Tambahan Lafaz Selawat di dalam Takbir Raya

Soalan dari Facebook:

Pengalaman saya hari ini, bilal takbir raya siap tambah selawat lagi. Nak kira macam mana tu?

Jawapan:

Menurut Imam al-San’ani di dalam Subulus Salam, takbir hari raya terdapat pelbagai lafaz-lafaz yang berbeza yang diperakui baik oleh para Imam terdahulu, menurut beliau lagi ini menunjukkan bahawa keluasan dan kelonggaran dalam menentukan lafaz takbir.

Imam Nawawi di dalam karangannya al-Majmu’ telah menukilkan kata-kata Imam Syafi’ie berkenan penambahan zikir di dalam takbir raya, menurut beliau:

قال الشافعي في المختصر: وما زاد من ذكر الله فحسن.

Maksudnya: Al-Syafi’ie berkata di dalam “Mukhtasar”(al-Muzani), “dan apa yang ditambah daripada Zikirullah maka ia adalah sesuatu yang baik”.

Secara zahir kata Imam Syafi’ie ini menjelaskan pendirian beliau mengharuskan apa-apa penambahan yang terdiri dari zikir dan selawat ke atas Nabi Sallallahu ‘alaihi wa salam termasuk dalam ketogari zikir.

Para ulama’ mazhab Syafi’ie(yang terkemudian) berselisih pendapat tentang penambahan selawat di dalam takbir raya samaada sunat atau tidak. Ini dijelaskan oleh Sheikh Allamah Abdul Hamid al-Syarwani di dalam karangannya(Hasyiah al-Syarwani ‘ala al-Tuhfah):

صريح كلامهم أنه لا تندب الصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم بعد التكبير لكن العادة جارية بين الناس بإتيانهم بها بعد تمام التكبير ولو قيل باستحبابها عملا بظاهر
ورفعنا لك ذكرك

Maksudnya: Secara jelas kata-kata mereka(ulama mazhab Syafi’ie) bahawa tidak disunatkan berselawat ke atas Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam selepas takbir(raya), tetapi adat yang diamalkan di kalangan masyarakat iaitu membaca selawat selepas penyempurnaan takbir, jika dikatakan sunat berselawat ia berdasarkan amalan dengan zahir (ayat al-Quran) “Wa rafa’na laka Dzikrak”(Dan kami telah meninggikan -kemuliaan untukmu Muhammad- sebutan namamu).

Menurut beliau lagi:

عبارة شيخنا وتسن الصلاة والسلام بعد ذلك على النبي صلى الله عليه وسلم وعلى آله وأصحابه وأنصاره وأزواجه وذريته

Maksudnya: Menurut guru kami, “Disunatkan selawat dan salam ke atas Nabi -Sallallahu ‘alaihi wa sallam-, ahli keluarganya, para sahabatnya, para pendokongnya, para isterinya dan zuriatnya selepas itu(takbir raya)”.

Menurut pembacaan saya yang sangat terhad ini, hanya segelintir para ulama mazhab Syafi’ie meletakkan hukum sunat berselawat mengiringi takbir raya. Namun ulama yang tidak menyatakan sunat tetapi mengharuskan(membenarkan) amalan ini mengketogari ia sebagai amalan yang baik berdasarkan zahir kata-kata Imam Syafi’ie -Radiyallahu ‘anhu-.

Amalan selawat ke atas Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam mengiringi takbir raya diamalkan di Mesir termasuk lah masjid al-Azhar sendiri.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s