HAID, NIFAS DAN ISTIHADAH

Koleksi soalan:

Saya kadangkala menghadapi darah haid yang berulang iaitu saya mengalami darah haid selama 7 hari. Setelah darah berhenti beberapa hari, darah keluar semula. Saya masih keliru di mana kawan saya menyatakan darah kali kedua itu bukan darah haid tetapi Istihadah, jadi saya diwajibkan berpuasa walaupun darah keluar.

Soalan saya, bagaimana nak membezakan antara haid dan istihadah? Bagaimana kedudukan saya yang bakal menghadapi bulan Ramadan tak lama lagi, adakah saya perlu berpuasa ketika darah keluar pada kali kedua?

Jawapan:

Untuk menjawab persoalan ini, perlu dilihat tempoh haid yang dibahaskan menurut ulama feqh. Menurut mazhab syafi’ie, tempoh haid terbahagi kepada 3, iaitu tempoh minimum, maksimum dan normal.

1. Tempoh minimum haid ialah darah yang keluar berterusan selama sehari semalam, iaitu sekurang-kurangnya 24 jam.

2. Tempoh maksimum ialah darah yang keluar berterusan selama 15 hari.

3. Tempoh normal iaitu dalam jangkamasa enam atau tujuh hari.

Jadi pembahagian di atas adalah kitaran yang dikira hukumnya sebagai darah haid yang mana dilarang melakukan ibadat yang diharamkan ketika haid seperti solat dan puasa.

Manakala tempoh suci dari haid yang minimum ialah 15 hari dan tempoh suci yang maksimum tiada tempoh yang ditetapkan, di mana ada sebahagian wanita suci dari haid pada tempoh berbulan lamanya.

Selain dari pembahagian tempoh di atas ia tidak dikira sebagai darah haid, malah sebagai darah istihadah. Berikut penjelasan yang lebih terperinci:

1. Jika darah keluar kurang dari 24 jam maka tidak dikira sebagai haid, ia adalah istihadah.

2. Jika darah keluar lebih dari 15 hari, maka darah yang keluar pada hari yang ke 16 ke atas dikira sebagai darah istihadah.

3. Selepas darah terhenti kemudian darah keluar semula kurang dari tempoh suci yang minimum(15 hari) maka darah tersebut dikira sebagai darah istihadah.

Melainkan sekiranya wanita itu telah suci dari darah haid selama 15 hari atau lebih kemudian keluar darah, maka darah itu dikira sebagai darah haid yang baru.

Selain itu, cara lain untuk membezakan antara haid dan istihadah adalah melalui warnanya, tetapi cara ini agak sukar kerana tidak ramai yang mempunyai kebolehan atau kemampuan untuk membezakan antara kedua-duanya disebabkan kedua-duanya mempunyai warna yang seakan-akan sama.

Menjawab persoalan dan permasalahan saudari di atas, saya bahagikan kepada beberapa fakta:

1. Jika haid saudari berhenti pada tempoh normal(6 atau 7 hari), kemudian keluar semula dalam tempoh haid yang maksimum(15 hari), contohnya darah keluar semula pada hari ke 11 maka darah itu dikira sebagai darah haid.

2. Jika darah keluar semula melepasi tempoh haid yang maksimum, contohnya darah keluar semula pada hari ke 16 atau 17 maka darah itu dikira sebagai darah istihadah.

3. Jika saudari mengalami pendarahan haid dalam tempoh yang normal(6 atau 7 hari), kemudian saudari suci dari haid selama 15 hari(tempoh minimum suci) atau lebih, lalu selepas itu darah keluar maka darah itu dikira sebagai darah haid yang baru.

4. Jika saudari mengalami pendarahan haid dalam tempoh yang normal(6 atau 7 hari), kemudian saudari suci dari haid kurang dari 15 hari(tempoh minimum suci), lalu selepas itu darah keluar tetapi selepas tempoh maksimum haid maka darah itu dikira sebagai darah istihadah. Ini kerana saudari tidak mengalami tempoh suci sekurang-kurangnya 15 hari.

