Hukum Bertakbir Raya Secara Berjemaah

Soalan inbox:

Bolehkah bertakbir raya secara berjemaah dengan satu suara dan rentak? Saya konfius ada yang kata tak boleh sebab ini bukan cara Nabi. Satu lagi, macamana dengan takbir mukayad, ada sandaran dari hadith yang sahih?

Jawapan:

Ramai di kalangan para ulama dari dahulu sehingga sekarang mengharuskan bacaan takbir secara berjemaah, ini dicatatkan oleh Imam Syafi’ie -Radiyallahu ‘anhu- sendiri di dalam karya beliau “al-Umm”:

إذا رأوا هلال شوال أحببت أن يكبر الناس جماعة وفرادى في المسجد والأسواق والطرق والمنازل، ومسافرين ومقيمين، في كل حال، وأين كانوا، وأن يظهروا التكبير

Maksudnya: “Apabila mereka melihat anak bulan Syawal, maka aku suka(galakkan) orang ramai bertakbir secara BERJEMAAH dan bersendirian di masjid-masjid, pasararaya, jalanan, rumah-rumah, begitu juga orang yang bermusafir mahupun yang bermukim pada setiap keadaan, di mana sahaja mereka berada yang mana mereka perlu menzahirkan takbir.”

Manakala takbir muqayyad yang dilaksanakan selepas solat fardu meskipun tiada nas samaada hadith atau amalan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, namun terdapat nukilan bahawa ia adalah amalan ramai di kalangan para sahabat -Radiyallahu ‘anhum-(Rujuk: Majmuk al-Fatawa li Ibn Taimiyyah) dan ia juga amalan para imam salafussoleh(Rujuk: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, Imam Nawawi).

Wallahu A’lam

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s