BEZA ANTARA ‘DYE’ DAN INAI RAMBUT

1) Inai rambut bertujuan untuk mewarnakan rambut yang beruban, manakala ‘dye’ bukan hanya sekadar uban malah mewarnakan rambut yang hitam.

2) Inai tidak memberi kesan pada rambut hitam walaupun diletak banyak mana sekali pun, rambut hitam tetap berwarna hitam. Manakala ‘dye’ pula mampu merubah rambut berwarna hitam pekat dengan warna yang dikehendaki.

3) Termaktub di dalam hadith bahawa Rasulullah Sallahu ‘alaihi wa sallam pernah menginai uban-uban baginda yang sedikit.

4) Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menginaikan uban dengan inai(hinna’) yang berwarna merah, begitu juga dengan ‘al-katam’ yang berwarna hitam kemerahan. Baginda juga pernah menginaikan ubannya dengan warna kuning iaitu dengan ‘wars’ dan ‘za’faran’.

5) Terdapat hadith yang diriwayat oleh Imam Muslim bahawa baginda melarang mencelup uban dengan warna hitam. Imam Nawawi menyatakan bahawa larangan tersebut menandakan bahawa perbuatan menghitamkan rambut adalah haram, melainkan untuk tujuan jihad bagi menggerunkan musuh.

6) Islam mengharamkan perbuatan yang meniru amalan dan kebiasaan masyarakat yang fasiq.

Wallahu A’lam

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s