Terlanjur perbahasan haid telah dibincangakan, maka elok juga permasalahan NIFAS turut dikongsikan di sini:

1. Kadar minimum bagi nifas ialah satu percikan(majjah) darah yang keluar selepas bersalin.

2. Tempoh normal bagi darah nifas ialah 40 hari.

3. Manakala tempoh maksimum untuk darah nifas ialah 60 hari.

Berikut adalah beberapa permasalahan yang berkaitan dengan darah nifas:

1. Jika darah nifas terputus kurang dari 60 hari kemudian timbul semula dalam tempoh tersebut maka ia masih dikira darah nifas. Contohnya darah terhenti pada hari ke 45, kemudian timbul semula pada hari ke 55, maka darah yang keluar dari hari ke 55 masih dikira sebagai nifas. Namun jika masih berterusan lebih dari 60 hari ia dikira istihadah.

2. Jika seseorang wanita terputus darah nifas dalam tempoh maksimum, namun kurang daripada 15 hari maka ia masih dikira sebagai darah nifas. Contohnya darah nifas Siti terhenti pada hari ke 20 kemudian datang semula pada hari kemudian iaitu hari ke 31, maka ia masih dikira sebagai darah nifas.

3. Berlainan pula jika seorang wanita terputus darah nifas selama 15 hari atau lebih, maka darah yang datang untuk kali kedua itu dikira sebagai darah haid kerana dia telah melalui tempoh penyucian haid yang minimum iaitu 15 hari. Contohnya apabila Siti terputus darah nifas pada hari ke 20, kemudian darah muncul kembali selepas 15 hari iaitu hari ke 36, maka darah ini dikira sebagai darah haid bukan lagi darah nifas.

4. Jika wanita yang mengalami pendarah lebih dari 60 hari maka darah itu dikira sebagai darah istihadah bukan darah nifas lagi,

5. Namun setelah 60 hari darah masih keluar, jika terputus darah walaupun sehari maka darah yang kedua itu sudah dikira sebagai darah haid kerana ia sebagai pemisah antara darah istihadah dan darah haid yang baru.

6. Jika seorang wanita setelah melahirkan anak namun tidak kelihatan darah nifas yang keluar walaupun setitik. Kemudian setelah beberapa hari darah pun keluar. Dalam keadaan melihat kepada dua situasi:

i) Jika darah keluar dalam tempoh 15 hari maka darah itu dikira sebagai darah nifas. Contohnya jika Siti selepas melahirkan anak tanpa ada keluar darah, atau melahirkan anak melalui pembedahan, kemudian darah muncul pada hari ke 7 selepas bersalin, maka darah ini masih diketogarikan sebagai darah nifas.

ii) Situasi kedua pula, Jika selepas bersalin secara normal atau pembedahan dan darah tidak timbul atau keluar, namun darah mula keluar selepas 15 hari, maka darah ini diketogarikan sebagai darah haid bukan darah nifas. Sebagai contoh: Siti tidak melihat darah keluar walau sedikit pun selepas bersalin(normal atau bedah), namun darah mula keluar pada hari ke 16 selepas melahirkan anak, maka darah ini diketogarikan sebagai darah haid bukan darah nifas.

Mengapa perlu dan pentingnya membezakan antara darah haid dan nifas sedangkan kedua-dua adalah diharamkan melakukan ibadah tertentu terutama solat dan puasa?

Meskipun larangan dan pantang larang dalam ibadah bagi kedua-duanya sama, namun kiraan antara kedua-duanya adalah berbeza, maka pentingnya mengetahui status darah yang keluar bagi seseorang wanita agar dapat melakukan kiraan yang tepat bagi membolehkan dia membezakan waktu suci dan tidak suci yang sebenar.

Kesimpulannya, jika pendarahan saudari berlegar di dalam kitaran haid maka saudari dilarang melakukan ibadat yang diharamkan dalam tempoh itu begitu juga dengan nifas. Namun jika ianya istihadah maka saudari perlu melakukan ibadah sepertimana saudari berada di dalam keadaan suci, bahkan wanita yang dalam istihadah boleh dicampuri oleh suaminya. Tetapi untuk solat, saudari wajib berwuduk untuk setiap waktu solat fardu.

