BEZA ANTARA WASIAT DAN HIBAH

Soalan dari WhatsApp:

Assalam ustaz.isteri sya adalah anak angkat. Adik-beradik yg lain ialah anak tiri. Sekarang isteri saya menjaga ibu angkatnya yg sdg uzur. Ibunya ada mewasiatkn secara lisan segala harta spt rumah, brg kemas dan wang kpd isteri sya sahaja.apa hukumnya dan apa yg sepatutnya isteri saya lakukan.t.kasih bnyk ustaz.

JAWAPAN:

1) Merujuk perkara di atas wasiat hanya sah sebanyak 1/3 daripada harta si ibu angkat meskipun beliau mewasiatkan seluruh hartanya kepada anak angkat. Manakala 2/3 yang lain wajib diserahkan kepada ahli-ahli waris selepas kematian pewasiat.

2) Islam melarang seseorang itu mewasiatkan keseluruhan harta kepada sesiapa pun, namun dibenarkan satu sistem yang dinamakan ‘hibah'(pemberian).

3) Jikalau melalui hibah boleh sahaja semua harta diserahkan kepada seseorang, dengan syarat harta itu menjadi hak milik serta merta kepada yang menerima sebelum kematian pemberi. Oleh itu si penerima mempunyai kuasa milik penuh terhadap harta yang diserahkan, walaupun si ibu angkat masih lagi hidup.

4) Manakala wasiat, proses pindah milik hanya berlaku selepas kematian pewasiat, iaitu harta-harta yang diwasiatkan masih hak milik pewasiat selagi dia masih hidup dan penerima wasiat tiada kuasa hak milik walaupun sedikit. Tetapi wasiat hanya sah 1/3 dari harta

Wallahu A’lam

About aburuqayya

Nama blogger: Syed Shahridzan Syed Mohamed Ben-Agil, kini bertugas sebagai Penerbit Kanan TV AlHijrah. Lepasan universiti al-Azhar Kaherah di peringkat Ijazah Sarjana Muda(BA). Memiliki Ijazah Sarjana(MA) dari Universiti Malaya di dalam bidang Bahasa dan Linguistik Arab. Kini menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah(PhD) dalam bidang Pengajian al-Quran dan Arab di Universiti yang sama.
This entry was posted in Fiqh. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s