Lafaz Tambahan dalam Takbir Raya

Soalan dari inbox:

Saya terbaca di facebook ada yang cakap lafaz takbir raya “wala na’budu illa iyyahu mukhlisina lahud din (dan seterusnya)” adalah lafaz tambahan dalam takbir, bukan lafaz takbir dari Nabi s.a.w. Saya juga baca komen2 di bawah ada quote kata ulama, tambahan itu adalah bidaah. Mohon pencerahan ustaz.

Jawapan:

Untuk menjawab persoalan ini suka saya nukilkan kata-kata Imam Nawawi di dalam karangan beliau “al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab”, Imam Nawawi berkata:

قال في الأم: وإن زاد زيادة فليقل بعد الثلاث: الله أكبر كبيرا، والحمد لله كثيرا، وسبحان الله بكرة وأصيلا، لا إله إلا الله ولا نعبد إلا إياه مخلصين له الدين ولو كره الكافرون، لا إله إلا الله وحده ، صدق وعده، ونصر عبده، وهزم الأحزاب وحده، لا إله إلا الله، والله أكبر، لأن النبي صلى الله عليه وسلم قال ذلك على الصفا.

Maksudnya: Al-Syafi’ie berkata di dalam “al-Umm”: Jika seseorang menambah maka sebut lah selepas 3 kali (takbir) iaitu “Allahu Akbar Kabiran Walhamdu Lillahi Kathiran Wa Subhanallahi Bukratan Wa Asiilan, La Ilaha Illallah Wa la Na’budu Illa Iyyahu Mukhlisin Lahud din, Wa Law Karihal Kafirun, La Ilaha illallah Wahdah, Sodaqa Wa’dah, Wa Nasara ‘Abdah, Wa Hazamal Ahzaba Wahdah, La Ilaha Illallah, Wallahu Akbar”, ini kerana Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam menyebut lafaz ini ketika di bukit Safa.

Jelas sepertimana yang dinyatakan oleh Imam Nawawi lafaz ini(iaitu lafaz yang selalu dibaca ketika takbir raya di Malaysia) sememangnya pernah dilafaz oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Apatah lagi Imam Syafi’ie sendiri yang menggalakkan lafaz ini ditambah selepas takbir.

Oleh itu tidak wajar ia diketogarikan sebagai amalan bidaah yang sesat, jika amalan ini sesat, adakah Imam Syafi’ie dan Imam Nawawi dikira sebagai pelaku bida’ah? -Wal ‘iyazubillah-.

Wallahu A’lam

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh, Hadith Nabawi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s