Wallahu A’lam.

Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

Rujukan:
i) Tuhfatul Muhtaj fi Syarh al-Minhaj Wa Hawasyi al-Syarawani wa Ibn Qasim al-‘Abbadi. (Imam Ibn Hajar al-Haitami)

ii) Al-Ibanah wa al-Ifadah fi Ahkam al-Haid wa al-Nifas wa al-Istihadah ‘ala Mazhab al-Imam al-Syafi’ie. (Sheikh Dr. al-Sayyid Abdul Rahman al-Saggaf)

iii) Al-Durrah al-Yatimah Syarh al-Subhah al-Thameenah Nazm al-Safinah. (al-‘Allamah Sheikh Muhammad bin Ali bin Muhammad Ba ‘Atiyyah)

iv) Fath al-‘Allam bi Syarh Mursyid al-Anam fi al-Fiqh ‘ala Mazhab al-Sadah al-Syafi’iyyah. (Al-‘Allamah al-Sayyid Muhammad bin Abdullah al-Jurdani)

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

44 Responses to HAID, NIFAS DAN ISTIHADAH

  1. hajar says:

    sangat mudah difahami. shukran

  2. Effida says:

    Salam ustad sy ada sedikit kekeliruan,saya baru.melahirkan anak yg ke 3 dan darah saya keluar secara putus – putus (kejab ada kejab x ada) situasinya saya keluar darah nifas sampai hr ke 45 dan berhenti selama 3 hari dan ada darah kembali pada hari ke 49 hingga hari ke 54 dan berhenti selama 3 hari ,hari ke 57 ada darah lg sehingga hari ke 65.

    Persoalan saya adakah darah selepas hari ke 60 mengikut situasi yg saya alami adalah merupakan darah istihadah yg mana sy perlu solat seperti biasa ataupun boleh dikelaskan sebagai darah haid.

    • aburuqayya says:

      Ya benar, darah yang keluar selepas 60 hari ialah darah istihadah bukan lagi darah nifas. Oleh wajib mandi junud, mendirikan solat, berpuasa di bulan ramadan dan boleh digauli oleh suami.

    • aburuqayya says:

      Dalam situasi puan, selagimana masih dalam tempoh 60 hari maka ia masih dikira sebagai darah nifas, walaupun ia berhenti berulang-ulang kali dalam tempoh tersebut. Melainkan darah itu berhenti dalam tempoh 15 hari atau lebih maka darah yang baru itu dikira sebagai darah haid kerana melepasi tempoh bersuci yang minimum iaitu 15 hari. Manakala darah yang keluar setelah hari ke 60, maka ia dikira sebagai darah istihadah. Wallahu A’lam.

  3. SilentWriter says:

    Assalam ustaz. Saya ada sedikit kekeliruan . Saya kedatangan haid selama 15. pada hari ke 16. Saya solat seperti biasa sehingga hari ke 22 .Pada hari ke 23 ada darah kembali. Persoalan saya disini. Darah yang keluar dikira darah haid ataupon darah istihadhah? Syukran ~

    • aburuqayya says:

      Darah yang keluar pada hari ke 23 sehingga hari ke 30 dikira sebagai darah istihadah bukan haid. Jika darah itu masih keluar pada hari ke 31 maka darah itu dikira sebagai darah haid yang baru, kerana ia telah melepasi tempoh bersuci minimum iaitu selama 15 hari. Wallahu A’lam.

    • aburuqayya says:

      Ia dikira sebagai darah istihadah, kerana darah keluar kembali kurang dari tempoh 15 hari iaitu tempoh minimum bersuci.

  4. siti roslina says:

    assalamualaikum,
    saya mohon pencerahan tentang kitaran haid`iaitu dari satu tempoh haid ke satu tempoh haid bulan kedua.
    jika selepas 15 hari haid di kira darah istihadah dan darah ini berterusan sehingga masuk bulan ke dua.Bagai mana kita nak tahu adakah itu masih darah istihadah lagi ataupun kitaran haid yang baru ?

