perempuan berasal dari daging dan darah yang mana darah pada asal hukumnya adalah najis (Rujuk Hasyiah al-Sindi ‘ala Sunan Ibn Majah).

Oleh sebab itu air kencing kanak-kanak lelaki lebih ringan hukum dan proses penyuciannya berbanding air kencing kanak-kanak perempuan.

Wallahu A’lam

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s