ANGKAT DAHI KETIKA SUJUD

SOALAN INBOX:

Asslamualaikum ustaz, kalau saya sedang sujud tiba-tiba terangkat dahi, lepas tu saya letak balik dahi kat tempat sujud. Adakah solat saya batal?

JAWAPAN:

1) Dalam kitab Fathul ‘Allam, jika dahi diangkat ketika sujud tanpa keuzuran maka solat itu terbatal, walaupun dalam tempoh sekejap.

2) Manakala jika dahi diangkat atas sebab keuzuran contohnya tempat sujud yang terlalu panas atau menyakitkan dahi maka jika dahi diangkat dalam tempoh yang tidak panjang(sekejap) maka tidak batal solat. Begitu juga jika dahi terangkat dengan tidak sengaja, maka solat tidak terbatal asalkan bukan dalam tempoh yang lama.

3) Ulama mazhab Syafi’ie yang mutakhir telah menetapkan piawaian tempoh panjang, iaitu juga jika dahi itu diangkat(atas keuzuran) selama tempoh toma’ninah atau lebih maka terbatal solat. Jikalau kurang dari tempoh toma’ninah maka ia tidak membatalkan solat.

4) Piawaian tempoh toma’ninah menurut mazhab Syafi’ie ialah kadar bacaan “Subhanallah” dengan bacaan yang sederhana bukan terlalu cepat.

Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s