  5. puan sue says:

    Assalamu’alaikum ustaz,

    Alhamdulillah sya sgt jelas dgn prkongsian istihadah ini, namun masih ada prsoalan brkaitan solat, brsuci, wuduk bagi wanita yg mengalami situasi ini, iaitu…

    1) Bolehkan satu wuduk dikumpulkan utk waktu2 solat yg berikutnya,

    2) Adakah wajib sya bersihkan diri/mandi dan menukar pad setiap kali berwuduk untuk melaksanakan solat-solat wajib, solat sunat, baca Al-Quran, berpuasa dan prkara2 brkaitan dgn ibadat,

    3) Manakala utk situasi ini, iaitu saya dah brsuci, tukar pad dan berwuduk utk solat maghrib, kemudian selepas solat maghrib saya terus smbung membaca Al-Quran sehingga masuk waktu isyak — saya ambil wuduk utk isyak pula dan meneruskan solat isyak tanpa menukar pad yg baru ditukar tadi — adakah sah solat isyak saya?

    Mohon pncerahan dr ustaz agar sya dpt merungkai kekeliruan ini.

    t.kasih
    puan sue

  6. nurul says:

    assalamualaikum. mohon pencerahan.. sekiranya hari ke16 masih ada ciri2 darah haid.. bau dgn warna yang sama.. adakah dikira darah haid atau istihadah??

  7. Munirah says:

    Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Saya telah suci dan dalam tempoh kurang 15 hari suci, sedikit darah telah terkeluar. Adakah ini darah istihadah?Dan sekiranya ia berterusan hingga tempoh lebih daripada 15 hari suci (hari ke 16) adakah ia dikira darah haid?

  8. khairul says:

    Assalamualaikum ustaz,
    Saya telah melepasi nifas 60 hari. Bermula 61 hari saya telah solat. Darah nifas yg keluar dlm tempoh 56-64 hari berwarna kekuningan. Kemudian hari ke65 keluar sedikit darah merah muda pada waktu pagi dan kemudian tiada lagi keluar darah merah. Adakah ia masih dikira darah istihadah? Saya perlu maklumbalas segera supaya saya dapat menyelesaikan kekeliruan samada perlu solat atau tidak. Terima kasih.

    • aburuqayya says:

      Menurut zahir keadaan, darah yang keluar selepas hari ke 60 adalah dikira sebagai darah istihadah, yang mana puan wajib mengerjakan solat. Wallahu A’lam.

  9. Mushirah says:

    Assalamualaikum ustaz, saya mengalami nifas selama 59 hari.pada hari ke 73, sedikit darah keluar semula.adakah ianya haid atau istihadhah?..

  10. norhazila says:

    assalam ustaz..sy ingin bertanya..saya telah mengambil suntikan hormon perancang keluarga selepas sebulan melahirkan.suntikan hormon selalunya menyebabkan haid tidak teratur..darah berterusan keluar sehingga lebih 60 hari..adakah saya boleh bersolat selepas 60 hari bersalin kerana haid tidak menentu akibat pengambilan suntikan ini..

  11. Ummi_iman_busyro says:

    Salam ustaz..darah nifas saya sering on off..tp pd hari ke 59 darah keluar shgga hari yg ke 61..maka saya solat seperti biasa pd hari 61..tp selepas hmpir 2 minggu terdapat sedikit darah yang keluar..adakah ianya dikira darah haid@istihadah?

  12. afifah says:

    Salam…sy ingin brtnye…darah nifas saya kering sblum ckup 30 hari..pda 30 hri sy tlah mngambil suntikan perancang kluarga…pda hri ke 39…ad sdikit darah dan brterusan slma 2 minggu…adakah dkira haid @ msih nifas? . Jika darah masih lg brterusan kluar lbih 60 hari.. sy blh solat n puasa @ tidak?

    • aburuqayya says:

      Ya dikira masih darah nifas selagi ia keluar masih dalam tempoh 60 hari, jika lebih dari 60 hari ia dinamakan sebagai darah isithadah, maka wajib solat dan puasa.

  13. Embok says:

    Assalamualaikum.. ustaz saya ada kemusykilan. Sekarang saya dlm pntang. Saya beranak mlalui pmbedahan. Darah nifas saya tidak keluar dgn lancar. Dlm masa 3 minggu rasanya darah nifas saya dah terhenti. Namun saya mengambil kira tempoh nifas 40 hari agar tidak was2 utk bersuci. Namun slps seminggu lbh darah keluar lagi. Berhenti semula slps 4 hari. Namun pada hari ke 39 saya berurut dan diatur semula bhgn peranakan dgn cara urutan tradisional. Keesokan harinya, hari ke 40 saya ingin bersuci.. namun darah keluar semula. Saya keliru sekarang.. apa patut saya lakukan ? Bersuci atau tunggu sehingga darah tersebut berhenti dan kering. Apakah jenis darah tersebut, nifas..haid ..atau isithadah? Saya byk merujuk persoalan rakan2 lain..tapi tidak sama dgn situasi saya. Bantu saya ustaz. Terima kasih banyak..

    • aburuqayya says:

      Seperti yg sedia maklum tempoh haid maksimum ialah 60 hari dari tarikh bersalin, jika lebih dari 60 hari baru lah dikira sebagai darah sakit atau istihadah. Tidak kira darah puan berhenti beberapa kali pun selagi mana ia masih dalam tempoh 60 ia masih dikira sebagai nifas, maka haram utk solat dan puasa. Wallahu A’lam

  14. hazrin hasmira says:

    salam ustaz..sy ade keraguan disini..

    sy melahirkan anak pada 5/3/16
    darah nifas saya kluar sedikit2 shj tp berpanjangan
    selepas itu berhenti lbih kurg seminggu.kemudian
    pada 10/5/16 darah keluar lg dan sy rasa itu darah haid kerana darahnya sgt bnyk tdk spt darah nifas dan tdk spt drh haid sy sblum ini..dan ia berpanjangan smpai ke hari ini 30/5/16..

    spt yg ustaz terangkan diatas lebih dr 15 hri hari ke16 dikira isthihadah…klau mcm tu sy dh kira boleh solat dan berpuasa kan ustaz..
    masalah sy hadapi skrg adelah sy telah pun lupa utk mandi hadas nifas slepas sy bersalin hri tu kerana darah sy berhenti smnggu kmudian disusuli terus dgn haid…
    mcm mna sy nk sucikan diri dr hadas nifas dan hadas haid..
    bolehkan saya mandi hadas nifas dan haid serentak tapi niat berlainan..ke mcm mna ustaz..tolong sy ustaz..x lama lg nak puasa..saya xnk tinggal puasa..

  15. Izzati Ismail says:

    Saya ingin bertanya ,saya datang haid pada 12/5 malam dan habis 18/5 pagi.kemudia saya suci drpd haid smpai 1/6 tiba2 saya datang haid pada 1/6 petang.jadi saya ingin bertanya sama ada ini darah haid atau darah isthihadah.sekian terima kasih.harap dapat bls secepatanya

  16. Tini says:

    Assalamualaikum.Sy nk tanya.Contahnya sy mamnu’ pada 1/5 dan habis pada 9/5.Bilakah sy patut kira tempoh suci?Adakah selepas 15/5 atau selepas habis mamnu’ terus kira tempoh suci.Mohon pencerahan.Terima kasih.

    • aburuqayya says:

      Tamat haid anda dikira berhentinya darah. Maka 9/5 ke atas anda sudah dikira suci. Kecuali jika darah yg keluar kurang dari tempoh kebiasaan contoh kurang dari 6 atau 7 hari, maka anda mesti menunggu sehingga lengkap tempoh normal. Jika dalam tempoh menunggu itu tiada darah keluar maka anda wajib mengqadha solat yg dalam tempoh tersebut. والله أعلم

  17. Nuha says:

    Salam nak bertanya, darah keluar hanya la secalit bersama-sama keputihan, saya anggap itu istihadoh, selang 3 hari baru darah keluar 24jam tapi hanya sedikit2. Adakah ini dikira haid?

    Berkira-kira perlu meneruskan puasa atau batal kan sahaja puasa yg saya kerja kan ni

  18. unknown says:

    saya datang haid pada 2/6 dan berhenti pada 8/6 pastu darh haid saya dtg semula pada 22/6 .adakah itu darah haid atau darah istihadah

  19. Umairah says:

    Assalamualaikum.. sy nak tanya. Saya keluar darah haid sudah 11 hari dan berterusan. Saya tak dapat nk bezakan warna darah sbb warna tidak menentu. Adakah saya perlu tunggu sehingga hari ke 15 baru boleh solat.. saya mohon penjelasan

  20. Umairah says:

    Assalamualaikum.. sy nak tanya. Saya keluar darah haid sudah 11 hari dan berterusan. Saya tak dapat nk bezakan warna darah sbb warna tidak menentu. Adakah saya perlu tunggu sehingga hari ke 15 baru boleh solat.. saya mohon penjelasan. Terima kasih

  21. Umairah says:

    Assalamualaikum.. sy nak tanya. Saya keluar darah haid sudah 11 hari dan berterusan. Saya tak dapat nk bezakan warna darah sbb warna tidak menentu. Adakah saya perlu tunggu sehingga hari ke 15 baru boleh solat.. saya mohon penjelasan.

  22. keliru says:

    assalam saya keliru untuk mengira tempoh suci,saya datang haid pada awal ramadan iaitu 8/6 hingga 16/6 (9 hari),kemudian saya suci daripada haid 9/6 hingga 24/6 ,pada 25/6,terdapat coklat kemerahan,adakah ia darah isthihadah atau sambungan haid dalam tmpoh 15 hari ?adakah puasa saya sah ?mohon perjelasan

  23. Pingback: KELIRU TEMPOH HAID | Melayu Sejati, Islam di Hati

  24. Hamba Allah says:

    As salam Ustaz,

    Saya telah tamat tempoh nifas selama 60 hari dan telah mula berpuasa dan menjalani ibadah yang lain bermula hari ke 61 pada 23/6/2016 sehingga ke hari ini. Dalam tempoh selepas 60 hari, ada tompokan berwarna coklat yang keluar sedikit sahaja yang mana saya ambil kira sebagai istihadah dan teruskan dengan ibadah seperti biasa. Tapi kemudian (selang kurang dari sehari atau lebih, saya tak pasti) keluar pula darah merah terang yang kuantitinya tidak berapa banyak. Saya buntu samada perlu teruskan ibadah seperti biasa atau berhenti dan berasa sangat rugi memandangkan sudah lebih separuh Ramadan saya tidak dapat solat dan berpuasa.

    Adakah darah yang keluar semula ini masih dikira sebagai istihadah ataupun bermulanya kitaran haid memandangkan ada tompokan coklat yang keluar selepas 60 hari? Mohon pencerahan Ustaz.

  25. Jenah says:

    Assalamualaikum ustaz,
    Saya ingin pendapat ustaz, sy mengalami haid yg x teratur setiap bulan, pada bulan 3 sy tidak dtg haid, pada bulan 4 hanya 6 hari tp yg bewarna hitam coklat yg sedikit sahaja kejap kluar kejap tidak, pada bulan 5 hingga 6 ini keluar selama 15 hari namun darah berterusan sehingga hari ke 36 yang saya anggap istihadhah.. Namun setiap darah yang keluar berperingkat, awal haid pd 26/5 dimana yg kluar berwarna coklat hitam yg sedikit berlarutan hingga hari ke 7, pada hari ke 7 hingga ke 15 darahnya bewarna merah hitam yg kluar sedikit demi sedikit. Kemudian pada hari ke 16 hingga ke 30 darah bwarna merah hitam kluar dlm kuatiti yg lebih byk dr hari ke 7 sampai ke 15 iaitu sederhana/byk. Pd hari ke 31 hingga ke 35 darah yg keluar coklat hitam yang kuantiti sedikit kejap kluar kejap tidak.. Namun pada hari ke 16 hingga ke 36 saya mengerjakan solat dan puasa seperti biasa. Yang menjadi persoalan saya ya ustaz, apa hari ke 31 hingga ke 36 itu solat dan puasa saya tidak sah. Ini kali pertama sy mengalami situasi ini. Apakah pandangan ustaz terhadap kes sy ini. Terima kasih.

  26. Jenah says:

    Saya mempunyai haid yabg tidak teratur setiap bulan.. Pada bulan 3 saya tidak didatangi haid, pada bulan 4 cairan berwarna coklat hitam sedikit selama 5 hari. Pada bulan 5 iaitu 26/5 keluarnya darah yg berwarna coklat kehitaman sehingga je hari ke 7(1/6). Pada hari ke 8(2/6) hingga hari ke 15 darahnya berwarna hitam merah berkuantiti sedikit . Namun sy mengalami pendarahan berterusan yang tidak dapat sy bezakan istihadhah atau haid. Pada hari ke 16 hingga ke 30 darah berwarna merah hitam yang kuatiti lebih byk dr hari ke 8 hgga ke 15. Namun begitu saya tetap mandi pada hari ke 15 dan menunaikan solat dan puasa. Pada hari ke 31 (25/6)hingga ke 36(30/6)masih terdapat tompokan merah hitam yg bercampur coklat kuatiti sedikit, yg kejapnya keluar kejapnya tdak, baunya jg kurang sdikit berbanding dr hari ke 8 hingga ke 30 yang hyir dan kuat. Kekeliruan ini saya ingin tahu apakah pada hari ke 31 hingga ke 36 solat dan puasa saya sah. Adakh yang keluar masih istihadhah. Kerana pada hari ke 31 ia sudah melepasi tempoh suci dr haid. Mohon pandangan ustaz. Terima kasih

  27. Jenah says:

    Assalamualaikum ustaz,
    Saya mempunyai haid yabg tidak teratur setiap bulan.. Pada bulan 3 saya tidak didatangi haid, pada bulan 4 cairan berwarna coklat hitam sedikit selama 5 hari. Pada bulan 5 iaitu 26/5 keluarnya darah yg berwarna coklat kehitaman sehingga je hari ke 7(1/6). Pada hari ke 8(2/6) hingga hari ke 15 darahnya berwarna hitam merah berkuantiti sedikit . Namun sy mengalami pendarahan berterusan yang tidak dapat sy bezakan istihadhah atau haid. Pada hari ke 16 hingga ke 30 darah berwarna merah hitam yang kuatiti lebih byk dr hari ke 8 hgga ke 15. Namun begitu saya tetap mandi pada hari ke 15 dan menunaikan solat dan puasa. Pada hari ke 31 (25/6)hingga ke 36(30/6)masih terdapat tompokan merah hitam yg bercampur coklat kuatiti sedikit, yg kejapnya keluar kejapnya tdak, baunya jg kurang sdikit berbanding dr hari ke 8 hingga ke 30 yang hyir dan kuat. Kekeliruan ini saya ingin tahu apakah pada hari ke 31 hingga ke 36 solat dan puasa saya sah. Adakh yang keluar masih istihadhah. Kerana pada hari ke 31 ia sudah melepasi tempoh suci dr haid. Mohon pandangan ustaz. Terima kasih

  28. rina says:

    Assalamualaikum ustaz.hanya ingin bertanya dan kepastian. slpas melahirkan anak yg kedua,sya mengambil perancang kluarga dan nurse mmg ada memberitahu bhwa kesan drp perancng inii haid tidak tratur. sekrang, sya kluar drh haid brmula 12/10/2016 sehingga hari ni. adakah sah jika sya menunaikan ibadat pada waktu ini wlupn drh masih lg kluar.terima kasih. wassalam

    • aburuqayya says:

      Jika jarak antara berhentinya darah haid dengan keluar darah yang baru kurang dari 15 hari tanpa darah maka ia dikira sebagai darah istihadah. Jika tempoh suci 15 hari ke atas maka darah yang kedua itu dikira sebagai haid yang baru.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s